Memaparkan catatan dengan label SAJAK LUKA BANGSA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAJAK LUKA BANGSA. Papar semua catatan
Khamis, Disember 12, 2013
SETELAH
sajak oleh MARSLI N.O
setelah sekian hari dewan besar itu digemparkan
dengan pekik dan teriak atas nama maruah
dan ketuanan
kini bangsaku masih dan tetap diperbodohkan mereka
dengan mimpi dan janji palsu
benarkah yang terus hidup adalah melayu
atau yang bakal terus terhina dan pupus
memanglah yang bernama melayu
disember 11, 2013

Isnin, Mei 14, 2012
LUKA ABAD
Sajak MARSLI N.O
Inilah luka abad
menyimpan kesumat
menyimpan kesumat
sesama umat
dan segala duka merasa
dan segala duka merasa
kutelan sendiri
meratap sesal bercuka
saat politikus saling bercakar sesama
di kerusi kuasa
semoga
di antara auta dan fakta
tidak aku sesat
menjadi si bangsat
menjadi si bangsat
bangsa yang selalu tertipu
dipermainkan ragu
dipermainkan ragu
yang keliru.
April 28, 2012
Selasa, Mei 08, 2012
LANGIT MERATAP
ASAP yang terapung memenuhi udara menyebarkan kepedihan nurani manusia yang mendesak-desak di trotoar, dataran dan jalanan. Mereka yang datang dari segenap pelosok negeri dan kota hanya meminta dengan suara marhaennya. Meminta segala janji segera dikota dan bukan hanya dengan sandiwara kata-kata yang memberikan mereka mimpi indah bernama ketuanan. Tetapi di depan mata sejengkal demi sehektar tanah negerinya menjadi cagar dan gadai.
Dan langit meratap. Ketika asap mengepung dan mencekik kerongkong. Melehkan tangisnya tanpa suara. Menyatu dengan raung dan pekik marhaen di trotoar, dataran dan jalanan .
Di mata si pelahap dan bejat politik, mereka berubah menjadi haiwan. Dihambat dan dilontar cerca, hanya kerana pinta marhaennya.
Dan langit meratap.
April 28, 2012
Sabtu, Julai 16, 2011
MARSLI N.O
Apakah Kau Sudah Mendengar
Apakah kau sudah mendengar
Gerak dan suara membara
Hanya meminta dan meminta
Tetapi kau anggap ada agenda
Gerak dan suara membara
Hanya meminta dan meminta
Tetapi kau anggap ada agenda
Walau bergerak
Tapi kami tidak bertindak
Kerana kami tahu batas kehendak
Kepadamu tempat hasrat meletak
Tapi kami tidak bertindak
Kerana kami tahu batas kehendak
Kepadamu tempat hasrat meletak
Walau suara kami seperti meledak
Tetapi kami tetap menjaga jarak
Di antara ganas dan biadap
Dan tidak ingin menjadi bidak
Tetapi kami tetap menjaga jarak
Di antara ganas dan biadap
Dan tidak ingin menjadi bidak
Apakah kau sudah mendengar
Kami menyata pinta dan harap
Tetapi kenapa kami didesak
Dengan air dan pemedih asap
Dan kau tetap memilih pekak?
Kami menyata pinta dan harap
Tetapi kenapa kami didesak
Dengan air dan pemedih asap
Dan kau tetap memilih pekak?
