SEORANG seorang pemuda yang baru pulang dari suatu “lawatan sastera” anjuran sebuah persatuan sastera, yang lebih awal mengenal saya sebagai penulis sebelum dirinya menjadi ahli persatuan berkenaan, memberitahu betapa dia mendengar seorang dari persatuan itu menyebut betapa Marsli N.O adalah kacang yang lupakan kulit.
Menurut pemuda itu, sebabnya saya dikatakan dikatakan begitu kononnya saya bila sudah terkenal dan perasan dirinya hebat, sudah tidak mahu lagi berpersatuan atau dalam kata mudahnya meninggalkan persatuan yang telah dan pernah melahir serta membesarkan dia sebagai seorang penulis.
Mula-mula mendengar khabar dari mulut pemuda itu terbetik juga rasa marah di dalam diri. Namun rasa marah itu tidaklah sampai ke tahap menggelegak-legak di dalam hati kerana saya sudah lama sedar betapa tiada gunanya diambil peduli segala kata tuduhan yang sebegitu.
Malah semakin lama semakin merenung dan berfikir sendiri, hati saya semakin berasa reda dan saya sampai ke suatu tahap, boleh dalam diam-diam tertawa sendiri mengenangkan betapa sia-sianya segala usaha untuk mendakwa saya ini sebagai dilahirkan oleh persatuan itu atau ini.
Saya sedar tiada kuasa hendak menegah atau melarang sesiapa sahaja yang hendak mendakwa betapa saya pernah dilahir atau dibesarkan oleh mana-mana persatuan.
Malah sebelum mendengar perkhabaran dari mulut pemuda yang baru pulang dari lawatan sastera itu, berapa tahun sebelum itu, pada suatu malam saya malah pernah berdebat agak panjang dengan seorang ahli persatuan yang sama, yang mengaku sedang membuat kajian ilmiah mengenai sumbangan persatuan penulis berkenaan, mengenai dakwaan seorang di dalam persatuan tersebut yang menyebut perkara yang sama: persatuan itulah yang telah melahirkan
Marsli N.O sebagai penulis.
Ketika pada mulanya saya menafikan dengan mengatakan itu dakwaan yang palsu dan sangat tidak berasas, ahli persatuan yang mengaku sedang membuat kajian ilmiah itu kembali membidas saya dengan mengatakan betapa kalau tidak benar kenapa ada bekas ahli jawatankuasanya yang mengaku sedemikian rupa.
Oleh kerana saya tahu dia sedang berilmiah-ilmiah, kembali saya bertanya kepada ahli yang kelihatannya agak taksub dengan persatuannya dan bermatian mahu menegakkan pendapatnya itu apakah maksud dilahir dan dibesarkan?
Tanpa menunggu jawapan dia, saya langsung katakan betapa kalau saya menjadi ahli persatuan itu dalam keadaan kosong dan tidak tahu suatu apa pun mengenai penulisan dan baru setelah memasuki persatuan baru boleh dan mulai belajar menulis, memang wajar dan benarlah dakwaan betapa saya dilahir dan dibesarkan oleh persatuan berkenaan.
Tetapi, tanya saya lagi, kalau sebelum menjadi ahli persatuan itu saya sudah banyak menulis dan kemudiannya memohon untuk menjadi ahli persatuan, semata-mata kerana niat saya mahu berkawan, saling berinteraksi dengan penulis dan ahli persatuan lain di dalamnya, apakah itu pun bererti saya dilahir dan dibesarkan olehnya?
Lalu berterus terang saya katakan kepada ahli persatuan penulis itu rasa hairan dan pelik saya. Kata saya, selalu saya perhatikan betapa ahli-ahli tertentu dalam persatuan berkenaan, khususnya yang berjawatan sebagai orang kuat atau ahli jawatankuasanya, kelihatannya bagaikan sakit hati benar kalau ada sesiapa yang sudah tidak mahu lagi menjadi ahli persatuan penulis tersebut.
Kenapa mesti hendak tuduh saya atau sesiapa sebagai kacang lupakan kulit, walhal ketika saya masuk menjadi ahli persatuan itu saya sudah pun menjadi kacang di luar dan berharap kalau menjadi ahli persatuan, boleh sedikit sebanyak sama menyumbangkan idea untuk membantu memajukan persatuan.
Teapi bila berada di dalam persatuan, saya tidak nampak boleh sama menyumbang dan membantu kalau mereka yang sudah jadi ahli jawatankuasa atau orang kuatnya, kelihatannya lebih ghairah hendak berpolitik mempertahankan jawatannya dan bukan mahu berfikir dan berikhtiar untuk kebajiakan dan pembinaan penulis?
Malah kalau hendak diikutkan rasa sakit hati, ketika mula-mula hendak mendaftar menjadi ahli persatuan dan menyerahkan borang, saya ditanya oleh ahli-ahli jawatankuasanya soalan yang pada saya agak meremehkan bila yang ditanya adakah sebelum ini sudah menulis dan menyiarkan karya di mana-mana?
Sampai begitu sekali. Buta atau sengaja tidak membacakah mereka majalah sastera atau akhbar yang sudah berkali-kali memuatkan karya saya di dalamnya?
Sekarang kaujawab dan jelaskan. Apakah aku ini dilahir dan dibesarkan oleh persatuan yang kau sanjung sangat itu? Apa kau ingat dengan hanya menyanjung-nyanjung persatuan dan tanpa menghasilkan karya apa-apa, maka layakkah kita bergelar penulis?
