Memaparkan catatan dengan label Fiksimini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fiksimini. Papar semua catatan
Ahad, Disember 11, 2011
SERONOKNYA
MESTILAH. Siapa tidak tergiur. Jutaan, beb. Banyak tu! Mestilah hendak dan timbul rasa tamak. Tetapi selalunya penulis asal juga yang bodoh dan diperbodohkan. Sebabnya mudah sahaja. Masa mula buku hendak terbit tenyeh sain kontrak tanpa faham dan baca betul-betul. Janji buku terbit. Walau memang sudah jelas diperlembukan tidak apa. Terima sahaja. Sekarang? Buat apa bising. Dulu bukan main seronok dan tenggelam dalam glemer. Konon.
Ha. Ha. Ha. Memang gah dan seronok menjadi penulis yang popular dan glemer. Kan. Kan?
Sabtu, September 04, 2010
MALAM ITU, ANJING-ANJING MENYALAK
MALAM itu, jalan dan lorong di kota kecilku menjadi sesak dan padat dijejali manusia dan deretan kenderaan yang membeludak muncul dari segenap pelosok daerah. Suara manusia dan deruman jentera berbaur membingitkan suasana. Sesekali terdengar pula pekik klakson yang melengking-lengking menambah hangat ruang dan suasana malam.
Hanya satu tujuan. Berbondong sekalian warga yang berjejal di jalan dan lorong menuju tumpuan. Tidak lain ke arah satu dataran.
Di suatu dataran yang letaknya di tengah pusat kota kecil itu benderang cahayanya bagaikan siang diterangi lampu ratusan atau mungkin ribuan jumlahnya. Sekalian warga, tidak mengira usia dan darjat dirinya, kini di dataran itulah mereka saling bersesak dan berhimpit sesamanya.
Ini malam penuh bersejarah yang tidak boleh tidak mesti sama diraikan meriahnya. Kerana datangnya hanya sekali dalam setahun.
Ya! Ya! Ya! Ya! Begitu terdengar berkumandang bagaikan halilintar teriak dan pekik sekalian mereka saling bersahut-sahutan dan serentak itu juga, dari mulut sekalian mereka yang luas terngaga itu kelihatan berloncatan pelbagai huruf dan aksara membumbung tinggi menuju udara.
Tetapi sebentar kemudian, malam yang kian pekat menelan segalanya ke dalam kelamnya.
Ya! Ya! Ya! Ya! Sekalian mereka berteriak lagi saling bersahut-sahutan. Dan kini, dari rongga mulut sekalian mereka yang luas ternganga itu kelihatan berhamburan pula ke arah udara cebisan kain pelbagai warna.
Dan sekali lagi, malam yang kian memekat itu menelan semuanya ke dalam kepekatan kelamnya.
Ya! Ya! Ya! Ya! Sekalian mereka berteriak lagi saling bersahut-sahutan. Dan kini, dalam sekelip mata, setiap mereka telah berubah bentuk dan wujudnya.
Ketika kemudiannya, segala teriak dan pekik mereka, berubah menjadi lengking dan salakan.
Yang tidak pernah mereka faham dan tahu apakah makna sebenarnya.
Kerana sejak lama, sekalian mereka hanya diajar dan diarahkan agar hanya menjilat. Seperti peri dan laku seekor haiwan.
September 4, 2010 (Ramadhan 25)
Khamis, Mei 06, 2010
GEROMBOLAN
GEROMBOLAN datang. Berhala pun didirikan warga. Mereka menyembahnya. Kerana tergoda oleh janji: kuning padi di bendang akan menjadi emas. Dan mereka kesurupan.
Tanpa mereka sedar di sebalik topeng yang dipamerkan, wajah pemilik sebenarnya adalah Boragas.
Mei 6, 2010
Selasa, Mei 04, 2010
NEGERI YANG ROBEK DAN BULAN MELELEHKAN DARAH
NEGERI YANG ROBEK
SEBUAH negeri semakin robek. Beberapa huruf yang membentuk namanya di sebuah peta telah hilang.