Mac 7, 2009
Isnin, Jun 28, 2010
DI NEGERI SENDIRI
Sajak MARSLI N.O
DI NEGERI sendiri aku bersunyi
bercakap kepada angin, laut dan matahari
Aku tahu aku hanya sendiri
bersunyi dengan sepi
Ketika kau mulai memilih
menjadi pelari yang tidak lagi mengerti
seperti si pekak yang kian menjadi tuli
Ketika sesama
menumbuhkan curiga di dalam diri
Menyubur menjadi rimba dan belantara
tempat berkeliaran
haiwan dan lembaga
menyeringai sentiasa
mengintai mangsa
siapa yang alpa
hanya untuk secuil laba
Kita sesama menjadi galak dan mabok
di dalam alpa
kerana tergoda oleh janji dan pura
Sesama sendiri
memilih duri
dan bukan lagi pekerti
Hati kita yang merambah haloba
membiak api membara
membakar waras di antara
timbang serta terima
Sebatang jasad di sebuah negeri
bernama cinta
kian lebur dan menghilang rupa
Kita bakal sirna
dan entah berubah menjadi apa
boragas atau masihkah
manusia
Di negeri sendiri
aku bersunyi
bercakap kepada angin, laut dan matahari
Aku ingin bersunyi
dan bersendiri
Kerana aku tidak ingin menjadi
peludah negeri sendiri
yang tidak peduli walau sekali
negerinya yang tenteram
berubah menjadi negeri berapi
asalkan hasrat menjadi pasti
Walau datang bertandang
musuh dan dagang
kembali membawa bencana berudulang
selagi hendak di hati berulang
sendiri mengaut untung dan senang
Aku tidak ingin menjadi peludah negeri
yang bijak melontar hujah
ketika bersungguh
hendak meyakinkan helah
dengan lidah terbelah
Di negeri ini
aku ingin bersunyi
dan bersendiri
bercakap kepada angin, laut dan matahari
Ketika kau mulai memilih
menjadi pelari
yang tidak lagi mahu mengerti
atau bangsa yang tega
meludah negerinya sendiri.
Jun 17, 2010
Sumber siaran: Malam Puisi Riong Berita Harian dan DBP, 26 Jun 2010 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP Kuala Lumpur.
Versi Deklamasi: Sila telusur di Youtube dengan kata kunci MARSLI N.O
Selasa, Jun 22, 2010
PENJARA PUDU
(1895 - 22 Jun 2010)
SPERMA meleleh dari celah jemari pembuat dasar pembangunan. Sejarah disunglap menjadi buah simalakama. Suara rakyat hanyalah onani. Para cukong bersileweran melibaskan sayapnya ke udara. Jalan Hang Tuah adalah sebuah kisah sedih dari sinetron yang tidak pasti bila akan berakhir. Lupakan dengan dangdut atau disko. Hujung dan pangkal? Mencari damai di dada montok gro berdada montok dan telanjang. Tentunya dari Shanghai, Manila atau Vietnam. Di bawah pohon sena yang lambat merimbun seseorang membuka celana. Penisnya yang tidak terlalu besar dan tidak juga terlalu kecil dihayun ke kanan dan ke kiri. Perempuan-perempuan sedang meratap. Kerana belum sepenuh tuntas orgasmenya. Mari ke mari dan setubuhilah aku dengan penismu yang semakin kendur dan menyulitkan penatrasi ke liang vaginaku. Ketika babi menyumpah dan setan berdansa kerana kebodohan manusia. Di sebalik keduk wajah siapa yang berselindung? Celaka kau. Aku bukan penyembah berhala.
Jun 22, 2010
Isnin, Jun 08, 2009
BANGSA DI DALAM SAJAK DAN SAYA MELAWAN PENINDASAN
TAHUN 1992, saya menulis sebuah sajak mengenai bangsa saya, yang sangat saya percayai dakwaan yang menyebutkannya sebagai suatu bangsa yang bermaruah, yang hidup di tanah bertuah dan makmur di negara bernama Malaysia.
Sajak yang saya judulkan “Bangsaku” itu dengan sengaja saya tulis hanya beberapa kata, yang saya ulang berkali-kali dan patahkan di sana sini.
Sejak mula, memang pun sajak itu tidak saya niatkan sebagai sajak kata tetapi lebih kepada sajak visual, yang bermain dengan simbol dan bentuk, yang cuma menyampaikan isyarat atau kilas maksud, hanya dengan lambang dan bunyi.
Ketika sajak itu saya tulis, usia saya belum menjengah 40 dan saya menulisnya dengan rasa mual dan sebal yang amat sangat tatkala melihat betapa sesama anak bangsa saya yang sama segama, asyik saling bertelagah dan bercakar. Masing-masing mahu mengatasi yang lain. Mahu menang dan dinobatkan sebagai juara serta pejuang. Walau demi menggapai itu, sesama saudara sanggup saling berkhianat dan pelbagai janji yang diucap jarang tertunai.
