Khamis, Januari 26, 2017

DUA NOTA KECIL


1
MENULIS ADALAH

Berkali2 saya katakan. 

Menulis adalah kekuatan di dalam diri. Tetapi anda mencarinya di luar diri. Berpaut terhadap bayang bayang orang yang belum pasti benar dan tulus. Anda kelihatan suka begitu. Dan kemudian, bila ditegor dan dinasihati, anda kata anda terluka kerana saya memperli dan mempermainkan anda.

Jika demikian, silakanlah dengan pilihan hidup anda. Kerana saya, bukanlah sesiapa untuk mencampuri urusan hidup peribadi dan kepenulisan anda.

Januari 21, 2016

2
TUGAS PENULIS

Awak tahu dan faham sangatkah tugas dan peranan sebenar penulis?

Hebatnya awak bila awak katakan tugas penulis adalah menulis karya yang boleh menarik minat pembaca dan bukannya memaksa pembaca minat kepada karyanya.  Jadi kalau begitu, jika pembaca minat membaca cerita a la a la Hindustan yang membuai-buai perasan, menari berguling-guling atas rumput maka penulis pun kenalah tulis cerita-cerita begitu?

Atau kalau pembaca sukakan karya-karya yang ada banyak kata-kata cinta, ombak dan rindu-rinduan, yang ada adegan pelok-pelokan, cinta kasih sayang tidak berkesudahan dan kemudian cerita itu diolah pula menjadi karya filem atau sinetron tv, maka penulis pun kenalah beramai-ramai menulis karya yang demikian? Begitukah menurut awak?

Kepala hotak awak. Tugas penulis adalah membantu dan membimbing pemikiran pembaca, bukannya ikut sama terjun ke lubuk bersama pembaca yang malas berfikir dan hanya mencari hiburan kosong dan melulu!

Nampak gayanya, cara awak berfikir sebagai penulis jelas memperlihatkan sikap awak yang semata-mata mengejar populariti, oplah jualan dan tidak peduli sangat soal inti karya awak.

Bagai awak, jumlah dan keseronokan pembaca itu lebih penting, sementara soal pemikiran dan ilmu di dalam karya itu tidak perlu diperhitungkan sangat!

Dengan cara dan sikap berfikir awak yang sedemikian Itu, ternyatalah bagaimana awak melihat persoalan seni dan sastera di dalam penulisan.

Kerana itulah, terus terang saya katakan, beberapa tulisan awak yang telah disiar di beberapa penerbitan itu bukan pun melayakkan awak untuk memberi nasihat dan petua kepada penulis lain.

Sepatutnya, awak nasihati dan perbetulkan niat dan prinsip penulisan awak terlebih dahulu sebelum hendak memberikan nasihat kepada penulis lain.

Januari 20, 2017