SEMUA miliki perasaan ini. Pelbagai jenis. Perasan bagus, pandai, bijak, maha tahu, hebat dan netah apa-apa lagi.
Memang normal pun. Sebab kita manusia biasa dan bukan nabi, bukan wali atau bukan malaikat.
Masalahnya bila sampai ke tahap ekstrim. Tambah bila membabitkan atau tempiasnya terkena ke pihak lain. Itu yang jadi masalah.
Misalkan, kerana perasan kita lebih pandai dan tahu, kita hanya pandai menuding, menyuruh dan mempertanyakan: Kenapa orang tidak tulis itu ini, kenapa orang tidak tulis begitu dan begini.
Hoi, perasan. Kenapa tidak kau yang tuliskan sendiri. Kenapa?
Sebab kau rasa martabat kau sudah terlalu tinggi? Dan kerana itu sudah tidak layak lagi menuliskannya, kecuali bagi mereka yang martbatanya lebih rendah banding dengan diri kau.
Begitu kan?
Perasan.
Mac 14, 2018