Jumaat, November 13, 2015
1981, SEJAK MALAM ITU
SATU malam di tahun 1981, masih saya ingat, saya merayu dan mengharapkan
ihsan seorang kawan, yang saya kenal baik dan dia pun memang tahu bahawa saya
sudah pun menyiarkan beberapa sajak di media, yang mengacarakan majlis baca
sajak agar nanti sudi memanggil nama saya untuk naik ke pentas dan membacakan
sebuah sajak. Dan saya menunggu.
Hingga majlis berakhir, ramai yang tampil membacakan sajak, dan mereka itu
saya tahu tidak pernah pun menyiarkan sajaknya di mana-mana, tetapi saya, yang
sudah menyiarkan beberapa sajak di majalah Dewan Sastera, tetap tak dipanggil.
Hati saya memang berasa tersenuth dan ketika saya bersendirian pulang
mengayuh basikal lumba meredah gelap malam larut yang dingin, hujan merenyai
turun. Saya kebasahan dan tanpa sedar meneteskan air mata. Sambil perlahan
meneruskan kayuhan basikal dan menyapu air mata, saya berfikir.
Demikianlah cara mereka menerima dan memandang saya di sini. Saya mungkin
tak ingin mereka perhitungkan kerana walau sudah hidup di sini sejak usia
belasan, namun tetap dianggap orang luar dan asing!
Sejak malam Itulah, di tahun 1981 itu, saya bertekad untuk terus berkarya
dan tak ingin menoleh lagi kepada mereka. Saya tahu siapa saya di mata
kebanyakan mereka. Saya tak akan berharap dan meminta apa-apa lagi dari mereka.
Apakah itu sedikit ruang dan peluang untuk bergerak dan berseni, atau
kesempatan dan jemputan untuk tampil mempersembahkan karya saya, atau juga
anugerah, hadiah atau pun penghormatan daripada pihak mereka.
Begitulah. Sehingga kini dan sesudah berusia hampir 60 tahun. Tanpa menoleh
saya berusaha untuk terus menerus berkarya dan hasilnya, sejumlah buku saya
telah pun diterbitkan.
Demikian juga kekecewaan saya pada suatu malam di tahun 1981 itu. Saya
sudah lama menawarkan dukanya bila sudah beberapa kali diundang keluar negara,
disponsor sepenuhnya oleh pihak yang mengundang, untuk membacakan beberapa
sajak. Hanya membacakan sajak!
Kini, saya tetap berada di sini. Dengan kesedaran dan pendirian yang
demikian. Saya tak pernah ingin mengharapkan apa-apa daripada mereka di sini,
atau kini, daripada sesiapa pun. Saya tidak ingin dan tidak akan meminta
apa-apa kepada sesama manusia!
Kerana, rezeki, hidup dan mati saya, saya sedar dan tahu, bukan ditentukan
oleh mereka yang bernama sesama manusia, apa lagi oleh manusia yang tamak dan
serakah, seperti sebagian besar mereka yang bercokol di singgahsana itu!
Kini malah, dengan kesedaran serta keyakinan sedemikian itu, saya tidak pun
berasa kecut dan takut, andai ada yang berkata dan berniat mahu menggusur,
menolak dan menyisihkan saya. Kerana, di usia yang semakin menghampiri 60 ini,
yang saya buru dan kejar bukan lagi hal-hal yang sifatnya keduniaan.
November 6, 2015
@MARSLI NO - Penulis lepas dan sepenuh masa yang sering berpergian ke mana-mana
secara bersendirian, demi untuk merangsangkan daya kreatif dan kreativitinya.
