Tidak semena-mena, pintu kamar yang terlupa dia kunci ditolak dari luar.
Rabu, Mac 31, 2010
SEORANG PEMUDA MENULIS SAJAK
DI DEPAN monitor komputer bukunya yang bercahaya pemuda "urban" itu baru usai beronani. Air seni berwarna putih pekat yang meleleh di batang kemaluannya diseka perlahan dengan seonggok kertas tisu.
Tidak semena-mena, pintu kamar yang terlupa dia kunci ditolak dari luar.
Tidak semena-mena, pintu kamar yang terlupa dia kunci ditolak dari luar.
"Kau sedang buat apa?" tanya kawan yang menjongol dari luar secara tiba-tiba.
"Oh. Aku sedang menulis sajak," spontan pemuda "urban" itu menjawab.
Kawan yang bertanya membalas dengan senyum.
"Boleh dan cantik juga istilah baru ini," tetapi kawan yang tersenyum itu tidak mengucapkan kata yang dibisikkan kepada dirinya itu.
Mac 31, 2010
Selasa, Mac 30, 2010
TIADA BESAR, TIADA KECIL
WALAU memang menyimpan niat di dalam hati untuk ke pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang berlangsung sejak 19 hingga 28 Mac 2010, namun pemergian saya ke sana di hari terakhir petang 28 Mac 2010 kelmarin sebenarnya dalam keadaan agak tergesa dan secara spontan sahaja.
Saya katakan begitu kerana begitu terjaga pagi 28 Mac 1tu, selepas mandi serta Subuh pada jam 6.15 pagi saya tergerak hati untuk keluar dan spontan saya berpakaian serta kemudiannya secara bersantai-santai mengendarai kenderaan ke Temerloh tanpa suatu niat yang khusus.
Tiba di Temerloh kurang lebih jam 10.00 pagi saya agak lama juga tercangak-cangak sendiri dan seperti selalu, begitu tiba di sesuatu destinasi saya akan cuba mengingati nama-nama teman berhampiran. Begitu saya teringat berhampiran di Bera saya punya teman bernama Sahrunizam, seorang penyair yang bagus dan berwawasan. Langsung saya hubungi Sahrunizam lewat telefon dan memberi tahu niat untuk ke pesta buku dan mengajak beliau untuk ke sana. Niat itu sebenarnya saya sebutkan secara spontan kepada beliau.
Tanpa sebarang dalih dan aling-aling Sahrunizam menyanggupi untuk datang dengan memberi tempoh waktu sekitar satu jam untuk tiba.
Sementara menunggu Sahrunizam tiba, saya bersarapan dua keping roti canai dan segelas teh o ais tanpa gula. Usai sarapan, saya mengambil kesempatan berjalan-jalan ke pekan sehari di sepanjang tepian sungai Temerloh yang airnya berwarna coklat keruh.
Di pekan sehari itu, tergiur melihat gantungan baju "bundle" yang kelihatan masih baru dan elok, saya membeli dan menawar dengan harga RM 15.00 untuk dua helai baju bercorak kotak dan sehelai lagi berwarna biru muda.
Sahrunizam tiba kurang lebih jam 12.30 tengah hari. Tanpa sebarang soal dan jawab, selepas memparkir keretanya berhampiran terminal bas Temerloh, Sahrunizam langsung menjebloskan dirinya ke dalam Proton Saga saya. Begitu Sahrunizam sudah melabuhkan punggungnya ke kerusi, segera saya menekan pedal minyak menuju ke Kuala Lumpur melewati jalan ke Mentakab dan kemudian Karak, Bentong dan Gombak.
Di Gombak, Sahrunizam bersetuju ketika saya minta pendapatnya untuk memparkir kereta di setesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra di Gombak. Bayaran parkir di situ RM 3.00 untuk kemasukan sehari.
Ketika itu saya sempat merenung jam di pergelangan tangan kiri , waktu menunjukkan sudah 2.30 petang. Sahrunizam mengangguk ketika saya tanyakan apakah saya memecut juga ketika di perjalanan. Kalau kena saman pun pedulilah, janji cepat tiba. Begitu saya rungutkan sendirian di depan Sahrunizam.
Dari setesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Gombak Sahrunizam membeli tiket untuk dirinya dan saya ke setesen Masjid Jamek dan kemudian bertukar pula ke setesen PWTC.