Di angkasa, beberapa ekor boragas bersileweran. Air ludah betetesan dari lidahnya yang sering terjulur.
Di lembah kelihatan ribuan warga sedang menyembah sebuah berhala.
Negeri itu kini semakin tersunglap menjadi bangkai.
Mei 4, 2010
BULAN MELELEHKAN DARAH
GEROMBOLAN datang. Setiap mereka membawa palu dan panah. Warga bertempiaran. Sambil berteriakan.
Bulan melelehkan darah dari lukanya yang teramat berdukacita. Di tengah pekik dan teriak bersipongang sekalian warga.
"Jangan lukakan Bulan kami!"
Panah bertalu-talu dilepaskan. Palu berjuta kali dihayun ke kanan dan kiri.
Darah yang mengalir bagaikan sungai menuju ke muara. Membawa bersamanya segala hiba warga.
Di bawah bulan yang berdarah.

Rabu, April 21, 2010
WALI ITU PENCURI
AKHIRNYA ketahuan sudah oleh sekalian pengagum. Apa yang selama ini hilang dan disangkakan menjadi habuan raksasa sebenarnya hanyalah dakyah untuk melindungkan kejahatan yang lain.
Tidak mereka sangka bahawa dalang dan biangnya adalah dia. Dia yang sejak sekian lama mereka sanjung dan kagumi kerana kesucian diri dan hatinya. Dan kerana kagum serta percaya itu jugalah maka dia telah mereka nobatkan sebagai wali. Wali tempat mereka meminta nasihat serta petunjuk ketika hati dilanda sunyi dan jiwa sedang terkial-kial mencari kata hendak menuliskan sesuatu.
Tetapi kini ternyata segalanya adalah palsu belaka. Dan di dalam hati mereka remuk serta redam tidaklah terkira akan rasanya. Betapa kini segala kagum dan percaya terhadap dia telah menjadi lebur dalam sekelip mata.
Ketahuan sudah kini kepada sekalian mereka. Betapa kata demi kata terbaik dari setiap sesuatu yang selesai mereka tulis dan kecurian keesokan hari itu rupa-rupanya adalah angkara dia. Dia yang selama ini mereka sangkakan terlalu suci dan telah mereka nobatkan sebagai wali.
Ternyata dia yang telah mereka nobatkan sebagai wali itu sebenarnya adalah seorang pencuri. Pencuri yang tidak sedikit pun memiliki rasa segan dan silu tatkala dengan bangganya memperagakan kata demi kata baru milik orang lain sebagai kata terbaik susunan dirinya.
Ya, wali itu sebenarnya adalah seorang pencuri. Pencuri yang tega mencuri demi sebuah sajak.
April 21, 2010
Rabu, April 07, 2010
BANGSA YANG TIDAK PUNYA RASA MALU
TIADA bangsa selain bangsa itu yang paling tidak punya rasa malu. Mereka nobatkan seseorang atas nama negara. Tetapi orang yang dinobatkan atas nama negara itu jugalah yang mereka lemparkan ludah ke wajah dan seluruh hasil karyanya.
Kata bangsa yang tidak punya rasa malu itu, karya orang yang mereka nobatkan atas nama negara itu sulit untuk difaham dan berkarya mereka tidak lain kerana syok sendiri.
Kemudian, tanpa rasa malu, berbondong mereka menyerbu ke negeri buku yang keliru. Yang mengaku dirinya pemandai bahasa tetapi mabok dengan cacamarba slanga dan salah eja. Di negeri yang keliru itu mereka berdansa dan merayakan angkuh. Konon merekalah pejuang yang mengatasnamakan suci bahasa.
