Ruang iklan dan jualan buku serta karya seni lainnya.
Untuk pesanan dan pembelian buku , sila maklumkan maklumat pemesan serta alamatnya untuk kiriman pesanan ke email marslino57@gmail.com
Ruang iklan dan jualan buku serta kegiatan seni lainnya.
MARSLI N.O juga menyediakan khidmat pengendalian bengkel deklamasi, penulisan puisi dan cerpen dengan bayaran yang berpatutan. Untuk pesanan dan jemputan, sila hubungi ke email marslino57@gmail.com
MOTIVASI UNTUK PENULIS
Kumpulan anekdot mengenai penulisan. Sebagai motivasi kepada pemula atau yang sudah menulis. RM 35 termasuk pos. Sila WA 01152413235
OTAK-OTAK YANG PECAH
Koleksi 12 cerpen non realis MARSLI N.O RM 30 termasuk pos laju. Sila WA 01152413235
MERDEKA DI DALAM BOTOL.
Koleksi 48 fikis mini MARSLI N.O RM 30 termasuk pos laju. Sila WA 01152413235
KISAH MENULIS, Edisi Ulang Cetak 2020
Koleksi anekdot dan motivasi mengenai penulisan. RM 30 termasuk pos laju. WA ke 01152413235
SURAT-SURAT SEORANG ANONIM
Koleksi monolog & renungan sastera MARSLI N.O. Cetakan 1 Tahun 2017. Penerbit: Buku Nadir. RM 25 (termasuk kos pos laju).
TERIMA KASIH, MERDEKA
Memuatkan 40 puisi MARSLI N.O bertemakan patriotisme. Terbitan ITBM Kuala Lumpur, 2016. Harga RM 20.00 termasuk kos pos laju. Pesanan sila nyatakan alamat pos pemesan dan wassap ke 01152413235.
MALAM HUJAN & OKSIMORON
Kumpulan yang memuatkan 52 puisi terbaru MARSLI N.O yang meraih hadiah saguhati Sayembara Penulisan 2 anjuran ITBM-Pena-BH. Terbitan ITBM, 2015. RM 20.00
DI SUATU RUANG BERNAMA PENGADILAN
Kumpulan yang memuatkan 4 naskhah drama konvensional dan surealis karya MARSLI N.O.Terbitan DBP, KL tahun 2014. RM 15.00
MENCARI NUR
Kumpulan puisi terbaru yang memuatkan 60 puisi cinta dan syahdu MARSLI N.O.Terbitan ITBM tahun 2013. RM 15.00
JOM MENULIS
Panduan dan motivasi penulisan kreatif MARSLI N.O. Cetakan 1 Tahun 2013. Utusan Publication KL RM 25.00 termasuk kos
MERANGKAI KISAH, MERENDA KATA
Kumpulan proses kreatif MARSLI N.O. Cetakan 1 Tahun 2012. ITBM KL RM 20.00.
PENDERHAKA: Novel terbaru MARSLI N.O
Terbitan DBP KL 2011, RM 18.00.
DI NEGERI MABOK
Kumpulan sajak terbaru MARSLI N.O, Cet 1 2010 RM 20.00
Pembelian secara pesanan sila ke email marslino57@gmail.com dengan memaklumkan nama pembeli serta alamatnya untuk kiriman pesanan dan memasukkan jumlah harga buku yang dipesan ke akaun bank atas nama RAMLI SELAMAT setelah nombor akaun banknya dimaklumkan. Pastikan keratan/resit kemasukan wang pesanan diemailkan sebagai bukti pembayaran dan disimpan untuk rujukan jika berlaku apa-apa kekeliruan.
TELAH TERBIT
Pastikan membeli yang asli di kedai atau pesan langsung kepada pengarang di alamat untuk mendapatkan tandatangan dan autograf. Atau WA ke 011 52413235 dan nyatakan alamat untuk kiriman buku.
DI SUATU RUANG BERNAMA PENGADILAN
Kumpulan Drama Cet. 1 Terbitan DBP, 2014, RM 15.00
MENCARI NUR
Kumpulan Puisi Cet. 1 Terbitan ITBM, 2013, RM 15.00
JOM MENULIS
Panduan dan motivasi penulisan kreatif MARSLI N.O. Cetakan 1 Tahun 2013. Utusan Publication KL RM 20.00 Pesanan ke marslino@yahoo.com menyatakan jumlah pesanan, nomor telefon dan alamat pos pemesan untuk mendapatkan tandatangan dan autograf. Tambah RM 4.00 belanja pos.
MERANGKAI KISAH, MERENDA KATA
Kumpulan proses kreatif MARSLI N.O. Cetakan 1 Tahun 2012. ITBM KL RM 20.
