Rabu, Disember 28, 2011

MEMBACA


RIUHNYA bercerita mengenai jumlah buku yang dibaca, tidak sepadan dengan laku serta perbuatannya. Atau dia hanya membaca tetapi tidak benar-benar mencerna apa yang dibaca. Atau menyohorkan bahan dan jumlah itu bagi dia lebih penting ketimbang menjadi lebih manusia, lebih berfikir dan lebih bijaksana dalam setiap tindak serta tutur kata.

Ahad, Disember 25, 2011

PUJIAN


BERBANGGALAH kau dengan jutaan pujian dan usapan demi usapan. Ketika bahasamu, maruahmu, agamamu, menjadi bahan sendaan. Berbanggalah dengan kesopanan milikmu. Jagalah kesopananmu. Jangan sekali-kali memaki dan menghamun. Peliharalah nama dan imej yang baik. Jagalah. Peliharalah. 

Disember 25, 2011

Sabtu, Disember 24, 2011

MEMAKI


PAGI ini aku memaki hamun lagi kepada para pukimak itu.  Kalau kalian memang dengan sengaja buat tidak faham itu kalian punya hal. Tetapi bila kalian mengusik  perkara yang sudah diputuskan oleh suara terbanyak  dan lagak kalian  melebihi segala yang asal, maka inilah kata-kataku: KALIAN MEMANG PUKIMAK

Disember 24, 2011

Jumaat, Disember 23, 2011

DIAM


DIAM. Diam. Melihat, mendengar, membaca, memahami. Diam. Diam.

Disember 23, 2011

Jumaat, Disember 16, 2011

AIR LIUR


CUMA air liur. Hujah dan dalih tentulah hebat dan melambung. Intelektual. Maruah. Bangsa. Dan apa-apa lagi. Sepuluh jong masuk, air liur  juga sudahnya.

Disember 16, 2011

Selasa, Disember 13, 2011

FAHAM, FAHAM


TIDAK mengapa. Sudah lama pun. Saya tidak peduli. 

Disember 13, 2011

Ahad, Disember 11, 2011

SERONOKNYA


MESTILAH. Siapa tidak tergiur. Jutaan, beb. Banyak tu! Mestilah hendak dan timbul rasa tamak. Tetapi selalunya penulis asal juga yang bodoh dan diperbodohkan. Sebabnya mudah sahaja. Masa mula buku hendak terbit tenyeh sain kontrak tanpa faham dan baca betul-betul. Janji buku terbit. Walau memang sudah jelas diperlembukan tidak apa. Terima sahaja. Sekarang? Buat apa bising. Dulu bukan main seronok dan tenggelam dalam glemer. Konon.

Ha.  Ha. Ha. Memang gah dan seronok menjadi penulis yang popular dan glemer. Kan. Kan?

Jumaat, Disember 09, 2011

MEMUTUSKAN

SAYA tidak memerlukannya. Saya tidak memerlukannya. 

Disember 9, 2011

Khamis, Disember 01, 2011

MAHARAJA LAWAK (4)


Di sinilah pentas dan ruang “si palsu mencari makan” (1). Mengendarai akal muslihatnya dengan raga hanuman. Meratah atau meredah segala yang menghadang. Tanpa malu dan silu mengangakan mulutnya yang berbau di depan mikrofon. Berkoar demi meraih sokongan atas nama mempertahankan segala pertuanan.  Ketika lidahnya yang berkarat dan terbelah menyokong hujahnya yang bejat untuk setiap kata yang sudah dipintal dan maknanya dipusing terbalikkan.

Dan penonton diajak melambung sebiji bola kristal yang dipenuhi mimpi dan angan.  Di pentas dan ruang yang menyaksikan kejadian, dengan rasa mual yang tidak terucapkan

Disember 1, 2011

Nota kaki:
(1)  Ucapan Ridzuan Harun di status Fbnya bertarikh  1 Disember 2011.