Sajak MARSLI N.O
di
layar TV itu pagi ini
ku
tonton sebuah filem komedi melayu
yang
mungkin tidak laku di panggung
tetapi di TV ia hidup kerana Iklan dan bayaran
siaran penonton
dengan hati mual dan mata sebal
kutonton
aksi pelakon
mempamerkan otaknya yang kosong
melontarkan
dialog ringan ciptaan penulis tolol
di
bawah telunjuk pengarah bahlol
yang
ingin menjual lucu tetapi tidak menjadi
mengundang
benci penonton berhati murni
yang
mencari nilai dan seni
dari sebuah filem komedi melayu
yang tidak terpesona semata kerana wajah
cantik dan tampan pelakon
yang beraksi tanpa roh dan jiwa
menjual dirinya kepada produser tamak dan
rakus
pagi ini, aku memuntahkan benci
di depan sebuah filem komedi
bernama melayu
kerana semua sampah dan lumut
dari otak kosong: produser, penulis skrip,
pengarah dan pelakonnya
yang juga bernama melayu!
November 2, 2014.