Dan hari ini, ketika sajak itu saya renungkan kembali, juga ketika catatan ini saya tulis, usia saya sudah menjangkau 50.
Tentu sahaja kini, cara saya memandang sesuatu perkara dan menanggapi sesuatu soal sedikit dan sebanyak telah berubah. Berbanding dulu, saya kini sudah agak kurang cepat berasa marah dan mual bila berasa ada sesuatu yang dirasakan tidak adil dan kurang wajar.
Namun begitu, satu hal yang bagi saya sangat ketara dan masih tidak banyak berubah ialah betapa bangsa saya yang bernama Melayu dan mengaku beragama Islam ini masih tetap suka bercakar dan bertelagah sesama sendiri.
Di segi berjanji pula, janji demi janji muluk masih diucapkan bagaikan air yang mengalir namun tidak semua yang diucapkan itu segera menjadi nyata.
Mereka yang bergelar pemimpin dan dipercayakan agar menjadi pemuka bangsa sebok dan gelojoh mahu mempertahankan kerusi dan bukannya mendengar rintih dan keluh rakyat yang pernah ditaburi pelbagai janji sebelum ini.
Mereka yang bergelar pemimpin semakin bijak dan pintar bermain kata dan ucap. Semata-mata konon untuk mengubat lara di hati rakyat yang mengharap.
Bahasa sendiri digolek dan dilambung sesuka hati dan bahasa orang lain pula diwajib pelajari serta dikuasai. Konon hanya itulah cara sahaja untuk maju dan menguasai teknologi.
Itulah yang saya perhatikan. Apa yang saya sesalkan di dalam sebuah sajak yang tentunya sangatlah sederhana, yang saya tulis kurang lebih 17 tahun yang lalu itu masih tetap berulang.
Di waktu sama juga, saya sendiri kembali ingin mengenang rasa dan derita menuliskan sajak yang sederhana ini dalam keadaan perasaan yang tertindas oleh kekangan bentuk dan syarat, yang menetapkan betapa sebuah sajak, untuk mendapat restu dan tempat penyairan, mesti dibegitu atau dibegini.
Namun betapa pun demikian, saya waktu itu tetap dan terus juga melawan dengan cara saya sendiri.
Begitu sajak itu selesai saya tuliskan, sajak itu tidak saya kirimkan ke mana-mana penerbitan. Sebaliknya, agar suara saya tetap dapat didengar khalayak, saya kumpulkan sajak itu di dalam sebuah antologi dan sajak itu saya bacakan di mana-mana kesempatan membacakannya.
Dengan cara begitu, saya menunjukkan cara untuk mandiri dan berikhtiar melawan segala penindasan terhadapnya dengan cara saya sendiri.
Dengan keyakinan dan kekuatan yang ada, saya melawan dan tidak mempedulikan segala kekang yang ditetapkan oleh siapa pun mereka yang egois dan tidak mahu mengerti.
Memang secara sedar saya berniat untuk melawan.
Kerana saya tahu, betapa hidup yang hanya sekali ini haruslah diberikan erti dengan cara saya sendiri. Walau untuk dan kerana itu saya menjadi tidak popular atau tidak disenangi oleh mereka yang tidak mengerti juga bersikap autokrasi terhadap karya dan pekerja seni.
Sejak tahun 1992, atau lebih awal dari itu, mungkin di tahun 1979, saya hidup dengan penindasan terhadap seni itu, namun saya tetap melawan. Dan perlawanan itu tentulah dengan cara saya sendiri. (Catatan Jun 8, 2009)

BANGSAKU
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablabla
blablablablablablablablablablabla
blablablablablablabla
blablablablablablabla
blablablablablablabla
blablablablablablabla
blablablabla
blablablablablablabla
blablablabla
blablablabla
blablablabla
blablablabla
blablablabla
blablablabla
bla
blablablabla
bla
bla
bla
bla
bla
bla
bla
b l a
bla
b l a
b l a
b l a
b l a
b l a
b l a
b
b
b
b
b
b
l
l
l
l
l
a
.
.............................
1992
l
a
.
.............................
1992
Langgan:
Catatan (Atom)