April 7, 2010
Selasa, April 06, 2010
SI PIKUN DAN TAKDIR
SAYALAH kini yang tidak lagi bererti dan menanti dilenyapkan oleh waktu yang selalu menderu bersama angin. Ketika di peterana bergemerlapan itu, sayalah dahulu penentu segala. Pengagum dan penyanjung tidak terpermenai jumlah. Ke mana pergi dan berada sentiasa terdengar sanjung dan puja. Tetapi kini saya hanya debu, hanya secebis, bak secabik kain yang comot dan tidak berharga, yang terpengap sendirian di pojok nan gelap. Saya tahu. Setelah nanti bernama sirna pastilah tiada suatu yang akan saya tinggalkan di dunia. Walau dahulu sayalah segala yang didatangi dan disanjung hormat sekalian doyok, pencacai dan barua yang gilakan gelar. Kini saya hanyalah si pikun. Si pikun yang kian dilupakan. Walau dahulu, kerana bantu dan jasa saya, maka sekalian mereka itu kini bergelar sudah. Dan kini, mereka yang sudah bergelar itu jugalah tanpa silu dan segan, bertalu melontarkan ludahnya ke muka saya.
Itulah saya. Si pikun yang menanti dilenyapkan oleh waktu yang selalu menderu bersama angin. Walau dahulu sayalah penentu dan pemberi segala gelar.
TAKDIR
INI memangnya sudah suratan. Saya diakrabi oleh yang namanya Takdir. Seperti kata seorang wartawan, filsofis dan penyair yang kian tenar di ibu kota, setiap orang memang telah ditakdirkan sama ada menjadi cacing atau belalang. Saya tidak sama sekali berniat mengingkari. Kalau memang takdirnya saya menjadi belalang, maka belalanglah saya. Andai saya telah takdirnya adalah cencorot, maka cencorotlah saya.
Hinggalah pada suatu ketika. Ketika melintas di jalan, sebuah kereta meluru laju ke arah saya. Saya tidak sedikit berniat mengelak atau menghindar. Kerana saya tahu, apalah gunanya menghindar sesuatu yang memang sudah menjadi takdir saya. Saya pasrah. Mati dan hidup memang bukan urusan saya. Dan saya memang mati.
Tetapi keyakinan dan percaya saya terhadap apa yang dikatakan takdir itu mulai menjadi goyah. Ketika sedang dikafankan, saya mendengar beberapa orang berbual. "Kasihan dia. Kemalangan dapat dihindar kalau dia berusaha mengelak atau meloncat. Tetapi tidak. Dia hanya tercegat bagaikan patung. Berdiri di tengah jalan yang sebok," begitu kata salah seorang dari mereka.
Kerana itulah kini, saya berasa saya mati kerana kebodohan saya sendiri. Mati saya adalah mati yang sia-sia.
Kini saya insaf. Mati kerana mempercayai sesuatu secara membuta tuli bukanlah takdir.
Tetapi kebodohan.
April 6, 2010

Jumaat, April 02, 2010
WALI
DIA pembaca yang rajin dan tekun. Banyak yang dia tahu dan bijak selalu dalam berkata-kata. Tulisannya selalu memukau dan kerana itu digemari banyak pemuda atau pemudi.
Sehinggalah pada suatu waktu para pemuda dan pemudi menyanjung dan menobatkan dia sebagai wali.
Kerana mereka tidak tahu betapa wali itu sebenarnya adalah seorang pencuri, pencarut dan pemaki.
Beberapa di antara kelebihan dan kehebatan yang dengan licik dia sembunyikan di sebalik topeng kata dan tulisannya.
April 2, 2010
Khamis, April 01, 2010
SAJAK INDAH SEORANG GADIS
SEORANG gadis "urban" aku ketemu di suatu pesta seni. Dia cantik, muda dan menarik. Aku senyum ketika saling bertatapan. Dia membalas juga senyumku.
Aku kenalkan diri sebagai penyajak. Dia mengangguk dan mengaku juga seorang penyajak. Aku katakan sudah terbitkan beberapa buku sajak. Dia tersenyum dan beritahu juga sudah terbitkan satu buku sajak.
Boleh kulihat dan membaca buku sajakmu? Tanpa selindung aku meminta.
Dia mengangguk dan sambil tersenyum, dia membuka bajunya di depan khalayak. Aku terbeliak. Di depan mataku kelihatan dua payu dara milik si gadis yang masih mengkal.