MASIHKAH AKU BERMIMPI
Kumpulan Cerpen. Cetakan 1 2012. DBP KL. RM 18.00
GUNTING
Kumpulan Cerpen. Cetakan 1 2012, ITBM KL. RM 20.00
PENDERHAKA
Novel Umum. Cet 1 2011, DBP KL RM 18.00
KEPADA ANGIN JUGA
Kumpulan Sajak Cet. 1 2008, DBP KL RM 20.00
MENANTI BURAQ
Kumpulan Cerpen. Cet 1 2008, Cet 2 2009 DBP KL RM 28.00
Blog ini merupakan blog rasmi penyair dan sasterawan MARSLI N.O. Segala maklumat mengenai kegiatan, penerbitan dan maklumat kesusasteraan MARSLI N.O dapat diperoleh di blog ini.
Segala maklumat dibenarkan sebagai petikan untuk tugasan ilmiah, kajian dan pembelajaran yang tidak bermotifkan keuntungan. Setiap petikan mohon disebutkan sumber asal dan penciplakan dalam apa jua bentuk serta cara adalah dilarang.
Pengisytiharan
ENTRI di dalam blog ini ditujukan khusus kepada pembaca yang hanya bersetuju dengan cara penulisan serta pemikiranMARSLI N.O. Pengunjung yang tidak bersetuju tidak perlu membuang waktunya di sini atau menulis dan meninggalkan sebarang komen di sini.
MARSLI N.O juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dalam apa jua bentuk dan klausa terhadap mana-mana pengunjung blog TANAH – AIR – API – ANGINini.
MARSLI N.Oboleh dihubungi melalui email: marslino57@gmail.com
Jika berminat atau ingin memetik dan menyiarkan semula sebarang tulisan atau bahagian tulisan dari blog ini, sila maklum serta sebutkan nama penulis dan blog ini sebagai sumbernya. Tanpa disebutkan nama penulis asal dan sumbernya, anda sesungguhnya telah melakukan peniruan dan pencurian yang boleh dikenakan tindakan undang-undang .
Senarai Kegiatan dan Acara
SEBARANG makluman, undangan kegiatan dan acara sastera,MARSLI N.Oboleh dihubungi lewat telefon 019 - 944 9366 atau melalui email: marslino57@gmail.com
AKAN DATANG: 31 Oktober 2019: Bengkel Puisi di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) Cawangan Pahang.
Untuk berbual sila ke MUKABUKU atau titipkan pesan ke email saya
Jejak Pelawat
Siapa di Sana?
Jumaat, April 09, 2010
SABAR, KERJA, SARJANA DAN BEBERAPA EKOR BIAWAK
SEJAK 2007 HINGGA APRIL 2010, TIDAK CUKUP BERSABARKAH SAYA?
SAYA sebenarnya tidak begitu berasa seronok menuliskan sesuatu yang sangat peribadi, yang ada kaitannya dengan pihak lain secara langsung, secara terbuka dan terdedah begini.
Sebabnya tentulah kerana saya mahu mengelak membuka aib sesiapa yang menjadi pihak lain itu, semata-mata kerana kegopohan dan sikap tidak sabar saya. Malah lebih-lebih lagi saya cuba mengelak agar perbuatan saya itu tidak sampai ke tahap yang boleh diertikan sebagai suka memperbesar-besarkan sesuatu isu yang sebenarnya kecil dan tidaklah sebesar mana pun.
Tetapi bila saya kenangkan betapa sudah sejak 2007 saya mengajar diri supaya bersabar dan menunggu, dan beberapa kali sudah menyatakan maksud saya secara baik dan hormat, namun bila jawab yang saya terima tetap yang itu juga, saya fikir sudah waktunya saya menyebutkan pula secara terbuka.
Saya tahu dan sedar, apa yang saya minta itu mungkin tidak pun sampai ribuan atau ratusan ringgit jumlahnya. Tetapi kerana saya tahu itu adalah hak saya, maka saya tetap meminta supaya hak itu diserahkan kepada saya.
Malah sampai ke suatu tahap, ketika menulis catatan ini, saya berasa bagaikan dipermainkan dengan jawapan yang serupa berkali-kali, bila setiap kali saya hubungi : sedang diuruskan, sedang diuruskan.
Saya tahulah sedang diuruskan. Tetapi urus yang bagaimana? Masakan sampai tiga tahun pun belum selesai juga?
Terpulanglah kalau saya hendak dianggap tidak sabar dan suka menyebok. Malah saya lebih tidak peduli kalau dikatakan bahawa saya ini tidak tahu berterima kasih dan sedar diri. Karyanya sudah diterbitkan dan berada di pasaran, hendak bising apa lagi.
