(Kredit foto SHARRUL RIZAL HASHIM) |
Selasa, Mei 27, 2014
Isnin, Mei 26, 2014
FOTO SENDIRI
SUDAH terlalu lama rasanya saya tidak melihat foto aksi saya sendiri sedang membacakan sajak di pentas.
Malam kelmaren, 24 Mei 2014, bertempat di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri terengganu, ketika tampil sebagai salah seorang pembaca sajak di pentas Malam Ibu-Ibu Baca Puisi (Seraut Wajah Setaman Puisi) sempena Temasya Teater Kuala Terengganu 2014 anjuran Perkumpulan Teater Terengganu (KUMPUTER) yang dihoskan oleh Persatuan Karya Negeri Terengganu (KARYA), foto saya telah dirakamkan oleh Sdr Sharrul Rizal Hashim dari DBP Wilayah Timur.
Sekeping daripada foto saya di acara yang berlangsung di auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Ngeri terengganu, Kuala Ibai itu telah disiarkan oleh Sdr Sharrul Rizal Hashim di dinding Fbnya.
Foto saya yang sedang membacakan sajak saya dari serial Mencari Nur itu sungguh menyukakan hati saya kerana posisi dan gesture saya kelihatannya sungguh tepat dan berseni.
Di samping itu juga, walau pun sedar perut saya semakin membuncit, namun kelihatan di mata saya sendiri, ketampanan saya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang penyair masih belum kalah dan luntur.
Kerana itu jugalah, saya sungguh berasa suka dan gembira melihat foto saya yang sedang membacakan sajak yang dirakamkan oleh Sdr Sharrul Rizal Hashim itu.
Terima kasih Sdr Sharrul Rizal Hashim untuk rakaman foto yang sangat cantik, berseni dan amat menyukakan hati saya itu.
Kerana foto rakaman Sdr itu, saya kembali menjadi sedar, bahawa saya ini masih tetap tampan, bergaya dan macho.
Ha ha ha ha!
Mei 26, 2014
TIADA APA
SUDAH sejak awal tahun 2013 yang lalu saya sudah menutupkan diri daripada membaca tulisan pengarang yang satu ini, sama ada tulisannya yang dalam bentuk buku atau yang berlegar di ruang maya.
Walau pun membaca memang menjadi kemustian bagi saya, sebagai bahan bantu pemasuk maklumat dan ilmu ke dalam otak saya, namun saya sudah tidak berasa rugi atau tertinggal apa-apa andai tidak membaca tulisan pengarang yang satu ini.
Saya tidak mahu membazirkan baki usia saya yang semakin sedikit ini membaca tulisan mahkluk yang satu ini. Biarkanlah dia terus dengan lagak serba tahunya.
Saya tidak sedikit pun berasa rugi kerana tidak membacanya. Kerana, selain dia, masih ramai lagi pengarang lain yang menulis penuh dengan nada bersahabat, dan paling penting tidak terlalu ketara mahu menunjuk-nunjuk bahawa dialah yang lebih pandai dan terlalu tahu berbanding orang lain.
Mei 26, 2014
Sabtu, Mei 24, 2014
MAWAS DIRI
SEMAKIN usia menua semakin saya menjadi tidak terlalu mahu peduli dan menjadikan sebab untuk bersedih kerana perbuatan banyak manusia di sekeliling hidup saya.
Misalkan bila berdepan dengan orang yang suatu waktu pernah saya berikan kebaikan namun tiba-tiba berpura tidak mengenal atau langsung tidak menyapa ketika bertemu dengan saya di suatu ruang. Atau ketika berdepan dengan manusia yang suka menyombong dan membesar-besarkan dirinya seolah-olah dia sahajalah di dalam dunia ini yang paling pandai, paling bijak dan paling segala-galanya.
Misalkan yang lain, ketika tiada siapa yang peduli apa yang dia tulis dan terbitkan, maka sayalah yang mengulas dan menulis resensinya di tabloid nyamuk pada suatu waktu. Namun setelah dipilih untuk diterbitkan oleh penerbit yang hebat, dia terlupa untuk sedikit memberikan semacam kredit dengan menjemput kawan baik dan barunya untuk menuliskan pengantar.
Saya kiri penambahan usia ini semakin menjadikan saya manusia yang lebih tidak mahu ambil peduli dan tidak mahu terlalu berasa terganggu lantaran hal-hal yang sebegitu. Biarlah siapa pun hendak menyombongkan diri dan berlagak seperti tidak mengenal diri saya yang misalnya, pernah membayarkan duit hotelnya atau hal-hal lain yang memang tidak ingin terlalu saya sebut-sebutkan kerana tidak ingin dikatakan suka mengungkit benda yang diberi tidak pun sebesar mana.
Biarkanlah siapa pun mereka hendak berlagak dan menyombong di hadapan saya. Saya tidak berasa rugi apa-apa atau berasa telah dipermalukan kerananya. Suka hati dialah hendak berbuat apa pun. Apa lagi bila dikenangkan betapa di zaman muda dahulu bukan sekali atau dua saya pernah dipermalukan dan dihina seperti seekor anjing.