Mana sajakmu? Aku lanjut bertanya kerana inginkan kepastian.
Inilah sajakku. Tidakkah kamu melihat? Jawab si gadis urban sambil mendekatkan payu daranya ke arah mukaku.
Aku sedikit mengelak agar bibirku tidak tersentuh payu daranya.
Kamu bergurau, ya? Aku lanjutkan tanya.
Si gadis urban itu menggeleng. Dan tidak semena-mena kulihat dia melongsorkan pula kancing midinya.
Kini di depanku kelihatan vagina si gadis urban itu pula.
Inilah koleksi sajak-sajakku yang terbaik. Yang aku tulis dengan suluruh jiwa dan raga aku. Dalam keadaan dadanya terdedah dan tanpa berpakaian, si gadis urban itu melanjutkan kata.
Aku terperanggah dan masih mencari-cari di mana buku sajaknya yang dimaksudkan si gadis urban.
Kecuali payu dara dan vaginanya yang didedahkan di depan khalayak.
April 1, 2010
Rabu, Mac 31, 2010
SEORANG PEMUDA MENULIS SAJAK
DI DEPAN monitor komputer bukunya yang bercahaya pemuda "urban" itu baru usai beronani. Air seni berwarna putih pekat yang meleleh di batang kemaluannya diseka perlahan dengan seonggok kertas tisu.
Tidak semena-mena, pintu kamar yang terlupa dia kunci ditolak dari luar.
Tidak semena-mena, pintu kamar yang terlupa dia kunci ditolak dari luar.
"Kau sedang buat apa?" tanya kawan yang menjongol dari luar secara tiba-tiba.
"Oh. Aku sedang menulis sajak," spontan pemuda "urban" itu menjawab.
Kawan yang bertanya membalas dengan senyum.
"Boleh dan cantik juga istilah baru ini," tetapi kawan yang tersenyum itu tidak mengucapkan kata yang dibisikkan kepada dirinya itu.
Mac 31, 2010
Khamis, November 12, 2009
PEMBACA YANG MENCURI
USAI membaca karya Seno, bergegas dia menyunglapkan dirinya mahu menjadi dan berkarya seperti Seno. Esok malamnya, begitu dia usai membaca karya Putu, dia memutuskan untuk menjadi dan berkarya seperti Putu pula. Begitulah terus menerus setiap kali dia usai membaca dan menghayati sebuah karya pengarang atau penyair yang sangat dia kagumi. Kariapur, Sapardi, Afrizal, Ayu Utami, Rendra, Goenawan, Marquez, Kafka, Baha Zain, A Samad Said dan entah siapa lagi.
Tetapi dia tidak pernah membaca dan ingin menjadi dirinya sendiri. Alangkah ruginya.
November 12, 2009
Tetapi dia tidak pernah membaca dan ingin menjadi dirinya sendiri. Alangkah ruginya.
November 12, 2009
Rabu, November 11, 2009
KERETA MATI
DI BAWAH pohon di penjuru taman kereta itu sudah lama mati. Benar-benar mati. Kerana di dalamnya ada orang yang telah mati. Walau tidak benar-benar mati.
November 11, 2009
Selasa, November 10, 2009
BEBERAPA FIKSI MINI
KAWANAN SERIGALA
KAWANAN dahulu sudah semakin renta dan pikun. Kini mereka yang lebih muda dan tangkas menjadi kawanan baru. Dan serigala tetaplah serigala. Walau apa pun bentuk dan rupa. Bezanya, di hujung nama setiap mereka berakhir dengan gelar.
November 9, 2009
ISTERI MITHALI
SETIAP bertemu dan berbual, rungutan tidak bahagia dan kesalkan suami yang malas berkerja mencari nafkah itulah sering terdengar dari bibir dia.
Setelah beberapa tahun tidak bertemu, khabar terbaru didengar dia telah melahirkan seorang bayi.
Memang dia isteri mithali.
