Khamis, Mei 24, 2012

PUKIMAK KAULAH


SEPULUH jong masuk, anjing bercawat ekor juga. Segala benda dan perkara buat buta dan tidak ambil peduli sahaja. Pekakkan telinga. Butakan mata hati. Asalkan tetap kekal di kerusi. Peduli apa menipu bangsa sendiri. Agama juga tega diparalat dan diperjudi. Kata yang di sana sesat. Yang di sini bagaimana?

Kata dulang paku serpih. Melaung lebih hidupkan ketuanan. Tetapi bumi dipijak semakin hari tidak sedar lagikah milik siapa?

Siapa yang pandai menjilat dan bermuka-muka dialah diterima. Kalau melawan dan membantah walau untuk menyatakan benar, tunggulah nasib dan akibat. Siapa mendahulukan siapa dan apa? Janji ditabur serta berikan gula-gula asal kemudian dapat terus menipu atas nama maruah dan kepentingan bangsa.

Pukimak kaulah sahaja. Macam bodoh sangat yang melihat dan mendengar untuk mengerti segala.

Mei  24, 2012

Rabu, Mei 23, 2012

HA HAH HA

MACAM selalulah. Apa bodoh dan bangangnya. Sekolah sahaja tinggi.  Ha ha ha ha.

Mei 23, 2012

Isnin, Mei 14, 2012

LUKA ABAD

Sajak MARSLI N.O

Inilah luka abad 
menyimpan kesumat  
sesama umat 
dan segala duka merasa
kutelan sendiri
meratap sesal bercuka
saat politikus saling  bercakar  sesama
di kerusi kuasa

semoga
di antara auta dan fakta
tidak aku sesat   
menjadi si bangsat
bangsa yang selalu tertipu 
dipermainkan ragu
yang keliru.

April 28, 2012

Selasa, Mei 08, 2012

LANGIT MERATAP


ASAP yang terapung memenuhi udara menyebarkan kepedihan nurani manusia yang mendesak-desak di trotoar, dataran dan jalanan. Mereka yang datang dari segenap pelosok negeri dan kota hanya meminta dengan suara marhaennya. Meminta segala janji segera dikota dan bukan hanya dengan sandiwara kata-kata yang memberikan mereka mimpi indah bernama ketuanan. Tetapi di depan mata sejengkal demi  sehektar tanah negerinya menjadi cagar dan gadai.

Dan langit meratap. Ketika asap mengepung dan mencekik kerongkong.  Melehkan tangisnya tanpa suara. Menyatu dengan raung dan pekik marhaen di trotoar, dataran dan jalanan .

Di mata si pelahap dan bejat politik,  mereka berubah menjadi haiwan. Dihambat dan dilontar cerca, hanya kerana pinta marhaennya.

Dan langit meratap.

April 28, 2012 



Rabu, Mei 02, 2012

PILIHAN


SASTERA semakin diperalat menjadi alat untuk menghalalkan kebejatan dan kebodohan demi kebodohan. Berlindunglah atas nama puisi, jadikanlah ia topeng untuk si munafik yang meludahi sasteranya sendiri. Atas nama sastera sajak demi sajak ditulis untuk memuji dan memuja para berhala. Ruang majalah dan akhbar menjadi medan pameran. Atas nama khlayak dan popular sastera dipaksa menjadi kambing, lembu, badak sumbu atau kerbau. Sasterawan dan seniman sejati dicaci cerca dengan dalih hanya bersyok di dunianya sendiri. Atau si gila yang tidak pernah puas dengan onani kata dan bahasa.  Anjing yang menyalak atau pengampu yang menjilat dihormat dengan nobat.

April 2, 2012