Memaparkan catatan dengan label 2019: Reaksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2019: Reaksi. Papar semua catatan
Khamis, Ogos 22, 2019
AKU BUKAN ANTI BAHASA INGGERIS
AKU bukan anti bahasa Inggeris. Di rumah aku, 3 anak aku
adalah pensyarah dan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua.
Hanya manusia bodoh bangang sahaja yang akan memusuhi
bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu.
Namun sampai hari ini aku masih tidak jumpa sebab dan
satu jawapan konkrit lagi munasabah bila ada pihak, tidak kisahlah menteri atau
siapa pun dia, yang memilih untuk meneruskan PPSMI atau DLP.
Budak tidak ke universiti pun tahu dan pandai cakap,
kalau hendak tingkatkan penguasaan serta kemahiran berbahasa Inggeris,
tingkatkan dan tambah waktu belajar bahasa ini dan bukannya dengan mengajarnya
melalui mata pelajaran sains dan matematik !
Tetapi itulah cara berfikir menteri kita yang cerdik
tetapi bodoh.
Banyak negara maju dunia, Perancis, Jerman, Jepun dan
Russia, sebagai contohnya, mengajar sains dan matematik dalam bahasa
Inggeriskah?
Yang pasti, para menteri dan politikus Melayu yang kini
bercokol di kerusi kuasa masing-masing, yang diraih mereka kerana undi para
pejuang bahasa dan para murba Melayu, telah mengkhianati janji dan sumpah
mereka kepada para pejuang bahasa dan murba Melayu.
Untuk itu, jangan menyesal atau berduka, jika pada PRU
15 nanti, para pengkhianat ini akan diturunkan dari kerusi masing-masing dengan
undi di tangan rakyat!
Tunggu dan lihat.
29.7.2019
Rabu, Mei 15, 2019
SILAP
KAU silap bila ingat atau fikir semua orang kau boleh
hendak uji dan duga. Konon kerana kau hendak lihat apakah seorang itu
boleh terima sesuatu secara terbuka atau tidak.
Memang kau terlalu silap bab ini.
Sebab bila orang datang dengan lapang dada dan terbuka hendak bersahabat tetapi kau sambut dan balas dengan cara begitu.
Memang kau terlalu silap. Sebab kau lupa betapa orang yang cuba kau hendak uji dan duga itu tidak membukakan dirinya pada setiap waktu!
-- Marsli NO
2 4.4.2019
Memang kau terlalu silap. Sebab kau lupa betapa orang yang cuba kau hendak uji dan duga itu tidak membukakan dirinya pada setiap waktu!
-- Marsli NO
2 4.4.2019
Isnin, Mac 04, 2019
KITA BERKELAHI BABI DAN ANJING BERTEPOK RIA
KITA lupa dan hanya mabuk menyanyi dan melaungkan lagu ketuanan. Masing-masing bergasak dan bergomol hendak mempertahankan kerusi. Negara, bahasa, budaya dan malah agama sekalipun dikencingi orang apa kita peduli.
Yang penting aku terus kekal di kerusi. Selain iotu apa aku peduli. Kita lupa atau sengaja buat lupa pedih dan jerih nenek moyang kita berjuang membantah Malayan Union.
Sehingga lalai dan lupa, hari ini, ada orang sengaja buat lupa segala yang kita beri atas nama Jus Soli.
Mac 4, 2019
Langgan:
Catatan (Atom)