November 3, 2009
KEKASIH
INI nomor terbaru milikku. Dia menongol di monitor telefon milikku. Kulihat ada kembang terselit di rambutnya. Aku kangen, bila kita akan bercinta lagi? Tanyanya. Menggoda.
Tanpa silu dia satu demi satu melucutkan pakaian. Dan kelihatanlah segala miliknya.
Aku tahu segalanya palsu.
November 8, 2009

Rabu, November 04, 2009
DI PASAR MANUSIA
BINGAR suara manusia berbaur memenuhi ruang. Tawar menawar harga berlangsung dan beradu sesama. Tetapi meski rendah dan murah harga namun tiada yang sudi menerima serta membeli.
Di pasar manusia kini, si bijak, si tangkas, dan si petah tidak tergiur dibeli bakal tuannya.
Kerana nanti akan mudah menjadi perderhaka yang berbalik melawan kita. Begitu dalih mereka yang bergelar si tuan. Dan si capik, si tuli serta si bisu pantas menjadi pilihan.
Tinggal pilihan, perlukah berlagak dan menyunglap diri sekelip mata menjadi si cacat, bisu dan si buta agar nanti mudah dibeli dan kemudiannya disayangi bakal sang tuan.
Atau tetap berdiri dan meyakini sendiri prinsip diri, hidup seada, tanpa perlu bertuankan sesiapa kecuali diri sendiri.
Jawabnya terserah.
September 3, 2009

Khamis, Ogos 13, 2009
BEBERAPA PENGUMUMAN DAN MAKLUMAN (1)
BOS DI PEJABAT
Duit tuntutan elaun perjalanan kerana menghadiri taklimat di KL tempoh hari telah saya terima. Terima kasih atas sikap prihatin boss mempercepatkan proses bayaran. Bab ini saya memang puji bos memang seorang bos yang baik.
SAHABAT DAN KAWAN-KAWAN
Dari 10 hingga 13 Ogos saya ke hospital bukannya kerana sakit. Tetapi saya sedang diperingatkan Allah agar tidak terlalu suka berlengah-lengah mengingati dan seolah-olah terlalu bersuka dengan dosa.
SINAGANAGA
Duit saguhati menulis ulasan itu aku sudah terima. Terima kasih untuk kau dan kawan-kawan. Walau hanya seratus tetapi bagi aku nilai dan rasanya seperti seribu. Ada bahagian-bahagian yang aku memaki-maki itu memang aku khaskan untuk kau dan kawan-kawan kau sahaja. Untuk orang yang aku tidak suka aku jarang berikan benda yang begitu.
ABDULLAHJONES
Kau memang melampaulah. Ada pulak politikus kau bagi gambar pak badut. Politikus mana pula jadi pak badut. Lagi-lagi kalau politikus Malaysia. Lagilah pula tidak. Jadi aku minta kau tolonglah tukar gambar kulit buku itu. Gambar yang muka badut itu, nampak sangat macam kau kena paksa buat.
KEPADA BUKU
Duduklah diam-diam di rak itu. Aku hendak bersenggama dengan sunyi dan memuntahkan nyanyi. La-la-la aku sendiri. La-La-la aku sendiri. Siapa peduli.
Ogos 13, 2009

Khamis, Ogos 06, 2009
MENJADI HARIMAU
MANA? Tunjukkan di mana harimau itu? Tanya ibu mendesak-desak. Anak berusia sekitar lima tahun itu menonong menuju ke suatu sudut. Di sinilah saya lihat ayah mengambilnya. Jawab si anak sambil menudingkan telunjuk ke arah yang dimaksudkan. Ibu mengeluh dan menggeleng. Jangan beli, nanti kau pun jadi harimau. Bantah ibu dan mengheret tangan anak menjauhi rak yang menempatkan pelbagai jenis kek berjenama harimau.
Aku yang dari jauh memerhati ketawa berdekah di dalam hati. Ah, anak sekecil itu sudah didustai. Siapa yang sebenarnya menjadi harimau. Ibu atau anaknya. Ha. Ha. Ha.
