Selasa, Jun 12, 2018
APA GUNA PUJIAN YANG PALSU
SEBAGAI seorang manusia biasa aku pun berasa suka dan seronok bila karya aku dipuji orang.
Tetapi
kalau ada pembicara yang segandingkan karya aku setaraf dengan karya
Rabindranath Tagore, aku sepatutnya berasa malu dan menolak pujian yang bagiku
sudah jelas amat dusta itu.
Begitu
juga kalau ada yang banding dan segandingkan karya aku dengan karya Iqbal atau
Rumi. Itu semua bagi aku adalah pujian yang palsu belaka.
Tetapi
kalau ada orang lain yang berasa seronok dengan pujian dan penilaian sebegitu,
biarlah itu jadi hak mereka. Kerana manusia penyair itu jenis dan sifatnya
macam-macam.
Suka
hati merekalah.
Dan
aku cukup dan memadai sahajalah menjadi diri aku sendiri. Kerana aku tahu tiada
gunanya menerima gelaran hebat apa pun jika memang tidak layak untuk diriku.
Apa lagi jika sesuatu itu jelaslah palsu dan menipu!
Disember
29, 2015
Langgan:
Catatan (Atom)