Rabu, Disember 08, 2010

SELEPAS KOREA

SAYA sedang dalam proses kembali menuetralkan  perjalanan darah di dalam badan.  Berdepan dengan kesejukan yang agak melampau di sana, bagi sebatang jasad kerdil yang sentiasa hidup di iklim panas, memang mendatangkan serba sedikit sampingan, seperti flu dan kurang sedap badan.  Tetapi ini pun memang dugaan yang sangat kecil dan saya mengucapkan syukur kepada Ilahi yang sentiasa melindungi diri saya ketika di sana.

Terutamanya, kerana saya berasa, sepanjang di sana, saya masih tetap hadir sebagai manusia dan bukan sebagai yang selainnya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih buat sahabat yang sudi mendoakan keselamatan saya sepanjang di sana dan juga bantuan mereka yang lain.

Saya akan menulis lebih lanjut. Flu ini agak sedikit mengganggu.

Disember 8, 2010

BECOMING
BECOMING merupakan  antologi puisi para penyair yang menyertai Korea-Asean Poets Literature Festival di Korea pada 2 hingga 6 Disember, 2010 yang lalu. Antologi ini memuatkan puisi hasil karya 13 penyair dari 8 negara di Asia dan  20 penyair dari Korea.

Setiap penyair menyumbang empat puisi, yang berupa dua sajak yang dimuatkan adalah karya lama para penyair dan dua lagi merupakan puisi yang baru.

Puisi-puisi yang dimuatkan di dalam antologi ini, selain terjemahan dalam Bahasa Inggeris, juga disertakan dengan terjemahan di dalam Bahasa Korea.

Sedikit berasa bangga, karya puisi dari penyair Malaysia yang turut  diundang menyertai acara ini, Rahimidin Zahari dan saya, didahulukan sebagai pembuka halaman.

Puisi saya yang dipilih  ialah "Membaca Sandiwara", "Sia-Sia", "Di Kamar Sendiri" dan "Sajak Politik Haloba" yang telah disiarkan  dengan terjemahan Inggerisnya sebagai "Reading A Play", "In Vain", "In a  Room of One's Own"  dan " Avaricious Politics Poem".

Rahimidin Zahari pula tampil dengan puisinya "Sufi", "Kebebasan", "Omadal" dan "Rahwana."

Disember 13, 2010

5 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Selamat kembali ke Tanahair dan selamat membawa cerita-cerita besar.

sinaganaga berkata...

Hah, tahun depan boleh pergi lagi. :)

MARSLI N.O berkata...

Pak Hashim: Ya. Saya sudah kembali tetapi hanya dengan harapan dan keinginan untuk lebih berjujur dengan dunia puisi saya, tanpa hasrat mahu membesarkan apa-apa. Terima kasih atas ingatan Pak Hashim.

MARSLI N.O

Sdr Sinaganaga: Semoga diizinkan Ilahi.

MARSLI N.O

MKriza berkata...

Teruskan bersastera saudara.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tahniah, nama Sdr Marsli N.O telah dicatat sebagai penyair Asia.