SEABADI apa pun kehendak siapa yang menulis atau mengkaryakannya, namun sebuah karya sastera yang aku hasilkan tidak ingin aku samakan darjat, kesucian, kemuliaan sifat dan keabadiannya seperti Qalam-Nya.
Kerana aku sedar siapa diriku sebagai manusia.
Aku hanya berusaha menulis dan mengkaryakannya sebatas yang tidak bersalahan dengan moral serta agama yang aku yakini.
Soal disukai orang atau tidak, bukan urusan diriku.
Aku hanya mahu menulis dan berkarya sejujur hatiku, menurut apa yang telah aku yakin dan percayai.
-- Marsli N.O
17.7.2021