Khamis, Ogos 22, 2019
AKU BUKAN ANTI BAHASA INGGERIS
AKU bukan anti bahasa Inggeris. Di rumah aku, 3 anak aku
adalah pensyarah dan guru yang mengajar mata pelajaran Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa
Kedua.
Hanya manusia bodoh bangang sahaja yang akan memusuhi
bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa Inggeris memang perlu.
Namun sampai hari ini aku masih tidak jumpa sebab dan
satu jawapan konkrit lagi munasabah bila ada pihak, tidak kisahlah menteri atau
siapa pun dia, yang memilih untuk meneruskan PPSMI atau DLP.
Budak tidak ke universiti pun tahu dan pandai cakap,
kalau hendak tingkatkan penguasaan serta kemahiran berbahasa Inggeris,
tingkatkan dan tambah waktu belajar bahasa ini dan bukannya dengan mengajarnya
melalui mata pelajaran sains dan matematik !
Tetapi itulah cara berfikir menteri kita yang cerdik
tetapi bodoh.
Banyak negara maju dunia, Perancis, Jerman, Jepun dan
Russia, sebagai contohnya, mengajar sains dan matematik dalam bahasa
Inggeriskah?
Yang pasti, para menteri dan politikus Melayu yang kini
bercokol di kerusi kuasa masing-masing, yang diraih mereka kerana undi para
pejuang bahasa dan para murba Melayu, telah mengkhianati janji dan sumpah
mereka kepada para pejuang bahasa dan murba Melayu.
Untuk itu, jangan menyesal atau berduka, jika pada PRU
15 nanti, para pengkhianat ini akan diturunkan dari kerusi masing-masing dengan
undi di tangan rakyat!
Tunggu dan lihat.
29.7.2019
Isnin, Ogos 19, 2019
AKHIRNYA SAYA SEDAR
Coretan MARSLI N. O
SUATU masa dahulu, saat
sedang terkial-kial mencari tapak di tanah seni dan sastera di negeri tercinta saya ini, saya berfikir
alangkah seronoknya jika saya berjaya sebagai seorang sasterawan dan dapat
menjadi mereka yang hebat dan saya kagumi seperti A Samad Said, Shahnon Ahmad,
Usman Awang, Ahmad Boestamam, Masuri SN, Kris Mas atau Ishak Hj Mohamad (Pak
Sako).
Tetapi itu tidak lebih
hanyalah angan-angan bodoh seorang pemula dan pemuda yang sedang dibuai ghairah
bercita-cita hendak menjadi seniman atau sasterawan.
Saya katakan begitu kerana
semakin lama hidup dan setelah seratus peratus menyerahkan jiwa raganya kepada
seni dan sastera, setelah puluhan tahun, semakin saya faham dan mengerti,
betapa menjadi diri sendiri itu lebih penting ketimbang menjadi pengekor,
peniru, penipu atau menyunglapkan diri sendiri menjadi orang lain.
Kerana, jika sesuatu kejayaan
atau pencapaian sendiri, publik tidak akan melihat dan menilai kejayaan atau
pencapaian tersebut sebagai pencapaian milik kita peribadi, sebaliknya hanya
sebagai pencapaian yang telah dibayangi oleh mereka yang hebat ini.
Namun sekali lagi, untuk
terus hidup dan menjadi diri sendiri di tanah seni dan sastera di negeri ini pun
tidaklah semudah menyebut dan menuturkannya.
Bayangkan ini, ketika orang
lain beramai-ramai serta berbondong-bondong memilih untuk bersorak untuk
sesuatu yang jelas bejat dan keparat, sedang kita pula bersendirian memilih
untuk menyalak, tentulah yang kelihatan songsang dan ganjil adalah diri kita
dan bukan mereka!
Demikian juga ketika
mendepani banyak peristiwa demi peristiwa pembodohan massa seni dan sastera
masa kini.
Diri mahu tidak mahu perlu
memilih, agar tetap diterima orang banyak dan dilihat popular, sama ada mahu
sama menjadi kerbau atau bertahan dengan keyakinannya sendiri dan kerana itu
sentiasa dipandang serong atau diminggirkan !
Namun saya telah lama memilih jalan hidup seni dan sastera saya sendiri.