Tiba di PWTC sudah kurang lebih jam 3.30 petang. Kami masuk melalui laluan menurunkan barang di sebelah tepi PWTC dan Sahrunizam yang menjadi jurupandu saya ketika sudah berada di dalam PWTC untuk mencari gerai IKAPI.
Memang agak berlama saya di gerai IKAPI memilih dan menimbang-nimbang harga buku dengan wang di dalam dompet dan ingin mempastikan apakah buku yang dibeli memang buku yang benar-benar inti.
Sahrunizam yang pernah berbelanja membeli buku di kota Jakarta memberitahu betapa tidak wajarnya harga buku yang ditetapkan di gerai ini. Saya pun memang bersetuju dengan pendapatnya.
Bayangkan, jika harga buku di dalam rupiah sebanyak 35,000 maka harganya yang dicatat dalam RM adalah 35.00. Tentulah ini satu manipulasi harga yang melampau. Sedangkan, Rupiah 10,000 boleh dihitung sendiri berapa di dalam RM. Mungkin atas dalih kos pengangkutan manipulasi ini berlaku. Saya malas hendak bertanya atau bertekak dengan petugasnya.
Hanya, selepas enam buku yang dipilih diletakkan di kaunter dan saya pinta agar jumlah bayarannya dihitung terlebih dahulu, saya terpaksa mengalah bila harganya menjangkau RM 150.00. Maka terpaksa memilih hanya tiga buah dengan harga RM 75.00 dan selepas potongan menjadi RM 65.00.
Namun saya cuba memujuk dan memohon agar harganya di genapkan menjadi RM 60.00 sahaja untuk tiga buah buku yang (walau isinya tetaplah tebal) tetapi agak nipis sebenarnya. Mujur rayuan saya diperkenan dan dengan terima kasih yang berbunga-bunga saya membayar harganya. Mungkin mendengar saya datang dengan jarak 250 kilometer kurang lebih telah membuatkan hati petugasnya menjadi lembut dan sedikit simpati.
Dari tingkat bawah saya dan Sahrunizam ke tingkat atas untuk ke gerai Utusan dan Dewan Bahasa dan Pustaka pula.
Di laluan menghala ke gerai, saya bertembung dengan Dr. Jusang Bolong, pengarang novel Ralat. Selepas berbasa-basi, Dr. Jusang bertanyakan dua buku yang saya terbitkan secara "underground" dan harganya. Tanpa banyak soal Dr. Jusang membuka dompet dan menghulur harga untuk buku sajak " Di Negeri Mabok" dan kumpulan cerpen kolaj saya "Politikus, Badut & Sebuah Cermin".
Ketika itu juga Ishak Hamzah menepok bahu saya dan kami bersalaman. Bila saya berpaling semula selepas memasukkan wang yang dihulurkan Dr. Jusang ke dalam dompet, Ishak Hamzah sudah hilang dari pandangan saya ditelan kerumunan manusia.
Sahrunizam yang memandu saya ke gerai Utusan Publication. Saya memilih sejumlah buku yang diterbitkan di bawah serial Hadiah Sastera Utusan yang dijual dengan harga RM 2.00 atau RM 3.00. Saya membeli setiap judul yang dipajang sebanyak 15 judul.
Oleh kerana di seberangnya terpajang gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), saya meninggalkan 15 judul buku murah terbitan Utusan itu di kaunter bayaran sementara saya menjengah ke sana. Sahrunizam juga turut meninggalkan buku yang dipilihnya di kaunter tersebut.
Memang banyak buku yang menggiurkan saya di gerai ITNM. Namun saya terpaksa mengalah bila berdepan dengan masalah dompet.
Di gerai ITNM ini, saya perasan seorang pemuda berkaca mata sudah agak lama berdiri memperhatikan ke arah saya. Saya sangkakan dia sebenarnya memperhatikan pajangan buku berhampirn saya.
Bila dia menyapa dan bertanya nama barulah saya tahu bahawa dia sebenarnya memang hendak menyapa saya tetapi mungkin berasa segan.
Selepas dia perkenalkan dirinya sebagai Al-Ghazali Sulaiman, saya langsung bertanya apakah dia memang menulis. Saya harap kalau dia memang menulis, dia tidak akan berasa tersinggung bila demikian tanya yanag saya ajukan. Tujuan saya bertanya demikian semata-mata kerana hendak pastikan apakah dia juga seorang penulis atau hanya seorang yang minat dan suka membaca karya sastera.
