Jumaat, April 02, 2010

WALI

DIA pembaca yang rajin dan tekun. Banyak yang dia tahu dan bijak selalu dalam berkata-kata. Tulisannya selalu memukau dan kerana itu digemari banyak pemuda atau pemudi.

Sehinggalah pada suatu waktu para pemuda dan pemudi  menyanjung dan menobatkan dia sebagai wali.

Kerana mereka tidak tahu betapa wali itu sebenarnya adalah seorang pencuri,   pencarut  dan pemaki.

Beberapa di antara kelebihan dan kehebatan yang dengan licik dia sembunyikan di sebalik  topeng kata dan tulisannya.

April 2, 2010
 

3 ulasan:

Naj AB berkata...

Salam Pak Marsli,

Dalam sekali maksudnya. Menggetarkan hati saya.

Najibah

PS: Pak Marsli, saya sudah linkkan semula blog TAAA ini ke BukuRia :). Terima kasih.

Hashim Zabidi berkata...

Oh! rupa-rupanya para wali itu banyak bidangnya...

MARSLI N.O berkata...

Salam kembali Sdr Najibah: Sekadar menyindir diri sendiri. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dengan saya.

Pak Hashim: Mencari yang benar sahaja.

Marsli N.O