Mac 13, 2018
----------------------------------------------------------------------------------
MARSLI N.O kini adalah
penulis sepenuh masa yang memilih untuk bersendirian dan mengembara ke serata
pelosok tanah airnya sendiri.
Kategori:
2019: Autobiografi Marsli N.O
Jumaat, Ogos 16, 2019
KISAH SEBUAH BUKU "JOM MENULIS"
Coretan MARSLI N. O
HASRAT untuk menuliskan sebuah buku panduan penulisan yang tidak bersifat terlalu berkhotbah dan mengajar tetapi memberikan motivasi serta ajakan secara tidak langsung kepada teman penulis pemula sudah sejak awal tahun 1980 saya cita-citakan.
Ketika itu, sekitar tahun 1980 itu, saya bukan siapa-siapa di tengah peta sastera negara Malaysia. Yang saya tahu dan sedar ketika itu, saya hanyalah seorang manusia pemuda Melayu berusia 23 tahun yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis dan sudah pun berjaya menerbitkan beberapa karyanya di akhbar atau majalah. Namun demikian, saya tidak merasakan diri sudah terlalu hebat.
Ketika itu juga, walau ada beberapa teman sesama penulis memberitahu ada teman penulis yang lain mengumpat saya dengan kata-kata, "Cita-citanya tinggi tetapi ilmunya sedikit!" namun saya tidak menjadikan umpatan ini sebagai sebab untuk saya berasa rendah diri dan kecewa.
Sekali lagi, saya sedar dan tahu saya memang seorang penulis yang tidak mendapat pendidikan di universiti dan hanya belajar secara bersendirian untuk kemudian mendaftar dan menduduki perperiksaan Sijil Rendah Pelajaran sebagai calon persendirian sehingga lulus dengan pangkat A.
Namun semua itu bukan menjadi sebab atau alasan untuk saya tidak terus menulis. Apa lagi untuk berasa kecewa dan kalah, semata-mata kerana umpat dan kata hinaan orang.
Saya juga tidak ingin sekedar menanti dan menunggu buku hebat yang ditulis oleh mereka yang berada atau dari universiti. Sebagai penulis yang memang pemula saya tahu pengetahuan apa yang saya perlukan, yang sifatnya juga pemula.
Dengan semangat dan dorongan peribadi yang demikianlah saya melaksanakan hasrat itu berdikit-dikit, disela kesibukan mencari nafkah untuk menghidupkan keluarga dan diri sendiri.
Apa yang ditemukan ketika membaca saya catat dan saringkan dan kemudian menuliskan serta menyusunnya menjadi bab demi bab. Pengalaman dan proses pengkaryaan peribadi saya kongsikan dengan siapa yang saya agak dan bayangkan sebagai pembaca buku saya, iaitu para pemula.
Pengalaman dan rasa bosan peribadi mendengar bebelan teori ketika menghadiri banyak bengkel penulisan, mengajar saya, betapa yang diperlukan oleh para pemula bukanlah teori, tetapi bagaimana untuk membukakan dirinya dan memulai menulis.
Kemudiannya, sekitar tahun 1990an, ketika sahabat Rahimidin Zahari yang bertugas di sebuah jabatan berkaitan kesenian dan kebudayaan di negeri Pahang menyatakan hasrat untuk mengadakan bengkel penulisan di seluruh daerah di negeri Pahang, saya segera menawarkan diri dan nota-nota yang telah saya sediakan sejak tahun 1980-an itu saya jadikan asas dan bahan ceramah.
Kerana nota-nota itu telah saya tuliskan lengkap, saya hanya tinggal membacakan dan menambah di sana sini mana yang dirasakan perlu ketika membacakannya di depan para peserta bengkel selama 3 hari 2 malam secara sepenuh masa ini. Di hari terakhir bengkel, peserta ditugaskan untuk menghasilkan karya dan di sebelah malamnya karya mereka akan dikomen untuk pembetulan.
Jadi demikianlah. Buku ini sebenarnya adalah koleksi kertas ceramah bengkel penulisan saya sekitar 3 hari 2 malam secara sepenuh masa yang bertahun saya kumpul, edit dan ubah suai serta praktikkan.
Namun buku ini tidak akan diterbitkan menjadi sebuah buku jika tidak kerana bantuan seseorang.