Beliau bisa dihubungi lewat email marslino@yahoo.com
Kategori:
Autobiografi Marsli N.O (1980-an)
Sabtu, November 07, 2015
CERITA DAN KHABAR
1
MALAM itu, di kamar 322 Coral Bay Resort, Pangkor, bersaksikan dua teman sekamar, Ridzuan Harun dan Ijamala MN, sekali lagi saya mendengar khabar yang sama. Kata tamu yang bertandang ke kamar itu: Saya hendak jemput awak untuk suatu acara sastera di sini, tetapi ramai orang kata awak begitu awak begini. Kerana kata-kata itulah, saya tak jadi hendak menjemput awak.
Saya hanya ketawa sinis mendengar kata-kata itu dan memberitahunya bahawa ini mungkin sudah kali yang ke seratus saya diberitahu hal yang hampir sama. Namun jauh di dalam hati saya tercenung sendiri memikirkan, apalah untung yang didapat oleh mereka yang sangat prihatin, yang saya kira kata-katanya tentulah banyaknya yang negatif sahaja mengenai saya itu.
Namun itu tidaklah sampai membuatkan saya berasa terlalu gundah dan sedih. Kerana sudah sejak lama saya mengambil dan memilih sikap tidak perduli dengan segala gunjing dan umpat, saya seperti selalu tidak ingin membiarkan itu lama berada di dalam fikiran, sehingga sampai membuatkan diri berasa sedih atau terkilan keterlaluan.
Saya sudah alama sedar dan tahu, hidup dan mati saya tidak ditentukan oleh umpatan dan gunjingan orang. Kerana yang mendatangkan rezeki kepada saya hanyalah Dia dan bukannya manusia.
Malah saya sangat tahu dan sedar. Inilah dunia seni dan sastera di mana saya hidup dan bernafas di dalamnya. Dengan segala tipu muslihat dan kerenahnya. Dengan perasaan hasad dan dengki yang tidak berkesudahan, berkroni dan segala macam serta pelbagai lagi.
2
SAYA tahu dan mengaku, sebagai seorang pekerja seni, tentulah pencapaian saya masih tidak setinggi mana dan kerana itulah sampai kini saya masih lagi sanggup ke mana-mana untuk menambahkan ilmu serta pengetahuan.
Saya juga tahu tidak semua yang saya kerjakan itu betul dan saya bersedia untuk ditegor serta diperbetulkan, demi kebaikan dan mutu seni itu sendiri. Namun dalam keadaan dihujat dan sentiasa dihenyak dengan pelbagai tohmah sebagai tidak betul itu, saya masih juga tetap mampu meraih anugerah dan perhatian di luar daerah.
Tetapi mereka yang konon sangat disayang dan dipelihara para aparatus itu bagaimana pula? Kalaulah benar mereka yang lebih hebat, bagus, benar dan betul, kenapa pula tiada suatu pencapaian pun yang telah mereka raih dan capai sehingga kini? Kenapa?
Akhirnya, si bodoh hanya ingin berkawan sesamanya. Saling puji dan memuji dengan pujian yang palsu dan nihil. Meneruskan kesenangan bersama kroni dengan keuntungan seringit dua.
3
SEMUA itu tidak menghairankan hati kecil saya. Kalau mereka yang dilihat dan malah mengaku dirinya lebih bijak, tahu dan berlandaskan ilmu sedemikian perangai dan laku seninya, apalah hendak dihairankan para pencacai seperti mereka yang lain, yang pada hakikatnya tidak punya apa-apa begitu.
Itulah realiti dunia seni dan sastera yang saya tahu dan kenal. Kerana itu juga, saya tidak ingin mengambil peduli bila ada lagi yang masih tetap merungut-rungut dan meminta banyak dari dunia ini.
Buat saya, saya bahagia dengan diri saya sendiri dan kerana itu persetankanlah dengan segala umpat dan keji mereka yang iri dan berhati busuk itu.
Saya tetap ingin terus begini. Sendiri. Sendiri. Dan bersendiri.
