Sabtu, Disember 22, 2012
PUISI, TOLONGLAH
SIAPA sahaja berhak tulis puisi, baca puisi dan isytihar diri dia secara langsung atau tidak langsung sebagai penyair atau pembaca puisi.
Tetapi, tolonglah. Janganlah peralatkan puisi dan jadikan dia seperti pelacur haram jadah yang boleh kau setubuhi sesuka hati demi untuk memuaskan nafsu menghina dan mengeji orang lain. Atau untuk kau bermegah-megah konon dirimu sudah jadi penyair dengan hanya menulis sebuah atau beberapa buah puisi dan membaca puisi yang macam haram jadah juga.
Aku kena cakap ini juga kerana aku sudah terlalu berasa mual, jemu, letih dan bosan melihat orang terus-terusan memperalat dan menjadikan puisi tidak ubah macam pelacur haram jadah yang boleh sesuka hati dirogol dan dikencani demi memuaskan nafsunya konon ingin sama bergelar penyair.
Tolonglah. Tidak salah kalau kau hendak tampil ke pentas membaca puisi. Tidak semestinya untuk tampil kau pun kena mesti menulis puisi juga kalau kau memang tidak boleh menulis puisi yang baik. Tetapi pinjam dan bacalah mana-mana puisi yang sudah sedia ada dan yang sudah menjadi yang ditulis oleh mereka yang memang benar-benar hidup dan matinya menulis puisi.
Sekali lagi kataku, tolonglah dan janganlah bodohkan dirimu dengan hanya percaya dengan cakap dan segala pujian para pengampumu yang selalu memuji dan mengiyakan apa sahaja yang kautulis dan cakapkan, konon itulah puisi yang benar-benar puisi.
Tolonglah. Aku berasa kasihan juga melihat kau memperbodohkan dirimu sendiri dengan menulis dan membaca sesuatu yang kau katakan sebagai puisi tetapi hakikatnya hanyalah tahi.
Tolonglah. Tolonglah.
Disember 21, 2012
Rabu, Disember 19, 2012
GENG
KETIKA zaman muda-muda dahulu saya pernah bergeng. Bila bersama bukan main rasa megah dan gagah.
Seolah kalau di depan ada gajah seekor pun sanggup di rempuh begitu sahaja.
Itu bila bersama geng. Kalau sendirian lain pula perasaan.
Rasanya menikus lebih daripada seekor tikus. Takut, gelisah, malu, segan dan tidak tentu arah berasa.
Kerana itu akhirnya saya mengajar diri untuk tidak berharap
dan bergantung dengan geng. Hidup mati biar sendiri. Dan kalau ada yang bergeng
menunjuk lagak hendak bergaduh ketika itu, saya
selalu mencabar mereka dengan berkata kalau benar dia anak jantan dan punya
batu pelir marilah bergaduh satu lawan satu sampai salah seorang membaham
tanah.
Memang pun tidak pernah terjadi pergaduhan sampai ke tahap
itu. Kerana kebiasaannya, mereka yang bergeng ini pengecutnya mengalahkan
beruang yang tidak punya alat kemaluan.
Ketika saya semakin menjadi tua, saya melihat di dalam
sastera dan seni pun perangai dan budaya bergeng ini wujud juga.
Ke mana-mana mesti dengan geng, bercakap hanya sesama geng,
makan dan minum hanya sesama geng, bergelak
ketawa bersama geng dan berjalan pun hanya dalam kelompok sesame geng.
Itu mereka punya sukalah. Hendak bergeng atau tidak siapa patut larang.
Yang menentukan sebuah karya sastera atau hasil seni yang
dihasilkan seseorang itu bagus atau tidak, bukanlah kerana dia bergeng atau
tidak. Atau kerana dia tampil ke pentas dengan geng-gengnya. Itu langsung tiada
kena mengena.
Malah kalau hendak tengok dan tahu sejauh mana hebat dia
sebagai seorang individu seniman, letaklah dia sendirian, tengok apa hasilnya.
Kalau setakat berasa hebat hanya semata-mata kerana datang atau
tampil secara bergeng, buat apa.
Apa lagi kalau berseorang tanpa geng dia berubah
menjadi seekor tikus mondok yang hanya
duduk diam di sudut-sudut dan tidak berani atau mahu bertegor sapa dengan orang
lain yang bukan gengnya.
Memang hampaslah jawabnya.
Disember 19, 2012
Sabtu, Disember 08, 2012
SUMBANGAN BUAT SAHABAT
ANAK sulung Jimadie Shah Othman, Adam Azfar, 6
tahun, mengidap ketumbuhan di bahagian otak (tengah) sepanjang 2.5 cm atau
Pontine Glioma dan sudah menjalani 13 kali rawatan radioterapi.
Sumbangan untuk anak sahabat kita ini, boleh disalurkan langsung melalui akaun
Jimadie Shah bernombor 164717019142 (Maybank).
