Isnin, Oktober 30, 2017

ANJING, BABI DAN PARA SESUMPAH

Sebuah cerita pendek MARSLI N.O 

1
SEMUA mereka adalah kawan-kawan pada mulanya.  Tetapi kemudian perubahan mula kelihatan. Sedikit demi sedikit. Entah kerana apa. Segala akrab berubah menjadi sengketa.  Menjadi penyebar fitnah, berlagak tidak kenal atau sundal gedik.
  
Senyum dibalas dengan palingan wajah. Sapa dan ucap salam dibalas dengan diam. Lama kelamaan, wajah manusia mereka di mataku, kian berubah menjadi wajah haiwan.

Menjadi anjing, babi, ungka, siamang, biawak, buaya, ular atau sesumpah

November 15, 2017