Setelah bertahun-tahun ke sana dan ke mari saya menjaja manuskrip ini ke beberapa rumah penerbitan, dan ditolak tanpa alasan yang jelas atau kerana mereka tidak bersedia menerbitkannya, akhirnya, dengan bantuan Tuan Rozlan Mohamed Noor yang ketika itu bertugas di Utusan Publication sekitar tahun 2009, manuskrip ini telah diterima dan kemudiannya diterbitkan secara rasmi sebagai sebuah buku pada tahun 2013 oleh Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd di alamat No1 & 3, Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, Cheras 56100 Kuala Lumpur Tel: 03-92846554 atau laman webnya: www.mybooks.com.my
Buku ini berharga RM 19.70 jika dibeli di kedai buku terpilih yang menjual terbitan Utusan Publication atau RM 25.00 (termasuk kos pos laju) jika dipesan langsung kepada saya.
Niat saya menjual buku ini secara langsung bukanlah kerana ingin meraih untung, tetapi lebih kepada hasrat agar sesuatu yang jika bermanfaat ingin saya kongsikan dengan teman dan rakan pembaca yang lain.
Kepada sahabat Rahimidin Zahari dan Tuan Rozlan Mohamed Noor, saya tidak pernah melupakan jasa serta kebaikan kalian. Terima kasih.
Maklumat terkini pada April 2019 lalu, saya dimaklumkan buku ini sudah dilupuskan dan dijual secara jualan gudang oleh syarikat penerbitnya yang menghadapi masalah tertentu.
Namun saya bersyukur kerana mendapat rezeki royalti sebanyak 2 kali dari buku ini. Pertama selepas beberapa tahun buku ini terbit sekitar RM 1800 dan kali kedua selepas cetak ulangnya yang entah kali ke berapa sekitar RM 900 lebih.
--Marsli NO
23 Julai 2019
#autobiografimarslino #memoriamarslino #memoirmarslino #kisahmenulis2

Jumaat, Ogos 02, 2019
PESANAN BUKU SECARA ONLINE
BERTAHUN aku beli buku secara online.
Aku wassap penjual tanya berapa harga dan campur kos pos dan
nak bayar ke akaun mana.
Penjual buku jawab. Beritahu berapa RM perlu bayar dan aku
perlu masukkan bayaran ke akaun mana.
Aku masukkan bayaran ke akaun bank yang diberikan penjual
buku. Lepas itu aku snap foto slip bank dan Wassap kan ke penjual buku bersama
alamatku untuk kiriman buku yang aku pesan.
Esok nya, penjual buku Wassap kan nombor tracker kurier atau
pos laju yang menguruskan kiriman buku kepadaku. Melalui nombor itu, aku boleh
semak kemajuan atau sudah berada di pusat mana buku yang kupesan itu.
Selang 1.5 hari atau 2 hari, buku yang aku pesan itu selamat
aku terima.
Syaratnya, mesti ada yang menunggu ketibaan kiriman itu di
ruang tamu rumahku. Biasanya sekitar jam 2.00 hingga ke 3.00 petang van kurier
tersebut akan tiba. Jika tiada yang menunggu, atau tiada yang mendengar hon van
kurier tersebut, selepas beberapa minit mereka akan tinggalkan nota pesanan di
dalam peti surat rumahku, meminta aku datang menuntut kurier ku di pusat kurier
yang mereka tetapkan.
Itulah kebiasaannya dan bagi aku semua ini berlangsung tanpa
sebarang masalah.
Tapi pagi ini, aku mengirim email ingin memesan sejumlah
buku dari satu penerbit besar. Namun jawab yang kuterima sungguh di luar dugaku.
Aku katakan begitu kerana yang aku tanya tidak mereka jawab,
malah mereka pula yang kembali bertanyakan aku.
Timbul persoalan di benak aku. Untuk apa pula mereka minta
nama penuh dan alamat aku. Patutnya mereka jawab saja soalan aku. Harganya
sekian dan bayaran nya perlu aku masukkan ke nombor akaun bank sekian-sekian.
Susah sangatkah hendak jawab soalan yang aku emailkan itu?
Atau memang dasar mereka tidak mahu mendedahkan nombor akaun bank mereka kepada
publik, walau pun untuk urusan jual beli secara atas talian?
Ya, Allah. Susahnya hendak beli buku secara atas talian
dengan mereka ini!
1 Ogos 2019
Langgan:
Catatan (Atom)