Bila dia mengaku memang menulis, saya lanjutkan lagi dengan tanya di mana karyanya disiar, apakah di majalah Tunas Cipta atau di mana.
Pemuda yang perkenalkan dirinya sebagai Al-Ghazali Sulaiman ini memberitahu beberapa sajaknya telah disiarkan di Berita Harian dan Berita Minggu.
Kerana tidak begitu banyak yang saya tahu mengenai diri dan karyanya, saya tidaklah berani hendak berkata banyak. Saya khuatir kalau tersalah cakap nanti akan menyinggung pula perasaannya dan malah paling saya khuatir kalau sampai timbul kesan di hatinya betapa saya memandang rendah dan remeh akan dirinya.
Selepas meminta alamat blognya, saya antara lain mengesyorkan agar dia terus menulis dan tidak lekas jemu.
Saya dengan senang hati bersetuju ketika dia meminta untuk bergambar bersama dan Sahrunizam tolong menekan punat kamera digital milik Al-Ghazali.
Ketika bergambar, saya seboleh mungkin cuba menunjukkan senyum yang ramah dan ikhlas. Setidaknya saya ingin memanifestasikan dalam keadaan saya yang demikian ini pun masih ada juga penulis yang berusia lebih muda dan gagah, yang lebih cerdik dan berpendidikan, yang sudi mengajak saya berfooto dengan dirinya.
Ketika saya memegang bahunya, sedikit pun tidak terfikir dalam kepala saya betapa dia ini penulis kecil dan saya penulis besar. Kalau memang besar pun, yang pasti hanyalah badan dan perut saya sahaja. Yang selainnya tiadalah yang besarnya.
Saya fikir pada bila-bila waktu dan dalam keadaan apa pun, itulah sikap dan pendirian saya. Bagi saya sepatutnya tiada sebarang kasta di dalam sastera. Tiada Dato, Datin, Tan Sri, Tun, atau apa-apa gelaran yang sampai boleh meletakkan penulis dan sesamanya di dalam kotak-kotak bernama kasta.
Kamu Dato, Datin atau tan Sri itu di luar sastera. Kalau di dalam sastera, semuanya sama sahaja tarafnya dan yang berbeza hanyalah di segi mutu dan pencapaian karyanya sahaja.
Tetapi realitinya memanglah ini tidak berlaku. Di mana-mana acara sastera, Dato, Datin, Tan Sri, Tun itulah yang didahulu dan diletakkan di depan. Dan kalau ada sesuatu acara sastera, selagi Dato, Datin, Tan Sri, Tun yang dijemput tidak tiba, alamat tunggulah sampai berpeluh dan berasap dahulu.
Di sinilah berlakunya kepincangan. Dunia sastera yang membicarakan kesejagatan dan kesamarataan, kebenaran dan keadilan antara sesama manusia kini sudah berubah menjadi dunia tempat para aparat-aparat, oknum-oknum, dan juak-juak yang mencari nama dengan cara mengampu setiap mereka yang bergelar Dato, Datin, Tan Sri, Tun dan yang seumpamanya, sedangkan bagi kalangan jembel dan marhaen yang juga sama menulis dan berkarya, walhal sudah belasan tahun dipandang sepi atau sebelah mata sahaja.
Andai kata ada orang bergelar dan berpangkat, misalnya Jenderal, Kapten, Mejer apalagi Dato, Datin, Tan Sri, Tun yang menerbitkan karya dengan sesebuah penerbitan, maka karya orang-orang bergelar dan berpangkat ini akan dilancar dengan majlis atau penuh kehormatan upacara dan walau inilah karyanya yang pertama atau kedua, maka akan dideretkanlah dia juga di dalam senarai untuk duduk sebaris dengan sasterawan yang sejati dan tulen di dalam sesi bertemu pembaca atau peminat.
Lebih menjengkelkan lagi, walau baharu menulis satu atau dua buku, tetapi kerana oknum ini orang bergelar dan berpangkat atas nama Jenderal, Kapten, Mejer apalagi Dato, Datin, Tan Sri, Tun, maka digelarkanlah dia juga sebagai golongan penulis terkenal, kononnya.