Tidak berterima kasih? Ini bukan soal berterima kasih atau tidak. Apa yang saya bangkitkan adalah soal hak. Kalau memang bukan milik saya, saya memang tidak akan ambil peduli. Tetapi kerana memang jelas itu adalah hak saya, sebab itulah saya memintanya.
Atau kalau ada dalih lain mengatakan karya yang sudah beredar di pasaran itu tidak laku, kenapa pula saya hendak kena tanggung beban.
Sekali lagi, saya tahu apa yang saya minta itu mungkin tidak pun sebanyak mana. Jadi saya tidak fikir memerlukan waktu sehingga tiga tahun untuk menyelesaikannya.
Kalau orang lain tidak sebok dan meminta-minta, itu bukan urusan saya. Saya hanya meminta apa yang saya tahu adalah hak saya.
Terserahlah kalau kerana itu saya dikatakan mengemis. Pokoknya, saya meminta apa yang patutnya diberikan kepada saya. Cuma itu. Soal yang selebihnya saya tidak peduli.
April 9, 2010
Reaksi: Reaksi untuk entri ini sila email ke email saya.
KERJA SAYA tidak banyak memiliki kepandaian.
Saya tidak pandai berniaga. Saya tidak pandai menyanyi. Sebab itu saya tidak menjadi ahli perniagaan atau menjadikan nyanyian sebagai bidang pekerjaan yang boleh menghidupkan diri saya.
Sejujurnya, kepandaian saya hanyalah menulis dan membacakan sajak di pentas. Kerana hanya itulah sahaja kepandaian yang saya ada, maka saya lakukannya dengan sepenuh hati dan jiwa saya, sebagai suatu kerja dan bukan sekadar hobi atau kegemaran di masa lapang.
Kerana itu adalah kerja maka saya tidak pernah berasa segan dan silu untuk meminta upah dari setiap kerja saya yang diterima atau disiarkan di mana-mana penerbitan atau setelah saya persembahkan di pentas.
Saya tahu dan pernah mendengar orang menyebut betapa dengan menulis seseorang tidak mungkin jadi kaya. Malah kata seseorang, kalau hendak cari duit bukan dengan cara menulis, tetapi lakukanlah kerja selain dari itu. Seorang yang bukan calang-calang di dunia sastera, sebelum mengisytiharkan mogoknya, juga pernah mengucapkan kata yang hampir senada.
Tetapi saya tidak peduli. Saya menulis dan membacakan sajak di pentas bukan mahu menjadi jutawan. Saya menjadikan menulis dan membaca sajak sebagai kerja tidak lain sebagai sumber untuk sedikit menghidupkan diri saya secara wajar. Itu sahaja.
Kerana menyikapi menulis dan membacakan sajak di pentas ini sebagai kerja jugalah, maka saya selalu berlatih dan membuat pelbagai persiapan yang perlu selepas mendapat sesuatu undangan atau ketika berniat mengirimkan sesebuah karya ke mana-mana penerbitan.
Kalau mahu memulai penulisan, saya selalunya bersiap di segi mental dan dibarengi dengan proses mencari, mengumpul serta mencerna bahan-bahan sebelum memulakan sesuatu penulisan.
Untuk sesuatu persembahan baca sajak pula, saya berlatih di sebelah pagi dan petang untuk olah nafas, olah suara, imaginasi, gerak dan stamina.
Bagi saya, membaca sajak di pentas itu sebenarnya tidaklah semudah naik dan membaca semata-mata.
Tekanan tinggi dan rendah, tempo cepat dan lambat, permainan suara watak dan gambaran yang sesuai dengan suasana perlu diperhati serta diperhitungkan juga. Walau hanya satu sajak yang hendak dibaca, tetapi persiapan dan latihannya tetap serupa dengan membaca lima sajak di pentas.
Walau saya tidak minta terlalu dimengerti atau difahami, saya harap dengan penjelasan ini tiadalah lagi sesiapa yang menjadi pegawai yang menguruskan acara dan pembayaran akan meminta potongan dari jumlah bayaran persembahan saya atas alasan budget lari di saat-saat akhir.
Malah dengan penjelasan ini juga, saya harap tidak akan ada lagi mana-mana manusia yang diamanahkan membuat pembayaran, secara tiba-tiba meminta sedikit komisyen ketika meminta saya menandatangani borang pembayaran wang ketika di akhir persembahan.
Atau setidaknya, mana-mana yang berfikir membaca sajak itu satu hobi dan orang yang bersungguh mengerjakannya dianggap tidak perlu dibayar, setidak-tidaknya fikirkan juga soal kos pengangkutan, penginapan dan pelepas dahaga tekak orang yang membaca sajak.
