Selasa, November 01, 2011

MEMANG BABILAH


MEMANG kau ingat aku boleh kau kelentong begitu sahaja macam lembukah? Memang senanglah kaucakap bila sebuah akhbar atau majalah ditangguh dulu penerbitannya maka semua urusan bayaran untuk penulis yang telah menyumbangkan karyanya juga akan ditangguhkan.

Tetapi dalam keadaan ditangguhkan begitu, bila cukup bulan dan waktunya kau tetaplah akan menerima bayaran gaji sedangkan penulis yang sudah menulis ke akhbar atau majalah hanya terkulat-kulat menggigit jari.

Memang babilah. Mengelak dengan apa cara dan helah untuk tidak membayar penulis yang sudah menulis samalah  menghisap darah dan keringat mereka.

Memang pun apa yang mereka tulis bagi diri kau bukanlah apa-apa sangat dan boleh kau dakwa sengaja kau siarkan atas alasan kasihan atau hendak beri mereka peluang menulis.

Tetapi lupakah kau betapa kalau tidak kerana tulisan mereka yang kononnya bagi kau bukan apa-apa itulah maka ruang kosong di dalam akhbar atau majalah yang pihak kau terbitkan itu dapat ditimpali dengan huruf dan perkataan?

Memang babilah. Walau majalah dan akhbar sudah tutup atau ditangguhkan sekejap penerbitannya, tetapi kau tetap menerima gaji saban bulan. 

Tetapi penulis yang sudah menulis dan menyiarkan karyanya di akhbar atau majalah kau, dapat apa?

Kalau kau memang tidak mahu bayar cakap sahajalah memang tidak mahu bayar. Tidak payahlah kau buat alasan macam-macam.  Supaya senang tahu bahawa kau memang hendak menipu dan menghisap darah penulis yang kau anggap mungkin tiada apa-apa itu.

Atau kau fikir memang singkek dan papa kedana sangat penulis kerana asyik tanya pasal bayaran untuk apa yang sudah mereka tulis dan disiarkan di akhbar atau majalah kau. Mungkin kau ingat mereka pengemis dan bagi kau apa yang ditanya dan dituntut itu bukannya banyak dan besar sangat sampaikan hendak diheboh satu Malaya.

Kalau begitulah. Tidak payahlah kau hendak berlagak dan bercakap kononnya kaulah pejuang kemanusian yang sanggup melanglang buana menyampaikan derma dan sumbangan, sedang di negeri sendiri kau menghisap darah penulis.

Sebab itu aku kata: memang babilah!

Oktober 31, 2011

2 ulasan:

srirahayumohdyusop berkata...

Pak Marsli,

Memang patut dibabikan orang-orang seperti ini. Teruk sehingga tidak masuk akal. Mengemis? Bayaran adalah hak penulis tidak kiralah nilainya sepuluh sen atau sejuta ringgit. Hanya di Malaysia... hanya di Malaysia... cis bedebah.

MARSLI N.O berkata...

Puan Sri: Bayangkan. Di abad 21 penulis di negara kita masih menerima RM 30 untuk sebuah puisinya. Masih ada yang dihisap darah dan keringatnya. Persatuan penulis hanya sebokkan glamor dan mencari Melayu. Ya, memang babi.

MARSLI N.O