Selasa, Disember 04, 2012
KISAH SECEBIS DARIPADA HAYAT SEORANG ANONIM
Judul: MERANGKAI
KISAH, MERENDA KATA
Penerbit: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia
Harga: RM
20.00
Kiriman naskhah ikhlasnya telah saya
terima petang Disember 3, 2012 daripada
ITBM. Terima kasih atas kiriman dan penerbitannya. Buat semua di ITBM, daripada
yang paling atas hingga yang paling bawah saya berasa sangat berhutang budi
dengan kalian. Juga teman-teman di PENA, saya juga mengucapkan jutaan terima
kasih. Tanpa bantuan kalian meluangkan jalan penerbitannya dalam bentuk buku
yang lebih bermaruah, apalah ertinya karya demi karya yang telah saya tulis dan
hanya disimpan di dalam almari.
”Tahniah sahabat atas penerbitan terbaharu ini. Tahun 2012
merupakan tahun yang paling banyak buku sdr diterbitkan . Kalau tak silap ini
yang ke-3. Sangat layak untuk SEA Write Award dengan pengalaman menulis yang
panjang, sentiasa konsisten dan tak kenal lelah dan bilangan buku yang banyak
yang telahpun diterbitkan”. Begitu kata penyair
Pahang Sahrunizam Abdul Talib dalam reaksinya di wall FB saya.
Saya juga tidak melupakan untuk kembali mengucapkan terima kasih kepada semua yang mencatat ucapan dan like mereka di wall FB saya. Juga untuk ucapan tahniah dan sambutan daripada Sri Diah Shaharuddin dan Shapiai Mohd Ramly. Terutama juga ucapan yang berikut.
Siti Zaleha M Hashim:
Setinggi-tinggi tahniah sdr. Marsli NO, saya juga amat gembira dengan kehadiran buku ini dalam dunia sastera. Wajah bukunya unik, spt penulisnya juga unik!
Setinggi-tinggi tahniah sdr. Marsli NO, saya juga amat gembira dengan kehadiran buku ini dalam dunia sastera. Wajah bukunya unik, spt penulisnya juga unik!
Namun
terus terang sahaja. Semakin saya berasa ke hujung hayat semakin saya berfikir
dan merasa. Yang saya takut dan khuatirkan kalau saya semakin tanpa sedar
menjadi sombong dan bongkak dalam menulis dan berkata-kata dan kerana itu
menganggap segala yang saya tulis dan katakan adalah sesuatu yang sangat-sangat
bernilai buat orang lain yang membaca, sedangkan pada hakikatnya, saya hanya sekadar
syok sendiri dan semua itu tidak memberikan sebarang faedah kepada orang lain.
Apakah
yang saya tulis dan terbitkan atau siarkan, memang memberikan manfaat
buat sesiapa yang membaca? Sungguh saya takut andai hanya menulis semata-mata
untuk seronok sendiri. Sungguh.
Untuk dan kerana itu jugalah, saya ingin kembali ke dalam diri sendiri. Lebih jauh merenung dan membaca segala kebodohan diri sendiri.
Semoga walau pun sedikit, segala yang saya tulis dan katakan tetap juga memberikan sedikit manfaat kepada pembaca dan orang lain. Semoga.
Disember 4, 2012
Ahad, Disember 02, 2012
KETIKA GAZA: PENYAIR MEMBANTAH
MEMAKLUMKAN. Antologi KETIKA GAZA PENYAIR MEMBANTAH memuatkan puisi hasil cipta Adi
Wahab, Abd Razak Rezeki Othman, Azridah PS Abadi, Darma Mohamad, Fadhel
Jaffrey, Gopa,Hasyuda Abadi, Ilhami Hisham, Ja'afar Haji Hamdan,
Kamarulzaman Ismail, Kathirina Tati, Lim Kim Hui, M.A. Nast, Moh.
Ghufron Cholid, Musa Masran, Norjannah MA, Nilamsuri, Norhayati
Ab.Rahman, Noor Aisya Buang, Phaosan Jehwae, R. Hamzah Dua, Ridzuan
Harun, Rosnani Ahmad, Rosmiaty Shaari, Saedon Ibrahim, Sahrunizam Abdul
Talib, Shapiai Muhammad Ramly, Wan Asyeah Wan Nawang, Wan Ahmad
Ismail, Yusuf Fansuri dan Zurina Shafie kini sudah memasuki proses percetakan. Penyumbang
yang disenaraikan dimuat kesemua puisi kiriman mereka.
Kiriman naskhahnya akan menyusul selewatnya awal Januari 2013.
Para
sahabat, rakan dan teman FB: saya sangat menghargai semangat
solidaritas kalian. Kita memang wajar berkata mengikut cara kita. Tanpa
perlu meremehkan sesiapa. Terima kasih atas sambutan kalian.
Semoga.
Sekian dimaklumkan.
Disember 1, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)