Memaparkan catatan dengan label 2020: Reaksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2020: Reaksi. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 19, 2021

PALSU

KERANA sudah sering mengalami maka aku jadi tidak tergiur untuk menerima dan mudah  mempercayai segala 100%. 

Di depan mereka yang tidak pernah tahu, berlagak dan berlakonlah pamerkan kesucian dan kewalian dirimu.

Sementara pangkat dan kuasa dalam genggaman, berlagak dan pergunakanlah sepuasnya. 

Apa-apa yang pernah berlaku, kau jawablah nanti dikemudian hari.  

Aku tidak akan menyembah dan menjilat.  


MARSLI N.O

19.6.2021


Selasa, Disember 01, 2020

Ahad, Ogos 30, 2020

PERLI DAN SINDIR

SELAGI boleh bersabar  saya bersabar dan diamkan sahaja. Tetapi kalau sampai pada satu tahap, semua benda dan perkara hendak kau sindir perli, seolah dalam dunia ini semua benda dan perkara kau tahu dan hanya kau sahaja yang mulia suci, maka sampailah waktu kita berpisah dan memilih jalan sendiri.

30 Ogos 2020

Isnin, Mei 18, 2020

MEMAKLUM DAN MENAFIKAN


DJAZLAM Zainal yang menulis mengenai buku saya MERANGKAI KISAH MERENDA KATA, di portal ulasan buku di bawah ITBM, antara lain menyebutkan: "Beliau juga seorang deklamator (...). Namun beliau tidak pernah menyertai Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang diadakan saban tahun. Sebaliknya, anak didiknya selalu menjuarainya. Antaranya, Amuruszati Noor Rahim, Aflieza Arshad dan lain-lain."

Saya ingin memaklumkan di sini. Sebagai manusia yang ingin selalu bebas serta merdeka, saya tidak pernah berasa punya anak didik di mana-mana pun. Bagi saya, walau siapa pun dia, kejayaan mereka sebagai apa pun adalah berkat usaha dan kegigihan masing-masing individu dan tiada kena mengena dengan diri atau didikan saya.

18.5.2020