November 6, 2013
@MARSLI NO - Penulis lepas dan sepenuh masa yang sering berpergian ke mana-mana secara bersendirian, demi untuk merangsangkan daya kreatif dan kreativitinya. Beliau bisa dihubungi lewat email marslino@yahoo.com
Kategori:
2014: Memoar Marsli N.O
Ahad, Oktober 25, 2015
KENAPA MARSLI N.O
TAHUN
190-an, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak
menganjurkan satu seminar mengenai sasterawan Pahang di Kuantan. Kerana ada
urusan penting di luar kota, saya tidak menghadiri seminar ini.
Sebulan
selepas itu, di Kuala Lumpur, salah seorang pembentang kertas di seminar itu,
Abd Ghafar Ibrahim (AGI) memberitahu saya. Kata AGI, ketika beliau usai
bercakap mengenai Marsli N.O, seorang peserta seminar bertubuh kecil dan kursus
bangun bertanya. Kata AGI, peserta tersebut bertanya apa penting dan perlunya
Marsli N.O diikutserta dan diperkatakan di seminar yang
khusus membicarakan sumbangan dan peranan sasterawan di negeri Pahang itu.
Dengan hati sedikit bergetar, saya
tersenyum mendengar perkhabaran itu. Saya terkenangkan dalam diam, ketika itu,
betapa saya sudah hidup dan membesar di negeri Pahang sejak saya berusia 13
tahun dan malah hampir melupakan tanah asal kelahiran saya, iaitu Terengganu. Namun semua itu tidak pun saya sebutkan kepada
penyair AGI.
Dan
hari ini, sesudah kurang lebih 15 tahun selepas seminar itu, saya masih
menulis, berkarya dan beberapa buku saya telah diterbitkan. Tetapi peserta
bertubuh kecil dan kursus itu, yang dahulunya juga dengan bangganya saya lihat
di satu seminar di Port Dickson isytiharkan dirinya sebagai seorang jurulatih
budaya di kem PLKN, di mana kini? Sehingga kini, saya belum melihat dan bertemu
dengan apa-apa buku karyanya yang telah diterbitkan.
Saya
tahu dan sedar. Menjadi sasterawan yang ingin mandiri dan selalu menolak untuk
bersekongkol dengan banyak hal yang senewen memang akan selalu dianggap sombong
dan tak wajar diajak berkawan oleh mereka yang berasa berkepentingan. Apa lagi
jika soal negeri kelahiran turut dijadikan momokan.
Sejak
dulu hingga kini, saya tahu bagaimana sikap dan pandangan mereka di negeri ini
terhadap saya. Saya tidak pernah ingin bersedih kerananya. Sejak dulu, saya
memilih dunia ini di sini (sastera) kerana memang saya yang memilihnya dan
bukan kerana mereka atau sesiapa. Biarkanlah mereka. Apakah mahu berpakat dan
berkomplot sesama sendiri, misalnya, untuk membahagi dan mengagih anugerah
sesama mereka, suka hati merekalah. Malah, saya juga tidak begitu ingin menafikan
jika anda ada yang mengatakan saya sendiri sebenarnya yang bersikap agak sombong
dan menolak untuk berkawan dengan mereka!
Saya
sebenarnya tidak ingin terlalu mengambil peduli hal dan perbuatan mereka.
Kerana akhirnya, semua orang akan tahu dan dapat menilai. Siapa sebenarnya si
keparat dan pukimak di dalam sastera!
Dan
hidup mati saya di dunia ini, bukan mereka atau sesiapa yang menentukan.
Oktober
24, 2015
Kategori:
Autobiografi Marsli N.O (2015)
SEMINAR "MARSLI N.O DAN DUNIANYA
SAYA ke UPSI 29 Oktober 2015 ini. Menghadiri Seminar “Marsli N.O dan Dunianya” anjuran Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Dewan Seri Tanjung, Kampus UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Seminar
ini diusaha dan diselia oleh Prof Madya Dr Talib Samat yang bisa dikontak di
012 226 9740 atau dr.talibsamat@yahoo.com.