Memang pun ada yang sanggup datang dan membacakan sajak secara percuma tanpa bayaran, tetapi saya harap janganlah samakan mereka dengan saya.
Begitu juga kalau ada mana-mana tokoh korporat dan politikus yang juga mahu membacakan sajak tanpa bayaran. Itu biarlah menjadi urusan mereka. Orang seperti mereka memang pun tidak perlukan duit sebagai bayaran kerana wangnya sudah berlebihan. Mereka datang membaca sajak bukan kerana mahukan wang, tetapi kerana mahukan publisiti.
Itu sahaja bezanya mereka dengan saya. Publisiti bagi saya tidak ada gunanya kalau dalam poket kosong tidak berisi.
Sekali lagi, saya bekerja dan bukan sekadar berhobi.
April 9, 2010
Reaksi: Reaksi untuk entri ini sila email ke email saya.
SARJANA
KERANA kau belajar dan rajin, dapatlah kau bergelar sarjana. Tetapi jangan salahkan aku kalau pada suatu waktu aku memanggilmu bodoh dan bangang.
Kautahu kenapa?
Bayangkan, dengan sarjanamu, aku tidak fikir kau tidak tahu bahawa kalau kau hendak menilai karya seseorang, yang pada waktu terkininya terdedah di depanmu karya-karya terkininya juga, tetapi bila kau hanya melihat dan membicarakan karyanya terbitan 10 tahun yang lalu dan kemudian membuat kesimpulan, tentulah wajar kalau aku memanggilmu sarjana bodoh dan bangang.
Satu lagi, tidakkah bodoh dan bangang namanya kalau lain yang aku tulis, lain pula yang kau henyak. Kau kata aku tidak faham tetapi jenuh aku mencari dalam tulisanku tempat yang aku dikatakan tidak faham itu, namun jelas dan nyata tidak pun aku sebutkan apa yang kaukatakan aku sebagai tidak faham itu.
April 9, 2010
Reaksi: Reaksi untuk entri ini sila email ke email saya.
BIAWAK
MEMANG benarlah. Biawak tetaplah biawak. Meski di generasi mana dan di kurun bila pun, biawak tetap hidup dan muncul di kalangannya.
Walau pada mulanya berdegar langit dan bumi melontarkan teriak mengenai berani dan kebebasan, tetapi bila bertembung dengan soal pangkat dan periuk, biawak akan cepat menyunglap dirinya menjadi si dayus dan pengecut yang tidak memiliki telor dan alat kelaminnya lagi.
Memang dasar biawak. Di mana-mana pun tetaplah biawak. Dan biawak-biawak ini, tidak kira tua atau muda, laku dan peri perangainya memanglah tetaplah perangai biawak. Bila bertembung dengan soal pangkat dan periuk, segala berani dan gagahnya akan menjadi lembik dan luntur.
Malah, sesama sendiri, kalau perlu dan demi untung diri sendiri, sanggup pula saling dikerkah dan ditunggang. Dan agar tidak nampak muslihat dan maksud, si biawak yang licik akan berselindunglah di sebalik kata-kata gagah: demi marwah bangsa dan bahasa.
Konon.
April 9, 2010
Reaksi: Reaksi untuk entri ini sila email ke email saya.
SANG IDEALIS
LEBIH baik jadi sang idealis walau ditohmah konon pemimpi di siang hari. Setidaknya, marwah dan harga diri tetap juga terpelihara. Bercakap, bertindak dan berfikir kerana keinginan sendiri dan bukan kerana suruh dan arah pihak yang lain.
Walau marwah tidak menjaminkan perut menjadi kenyang atau poket menjadi kembong. Walau miskin dan sering terhimpit, namun jiwa tetap merdeka tidak dimiliki sesiapa.
April 9, 2010
Reaksi: Reaksi untuk entri ini sila email ke email saya.
PERKAKAS
SEBIJAKdan cerdik mana pun akhirnya menjadi perkakas juga. Cakap berdegar-degar mengalahkan pekik gergasi pun tiada makna apa-apa bila akhirnya menjadi perkakas juga.
Konon atas nama perjuangan dan maruah. Tetapi perjuangan apa dan untuk siapa? Dan maruah. Maruah siapa?
Semuanya ternyata menjadi perkakas belaka.
Bila tiba bab perut dan kedudukan, lupakan segala idealisme dan prinsip. Asalkan kenyang dan selesa, menjadi perkakas pun tidak mengapa.
April 10, 2010
Reaksi: Reaksi untuk entri ini sila email ke email saya.
1 ulasan:
Sdr Mazmiee: Terima kasih atas emailnya. Selamat terus berkarya.
Catat Ulasan