Ahli persatuan yang sedang berilmiah-ilmiah itu terlopong dan tidak menjawab. Percakapan atau perdebatan malam itu terhenti begitu sahaja dan saya tidak pasti apakah latihan ilmiah yang dimaksudkan oleh ahli persatuan itu benar-benar telah dia selesaikan atau tidak, tidak saya ketahui dengan pasti selepas itu.
Saya kira saya sudah memperjelaskan secara berterus terang dan saya sama sekali tidak berniat hendak menjatuhkan air muka sesiapa dengan penjelasan saya di malam itu.
Kerana tuduhan sebegini jugalah kadang-kadang terfikir oleh saya untuk menasihati penulis muda yang memang sudah pun menulis, kalau niatnya memang sungguh-sungguh hendak tumpukan perhatiannya terhadap pengkaryaan, agar tidak perlu menjadi ahli mana-mana persatuan secara rasmi. Kalau niatnya hendak menulis dan berkarya, menulis dan berkarya sahajalah dan tidak perlulah hendak peningkan kepala menjadi ahli mana-mana persatuan secara rasmi.
Tujuan saya hendak memberikan nasihat begini adalah demi untuk mengelak agar di masa hadapan, mereka tidak akan diganggu dengan ungkitan oleh oknum-oknum yang hendak menumpang nama dengan ungkitan konon telah melahir dan membesarkannya melalui persatuan anu atau ini, walhal yang berjuang bermati-matian untuk berjaya adalah diri mereka sendiri.
Saya tahu oknum-oknum tertentu yang hidup matinya hanya bergayut nama dan beroleh istimewa semata-mata kerana jadi orang kuat persatuan penulis walhal dirinya sendiri tidak pernah pun menulis sebarang karya, pastilah kurang senang dengan pendapat saya ini.
Kenapa tidak? Hanya dengan menjadi setiausaha sebuah persatuan penulis, apa lagi kalau di peringkat nasional, bolehlah nanti terpilih menduduki pelbagai jawatankuasa yang kadang-kadang boleh pula menjadi penentu buku penulis mana hendak dibeli dan dipajangkan di dalam perpustakaan negeri, sedangkan penulis yang sepenuhnya hidup dengan menulis dan menulis kadang-kadang tidak pun terpilih bukunya sebagai salah satu judul wajib dibeli.
Seronok dan berbanggalah oknum yang hanya bergayut namanya dengan persatuan ini semasa hidupnya, tetapi setelah pergi meninggalkan dunia, saya yakin tiadalah yang akan menyebutnya sebagai penulis atau sasterawan lagi kerana tiada suatu apa karya pun yang pernah dia tulis dan terbitkan.
Kerana itu jugalah saya yakin alangkah sia-sianya perbuatan sesiapa sahaja oknum di dalam persatuan penulis yang mengatakan diri saya sebagai kacang lupakan kulit itu.
Marah? Saya fikir tidak perlu saya marahkan dia kerana itu. Saya sebaliknya, berasa amat kasihankan dia.
Tetapi apa saya boleh buat kalau tuan yang mempunya diri, yang asyik dan leka menuduh saya sebagai kacang lupakan kulit itu, tidak kasihankan dirinya sendiri?
Ogos 22, 2009
Menurut pemuda itu, sebabnya saya dikatakan dikatakan begitu kononnya saya bila sudah terkenal dan perasan dirinya hebat, sudah tidak mahu lagi berpersatuan atau dalam kata mudahnya meninggalkan persatuan yang telah dan pernah melahir serta membesarkan dia sebagai seorang penulis.
Mula-mula mendengar khabar dari mulut pemuda itu terbetik juga rasa marah di dalam diri. Namun rasa marah itu tidaklah sampai ke tahap menggelegak-legak di dalam hati kerana saya sudah lama sedar betapa tiada gunanya diambil peduli segala kata tuduhan yang sebegitu.
Malah semakin lama semakin merenung dan berfikir sendiri, hati saya semakin berasa reda dan saya sampai ke suatu tahap, boleh dalam diam-diam tertawa sendiri mengenangkan betapa sia-sianya segala usaha untuk mendakwa saya ini sebagai dilahirkan oleh persatuan itu atau ini.
Saya sedar tiada kuasa hendak menegah atau melarang sesiapa sahaja yang hendak mendakwa betapa saya pernah dilahir atau dibesarkan oleh mana-mana persatuan.
Malah sebelum mendengar perkhabaran dari mulut pemuda yang baru pulang dari lawatan sastera itu, berapa tahun sebelum itu, pada suatu malam saya malah pernah berdebat agak panjang dengan seorang ahli persatuan yang sama, yang mengaku sedang membuat kajian ilmiah mengenai sumbangan persatuan penulis berkenaan, mengenai dakwaan seorang di dalam persatuan tersebut yang menyebut perkara yang sama: persatuan itulah yang telah melahirkan
Marsli N.O sebagai penulis.Ketika pada mulanya saya menafikan dengan mengatakan itu dakwaan yang palsu dan sangat tidak berasas, ahli persatuan yang mengaku sedang membuat kajian ilmiah itu kembali membidas saya dengan mengatakan betapa kalau tidak benar kenapa ada bekas ahli jawatankuasanya yang mengaku sedemikian rupa.