Seingat
saya, sepanjang hampir 40 tahun menulis dan
berkarya, inilah kali pertama seluruh karya saya yang pernah dan telah
diterbitkan akan diperkata serta dibicarakan.
Terus
terang, saya tidak mengharapkan agar dipuji dan disanjung-sanjung di seminar
ini nanti. Bagi saya, cukuplah jika karya saya itu dibaca dan dimaknakan,
menurut cara dan pendekatan sendiri masing-masing penilai dan pembicara atau
siapa yang membacanya.
Sesudah
hampir 40 tahun menulis dan berusia hampir 60 tahun, saya fikir waktu untuk
mengharapkan pujian serta sanjungan sedemikian itu sudah tidak sesuai dan tidak
saya perlukan lagi. Sebagai penulis dan pengkarya juga, saya tidak ingin
tersinggung dan bersedih andai kerana seminar ini ada pihak yang ingin dan mahu
mempertikaikan, sudah pencapaian apa yang saya raih sehingga memungkinkan satu
seminar mengenai saya dianjurkan.
Jauh
di sudut sanubari, saya hanya mengharapkan biarlah karya-karya saya itu sedikit
dan sebanyak memberikan sesuatu kepada siapa yang membacanya.
Cukuplah
hanya itu dan saya tidak ingin mengharapkan sesuatu yang bukan pun sepatutnya
saya harap dan pinta!
Oktober
24, 2015
Kategori:
Autobiografi Marsli N.O (2015)
Jumaat, September 18, 2015
1988 DAN 1992: BEBERAPA SAJAK
SUNGAIKU
telah kutahu
aku tak mungkin
melenggang-lenggang
kerana di rusukku kini
terasa dingin
ujung belati itu!
Marsli N.O
1988
NINABOBOK
di musim-musim kemarau
menanti panen begini
lelaki tua bersama serulingnya itu
sering berlegar-legar
di angkasa daerah kami
meniup serulingnya di sepanjang siang
dan bernyanyi di sepanjang malam
tetapi kami telah memilih
untuk tidak mengacuhkannya
kerana tanpa tiupan serulingnya
kemarau tetap juga akan menjengah
ke daerah kami
dan kami juga telah lama belajar
untuk tidak mempercayai mimpi-mimpi
manis
di dalam tidur kami
kerana nyanyiannya:
si ninabobok itu.
Marsli N.O
1992
Kategori:
2014: Puisi Marsli N.O
Khamis, September 03, 2015
MENGENAI HARAPAN: MEMBACA KEMBALI TULISAN LALU
KALAU dengan manusia yang
aku harap dan cuba bergantung sepenuhnya selama ini, aku rasa sudah lama aku
mampos. Kata saya kepada teman saya malam itu.
Memang dalam banyak
waktu, lantaran terlalu lama memendam kata-kata, kegeraman dan jengkel di dalam
perasaan saya akan bercakap seolah-olah tanpa berfikir terlebih dahulu. Namun
soal sama ada saya ini berfikir atau tidak, rasanya, bukanlah dapat diduga atau
ditentukan oleh orang lain. Hakikatnya, otak dan perasaan saya, saya sendirilah
yang tahu apa dan bagaimana sebenarnya.
Walau di
permukaannya saya bercakap seperti tidak bermula dengan fikiran yang jernih,
saya selalunya bercakap berdasarkan pengalaman apa yang telah dan sudah
saya lalui selama bertahun-tahun di dalam hidup.
Pengalaman itu bagi saya amat berharga dan bermakna. Malah kerana saya tahu antara saya dengan orang yang lain pengalaman itu tidak serupa dan berbeza, saya juga tidak ingin sama sekali menyamakan apa-apa yang sudah saya lalui itu dengan pengalaman orang yang lain, yang tentunya juga akan mendatangkan kesimpulan yang tidak akan sama atau serupa dengan saya.