Inilah realiti di dunia sastera Melayu kita. Sikap feudalisme masih dibiak pelihara dan malah seperti tidak mahu dilupus hapus. Mereka yang memang hidup dan matinya memberikan jiwa untuk sastera dipandang seperti kucing kurap sahaja oleh para birokrat sastera yang dengan niat hendak mendapat pangkat serta pujian tanpa silu dan malunya terus mengampu-ampu mereka yang bergelar dan berpangkat seperti Jenderal, Kapten, Mejer apalagi Dato, Datin, Tan Sri, Tun.
Itulah realitinya dan saya memang tidak mahu terlibat atau menjadi sebahagian dari mereka. Biarkanlah mereka hendak membodek dan mengampu sekalian orang berpangkat seperti Jenderal, Kapten, Mejer, Dato, Datin, Tan Sri, Tun dan lain-lain itu. Saya tetap saya. Di mata saya, baik Sahrunizam atau Al-Ghazali Sulaiman, tiada siapa yang besar dan tiada siapa yang kecil.
Jadi kepada Al-Ghazali Sulaiman, di hati saya saudara tetap seorang penulis dan sasterawan. Teruslah menulis. Usah pedulikan soal siapa besar dan siapa kecil. Atau siapa yang lebih alim dan siapa yang tidak. Pokoknya menulis dan tidak hipokrit.
Saya rasa saudara Al-Ghazali faham apa yang saya maksudkan.
Dari gerai ITNM saya dan Sahrunizam kembali ke kaunter bayaran di gerai milik Utusan. Sahrunizam merungut panjang bila dua buku karangan Zaid Akhtar pilihannya yang ditinggalkan di kaunter bayaran itu sudah lesap. Dicari di rak jualan, buku tersebut juga sudah tiada.
Saya pula, ketika menghitung jumlah buku yang saya tinggalkan tidak terusik, langsung sahaja membayar harganya. Tetapi setelah pulang dan meneliti satu demi satu judulnya, baru perasan betapa ada buku yang saya beli sebanyak dua naskhah bagi setiap judul, walhal saya ingat benar betapa saya sudah memilih hanya satu naskhah bagi setiap judul.
Rasanya saya juga menerima nasib yang sama dengan Sahrunizam. Buku pilihan saya diambil dan diganti dengan judul milik si pengambil.
Namun saya memujuk diri agar tidaklah berasa rugi atau membazir sangat kerana buku-buku itu nanti akan saya hadiahkan kepada kawan-kawan yang menunjukkan minat untuk membaca karya sastera.
Sumber Foto: Dari blog Sdr Al-Ghazali Sulaiman
Mac 30, 2010
Selasa, Mac 02, 2010
KUMPULAN SAJAK "DI NEGERI MABOK"
KUMPULAN sajak terbaru saya berjudul DI NEGERI MABOK ini memuatkan 45 sajak-sajak gelisah yang dengan sengaja saya tulis sebagai reaksi terhadap pelbagai isu dan peristiwa yang terjadi di denyut jantong tanah air .
Betapa pun demikian, dalam menyatakan sikap, pendirian dan reaksi saya terhadap sesuatu isu, khususnya yang berhubungan dengan maruah peribadi, bangsa, bahasa dan negaranya, saya tetap tidak ingin menjadi seorang penghukum.
Segala yang saya nyatakan lewat sajak-sajak di dalam kumpulan ini tidak lain sekadar suatu refleksi dari kesedaran renungan peribadi saya terhadap isu-isu dan apa sahaja yang dirasakan menggugah nurani kemanusian serta kepenyairan saya.
Dalam proses menuangkan hasil setiap perenungan saya itu, saya selalunya tidak pernah secara sedar menetapkan cara dan bagaimana sajaknya itu akan ditulis. Apa yang diperhati serta dijadikan matlamat ketika menghasilkan sebuah sajak hanyalah persoalan apakah saya telah berlaku benar dan jujur dengan subjek dan kemudian mengharapkan agar sajak-sajak saya ini mampu pula berkomunikasi dengan pembaca.
Tetapi tidak saya nafikan, sebagai manusia biasa, seorang penyair juga punya perasaan seperti mana insan lain yang bukan penyair. Bila mana menyatakan sesuatu yang menggelorakan perasaan seninya secara lebih berlambang dan agak berselindung kelihatannya sudah tidak memadai, maka diusahakan pula cara lain untuk sampai ke destinasi.