Misalnya, menunggu di depan pintu pagar rumah orang sejak waktu sebelum subuh hingga menjelang matahari pagi meninggi, sedangkan sebelum saya tiba, sudah pun saya memaklumkan lewat telefon bahawa nanti saya akan singgah untuk tumpang tidur di rumahnya dan dia pun tidak berkata tidak boleh. Ketika tiba, saya menelefon dari luar rumah dan nampak cahaya kebiruan dari telefonnya yang tidur di ruang tamu, sebagai bukti telefon itu tidak ditutup. Menunggulah saya sehingga ke pagi dan setelah menjelang pagi, dengan wajah tanpa sedikit pun menunjukkan rasa bersalah dia berkata tidak sedar atau terjaga ketika saya menelefon dan berpuluh kali mengucapkan salam di luar pintu pagar rumahnya.
Saya pun tidak meminta apa-apa yang keterlaluan dari sesiapa atau pihak lain jika saya sedar dan tahu itu bukan hak saya, kerana saya berada di dunia ini, atas nama sastera, tanpa perasaan ingin meminta yang keterlaluan dan berlebih-lebihan. Malah sejak awal, saya sudah pun kenal dan tahu, ini dunia yang penuh dengan muslihat dan manusia di dalamnya, di depan kita mulutnya memanglah manis, namun di belakang busuknya mengalahkan bangkai!
Kerana kesedaran sebegini sejak awal jugalah saya tidak mudah terpedaya dengan mereka yang pada zahirnya kelihatan hebat, bijaksana, penuh dengan wawasan dan sifat intelek. Mungkin saya terlalu sinis memandang. Namun saya tidak peduli dan tetap percaya diri dengan keyakinan sedemikian bila akhirnya segala dugaan saya terbukti benar: selagi bernama manusia, mereka itu tetap juga melakukan kebejatan.
Saya tidak salahkan orang di luar sastera andai berkata dunia ini penuh dengan tipu muslihat, kronisme kerana hakikatnya memang berlaku. Kalau yang menulis adalah kawan baikmu, maka kau pujilah melangit tinggi. Itu perkara biasalah.
Akhir kata, pergi mamposlah dengan para penyombong dan pelagak itu. Saya tetap begini juga!
Mei 24, 2014
Rabu, Mei 21, 2014
KAU SEMAKIN MENJADI BABI
DEMIKIANLAH kelihatan kau di mataku. Segalanya kau tidak peduli lagi. Yang penting asalkan kau tetap kekal di situ sehingga mati. Itu yang penting. Yang lain tolaklah ke tepi dan apa peduli.
Maruah? Bangsa? Tahi palatlah semuanya. Yang penting kau sondollah semuanya asalkan hasrat dan nafsumu tercapai.
Selebihnya? Pergi mamposlah.
Memang kau semakin menjadi babi!
Mei 21, 2014
Ahad, Mei 18, 2014
TERIMA KASIH, CIKGU
Sajak MARSLI N.O
TERIMA kasih, cikgu.
Tanpa kau pasti tak aku
kenal dan tahu
tulis dan baca
menjadikan aku
manusia pencinta buku
Tanpa kau, cikgu
tak akan aku tahu
menghitung dan dan mengira
belajar segala ilmu
Cikgu,
kau mengajar aku
menjadi manusia
cerdik dan pandai
membeza buruk dan baik
dengan pekerti
dan akal
Walau kau
mengajar dengan herdik dan tampar
atau bersulam dengan cemoh
dan sindir yang kasar
Namun aku kepadamu
tetap berterima kasih
Mei 16, 2014
TERIMA kasih, cikgu.
Tanpa kau pasti tak aku
kenal dan tahu
tulis dan baca
menjadikan aku
manusia pencinta buku
Tanpa kau, cikgu
tak akan aku tahu
menghitung dan dan mengira
belajar segala ilmu
Cikgu,
kau mengajar aku
menjadi manusia
cerdik dan pandai
membeza buruk dan baik
dengan pekerti
dan akal
Walau kau
mengajar dengan herdik dan tampar
atau bersulam dengan cemoh
dan sindir yang kasar
Namun aku kepadamu
tetap berterima kasih
Mei 16, 2014
TERIMA KASIH, CIKGU
Sajak
MARSLI N.O
Tanpa
kau pasti tak aku
kenal dan tahu
kenal dan tahu
segala ilmu
Walau dengan herdik dan tampar
atau bersulam dengan cemoh
dan sindir yang kasar
Walau dengan herdik dan tampar
atau bersulam dengan cemoh
dan sindir yang kasar
kau
mengajar
Namun kepadamu
aku tetap berterima kasih
Namun kepadamu
aku tetap berterima kasih
Mei
19, 2014
Langgan:
Catatan (Atom)