Pengalaman itu bagi saya amat berharga dan bermakna. Malah kerana saya tahu antara saya dengan orang yang lain pengalaman itu tidak serupa dan berbeza, saya juga tidak ingin sama sekali menyamakan apa-apa yang sudah saya lalui itu dengan pengalaman orang yang lain, yang tentunya juga akan mendatangkan kesimpulan yang tidak akan sama atau serupa dengan saya.
Misalkan menempuh
pengalaman hidup di masa kanak sebagai seorang anak miskin dan tidak berharta
yang lengkap punya ayah dan ibu, tentulah berbeza pengalaman pedih masa
kanaknya berbanding dengan saya, yang sudah ketiadaan bapa di usia tujuh tahun
dan pada waktu sama mendepani konflik perebutan harta pusaka yang secuil
ditinggalkan arwah ayah di antara sang kakak (emak saudara saya) dengan emak
yang terkial-kial mahu membesarkan saya dan adik secara sendirian.
Di bidang kehidupan
yang lain pun saya fikir demikian juga keadaannya. Misalnya, memasuki dunia
sastera di Malaysia sebagai seorang yang pernah menjadi anak angkat program
didikan sebuah institusi atau kerana mempunyai seorang bapa bertaraf profesor
tentulah berbeza keadaannya dengan seorang yang hanya beribukan seorang penjual
pisang goreng.
Berdasarkan
pengalaman saya sendiri, untuk berjaya saya tidak boleh terlalu berharap dan
bergantung dengan atau kepada orang lain. Susah atau senang saya kena usahakan
sendiri. Sebabnya, saya bukan anak orang terkenal, malah saya juga pun bukan
orang yang perlu untuk dikenal oleh sesiapa kerana ada kedudukan atau
kepentingan yang boleh memberikan keuntungan lain dan semula kepada orang lain.
Kerana itu jugalah
saya tidak pernah berani untuk menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk segala
sesuatu. Apa yang saya percayai hanyalah apa yang sudah terbukti di depan mata
dan bukan apa yang diidam-idam dan belum pun lagi menjadi kenyataan.
Yang ada kepada saya
hanyalah tekad. Bila saya berasa dan menginginkan sesuatu, dengan tekadlah saya
berusaha mendapatkannya. Tentulah tekad itu dikukuhkan dengan kepercayaan serta
keyakinan betapa segala sesuatu di dunia ini, bukanlah sesama manusia yang
menjadi penentu atau pemberinya.
Kerana kepercayaan
kepada ketentuan Allah S.W.T itulah maka saya tidak pernah berasa takut kepada
sesama manusia, apa lagi sampai ke tahap untuk mengemiskan simpati daripada
atau kepada mereka.
Dengan kepercayaan
yang tidak berbelah bagi terhadap ketentuan serta kekuasaan Allah S.W.T inilah
saya hidup dan membina keyakinan diri. Saya menjadi tidak terlalu bersedih
sekiranya gagal atau tidak mendapat sesuatu. Apa lagi untuk berasa terlalu
kecewa bila seperti tidak disukai orang tertentu, seperti disisih atau
diminggirkan di tempat sendiri, atau seperti dinafikan bakat serta
kebolehannya, misalnya, kerana saya sedar dan yakin apalah sangat segala
perbuatan manusia berbanding dengan segala ketetapan Allah S.W.T!
Saya fikir dan
yakin, sifat dan perangai tidak terlalu ingin bergantung serta terlalu berharap
kepada sesama manusia itulah yang telah menyelamat saya dan mampu mendorong
saya berada sehingga sejauh ini.
Kerana itulah,
kepada Allah S.W.T saya sangat berterima kasih kerana walau saya bukanlah
hambaNya yang patuh namun tetap tidak mengurangkan belas serta ihsanNya
terhadap diri yang kerdil ini.
September 3, 2013
Kategori:
2014: Memoar Marsli N.O
Langgan:
Catatan (Atom)