Ogos 5, 2009
Aku yang dari jauh memerhati ketawa berdekah di dalam hati. Ah, anak sekecil itu sudah didustai. Siapa yang sebenarnya menjadi harimau. Ibu atau anaknya. Ha. Ha. Ha.
Ogos 5, 2009
Sabtu, Ogos 01, 2009
DI DEPAN BAHASA
DI DEPAN sebongkah maruah benama bahasa, yang bentuk dan rupanya semakin herot dan peot, sepuluh ekor babi dan anjing bersetuju menjadi sahabat. Dahulu-dahulu memang kita tidak boleh dan pantang bertemu, tetapi mulai hari ini kita mengaku menjadi sahabat. Begitulah lebih kurang bunyinya kata persetiaan yang disepakati di antara mereka si anjing dan babi itu. Demi mencapai matlamat dan tujuan, mulai sekarang kita mestilah berada di mana sahaja tempat dan ruang, dan paling penting kita sorokkan tampang anjing dan babi kita dengan pelbagai topeng, tujuannya agar mereka menyangka betapa kita ini sebenarnya adalah para wali dan nabi dan dengan begitu mudahlah kita untuk terus memperbodoh akan mereka itu. Begitu kata salah satu dari si babi dan disambut dengan angguk oleh babi-babi dan si anjing yang lain pula.
Julai 13, 2009
Khamis, Julai 30, 2009
MARTONO TIDAK INGIN MENJADI MARQUEZ
MARTONO tidak ingin menjadi Marquez. Martono fikir cukuplah di dunia ini hanya ada sejuta Marquez dan dia tidak perlu menjadi hitungan yang seterusnya. Martono fikir cukuplah dia menjadi dirinya sebagai Martono dan bukan Marquez. Martono fikir tidak ada gunanya berbangga dengan nama milik orang lain. Apa lagi kalau nama Marquez yang digilai banyak orang itu hanyalah sulapan. Dan malam itu, entah malam yang kesekian berapa, di dalam mimpinya Marquez mendatangi Martono. Kau fikir kau sudah sangat hebatkah? Cermini dirimu sendiri. Buku apa yang sudah kauhafal dan baca? Begitu Martono mendengar di dalam mimpinya itu Marquez membentak-bentak. Pagi itu, ketika terjaga dan bangkit dari tidurnya, Martono melihat buku terjemahan “Sumpah Tujuh Keturunan” karya Marquez tergelatak di atas meja kecil di samping ranjangnya. Dan Martono tahu, di rak bukunya masih tersusun rapi beberapa buku karya Marquez yang lain. Tetapi biar apa pun, Martono tetap tidak ingin menjadi Marquez. Walau atas nama Marquez dan memetik Marquez, dia pernah beberapa kali melagak-lagakkan pendapat yang diakui Martono sebagai asli miliknya di depan sejumlah kawan-kawan.
Julai 8, 2009
Julai 8, 2009
Selasa, Julai 28, 2009
SANTONGO TELAH TERBANG KE LANGIT
SEKARANG telah genap seratus hari Santongo mendapat sayap. Hasrat yang sekian lama terpendam pun kini telah tiba saatnya dilepaskan mencapai hasrat. Santongo. Santongo. Santongo. Dia mendengar laungan bertalu-talu menyeru namanya. Santongo pantang diseru dan dicabar-cabar. Mukanya mudah menjadi merah padam. Santongo sudah lama memendam hasrat. Sekarang sudahlah tiba waktu. Untuk dan perlu apa berkelana di bumi kalau diri boleh terbang dan menerawang nun jauh di angkasa? Berkali-kali tanya itu menerjah benak Santongo. Santongo tersenyum-senyum sendiri. Mereka memang bahlol dan tidak tahu apa-apa. Walau berkali-kali kukencing di atas kepala mereka. Begitu Santongo berbisik kepada dirinya sendiri.
Julai 8, 2009
Julai 8, 2009
Langgan:
Catatan (Atom)