Demikianlah halnya sajak-sajak di dalam kumpulan terbaru saya ini. Sajak-sajak yang dikumpulkan di dalam buku ini memang pada mulanya ditulis dalam keadaan marah dan gelisah. Namun seboleh mungkin, marah dan gelisah itu diusahakan sedaya yang mungkin agar tidak menjadi ledakan emosi yang melulu semata-mata.
Harapan saya sebagai penyair, betapa pun dia kelihatan linglung dan seperti tidak mahu ambil peduli, seorang penyair tetap tidak ingin melihat dan membiarkan terus negeri tercinta miliknya menjadi segumpal kertas yang direyok-reyokkan oleh tangan para algojo mabuk bernama politikus.
Tentu sahaja khalayak pembaca tidak saya paksa untuk sepenuhnya percaya dan menerima apa yang disebutkan di dalam sajak-sajak saya ini.
Kerana, sebuah sajak adalah sebuah dunia yang pelbagai kemungkinannya. Malah ada waktunya menjadi sebuah dunia baru dan lain yang lebih terbuka serta sangat berterus-terang.
Maka, kerana keterbukaan dan berterus-terangnya itu jugalah, setiap sajak di dalam buku ini saya serahkan kepada pembaca untuk melihatnya dari sisi mana pun.
Selamat membaca dan menikmati.
Kumpulan sajak terbaru saya ini, seperti juga penerbitan DIY saya yang lain, hanya dijual melalui internet.
Kepada pembaca budiman yang berminat mendapatkan naskhah kumpulan sajak DI NEGERI MABOK setebal 60 halaman ini, silalah memesan ke email marslino@yahoo.com sebagaimana makluman di ruang iklan.
Kuantan
Mac 1, 2010
Apa lagi untuk kononnya sedikit meredakan ketegangan di kalangan sesama mereka yang mengaku dirinya politikus, yang sekaligus juga kononnya mengatasnamakan rakyat, bangsa dan negaranya.
Tetapi sekali lagi, saya sama sekali tidak berniat hendak menghukum. Sebagai penyair, saya percaya tugas saya hanya menyatakan sesuatu. Saya tetap percaya dan yakin, sebuah sajak tetap mampu.
CATATAN KAKI (1)
SETIAP warga yang prihatin terhadap masa depan survival bangsa dan negerinya akan tetap berasa gusar dan resah hatinya melihat segala yang terjadi di depan matanya kini.
Dan saya, memilih untuk menyatakan kegusaran di hati saya itu lewat sajak. Walau bagi sebahagian orang, seribu mahupun sejuta sajak, bagi mereka yang pesimis dan suka bersikap sinis terhadapnya, dirasakan tidak akan mampu merubah apa pun.
Dan saya, memilih untuk menyatakan kegusaran di hati saya itu lewat sajak. Walau bagi sebahagian orang, seribu mahupun sejuta sajak, bagi mereka yang pesimis dan suka bersikap sinis terhadapnya, dirasakan tidak akan mampu merubah apa pun.
Apa lagi untuk kononnya sedikit meredakan ketegangan di kalangan sesama mereka yang mengaku dirinya politikus, yang sekaligus juga kononnya mengatasnamakan rakyat, bangsa dan negaranya.
Namun sebagai penyair, biar apa pun sinis dan pesimis yang dilemparkan terhadap sajak dan dunia kepenyairan saya, saya tetap percaya dan yakin bahawa sesuatu yang diucapkan secara seni, walaupun tidak mampu meruntuhkan sebuah tamadun atau membina sebuah dunia yang baru, akan tetap juga mampu menyentuh hati nurani manusia biar siapa pun dia.
Sebagai penyair, dengan sajak-sajak saya, saya sekadar ingin sekejap mengajak para algojo yang kesurupan bernama politikus ini untuk seketika merenung dan melihat ke dalam diri. Hanya itu.
Untuk itu jugalah maka saya memilih untuk berkata lebih berterus terang dan walau kadang seperti agak membentak, bentak itu sekadar menegaskan sesuatu yang rasa saya perlu saya tegaskan ucap dan maknanya.
Tetapi sekali lagi, saya sama sekali tidak berniat hendak menghukum. Sebagai penyair, saya percaya tugas saya hanya menyatakan sesuatu. Saya tetap percaya dan yakin, sebuah sajak tetap mampu.
Setidaknya, sebagai saksi dari sebuah sejarah, saya tidak sekadar membisu diam.
Mac 5, 2010
Langgan:
Catatan (Atom)