Kini, sesudah berjarak 49 tahun dengan saat saya mendengar kata sindiran cikgu Mat Zain itu, saya masih tetap dan terus menulis. Bukan hanya itu, saya juga sudah menerbitkan belasan buku yang diterbitkan oleh beberapa penerbit bermaruah seperti DBP, Utusan dan ITBM.
Ahad, Disember 24, 2017
KERANA EJEKMU, AKU TEKADKAN CITA MENJADI PENULIS
Sebuah Nostalgia MARSLI N.O
SEBAGAI anak yang sudah kematian bapa, apa lagi kerana keturunannya Jawa dan
bukan Melayu Terengganu, serta menumpang kasih seorang nenek yang sudah tua dan
ibu pula tidak punya sumber pendapatan yang tetap, hidup masa kecil saya sangat
sulit.
Kerana kesulitan hidup itu saya ke sekolah dengan baju dan seluar lusuh
tidak berganti serta mengalaskan kaki dengan kasut sekolah yang sudah separuh haus
tapaknya.
Untuk menjimatkan belanja membeli buku tulis pula, saya mengoyak baki
halaman buku tulis lama yang masih belum digunakan dan ditampal ke dalam buku
tulis sedia ada. Kerananya, suatu pagi, bila guru besar sekolah saya yang
bijaksana masuk ke dalam kelas saya memeriksa buku tulis murid, saya telah
diherdik dan ditampar di pipi kiri kerana "kesalahan" itu. Sehingga
hari ini, saya masih terasa bagaikan kelmaren sakit tamparan di pipi ini!
Hobi menampal dan mengkitar guna semula baki halaman buku tulis yang masih
belum digunakan juga telah mendorong saya menuliskan apa yang saya terfikir dan
rahsiakan di dalam perasaan ke kertas.
Saya tidak tahu dan tidak pasti apa yang saya tulis ketika itu apakah
cerpen, sajak atau novel. Yang penting saya berasa ingin menulis meluahkan
sesuatu ke kertas. Saya menulis dan menulis. Setelah selesai, saya
menuliskannya, saya berasa satu perasaan puas dan senang di dalam hati. Kerana
itu jugalah saya terus menulis dan jika tidak selesai, saya sambung
menuliskannya ketika menunggu guru datang mengajar dan cepat-cepat menyimpannya
bila melihat cikgu muncul. Kadang-kala saya melihat cikgu, terutama seorang
cikgu bernama Mat Zain, menjeling tajam ke arah buku tulis lama di tangan saya
yang berisikan novel, sajak atau cerpen saya.
Sehinggalah pada suatu hari ketika subjek Bahasa Melayu dan karangan
diajarkan. Saya terkejut dan sungguh tidak menyangka bila cikgu Mat Zain dengan
gaya sambil menenyehkan telunjuk kanannya ke hidung dan menjeling ke arah saya
yang duduk di bangku paling depan, antara lain berkata, "Bukan macam budak
zaman sekarang, mengeja pun tidak berapa betul, tetapi ada cita-cita nak jadi
penulis!"
Tetapi mungkin kerana waktu itu saya hanya seorang murid di darjah 5 dan
berusia sekitar 11 tahun, kerana itu saya tidak berasa ingin marah dan mengamuk
atau kembali menghamun cikgu Mat Zain kerana kata sindirannya itu.
Tetapi yang jelas, kerana sindirannya itu, saya semakin tidak ambil peduli
dengan jelingannya bila setiap kali dia melihat saya khusyuk menulis cerpen,
sajak atau novel saya di buku tulis lama yang saya gabungkan baki halaman
kosongnya yang belum digunakan.
Malah kerana perangai degil dan sombong, saya semakin menunjuk-nunjukkan
hobi menulis saya itu di depan cikgu Mat Zain!
Hinggalah saya meninggalkan bangku sekolah rendah dan berpindah belajar di
sekolah menengah, saya sudah membuang cikgu Mat Zain dari ingatan saya, namun
kata sindirannya tetap tidak saya lupakan.
Tetapi suatu hari, ketika pulang berbasikal dari bandar Kuala Terengganu,
saya berehat berteduh di bawah pokok di tepi jalan, saya melihat cikgu Mat Zain
mengayuh basikal sport Ralieghnya. Saya tidak menegurnya tetapi di dalam hati
saya berasa kasihan bila melihat dia seorang cikgu sekolah rendah hanya
menunggang basikal dan tidak menunggang sebuah Vespa atau memandu kereta Moris
Minor.
Kerana miskin, saya tidak mampu meneruskan pelajaran menengah saya ke
tingkatan dua dan seterusnya. Saya memilih meninggalkan kampung halaman untuk
mencari nafkah hidup ke negeri Pahang. Semakin saya meningkat usia remaja dan
semakin dihimpit kesibukan mencari nafkah, nama cikgu Mat Zain semakin saya
lupakan.
Kini, sesudah berjarak 49 tahun dengan saat saya mendengar kata sindiran cikgu Mat Zain itu, saya masih tetap dan terus menulis. Bukan hanya itu, saya juga sudah menerbitkan belasan buku yang diterbitkan oleh beberapa penerbit bermaruah seperti DBP, Utusan dan ITBM.
Saya akui saya memang berasa marah dan diperlekeh oleh cikgu Mat Zain kerana
kata sindirannya itu. Tetapi kerana kata sindirannya itulah secara diam-diam
saya bertekad untuk membuktikan kepada cikgu Mat Zain betapa saya sebenarnya
bukan budak berhingus yang berlagak hendak jadi penulis tetapi saya sebenarnya
benar-benar memang seorang penulis!
Hari ini, ketika sedang menulis catatan ini dan selesai membaca kisah
seorang guru disiplin di Nilai yang diseret ke mahkamah kerana dedikasi
tugasnya sebagai seorang guru dan kemudian mahkamah telah membebaskannya, saya
kembali terkenangkan cikgu Mat Zain dan kata sindirannya.
Saya fikir, sebanyak sedikit, sindiran atau ejekan cikgu Mat Zain itu turut
telah membakar semangat dan sekaligus mencabar saya untuk tidak bermain-main
dengan hasrat dan cita-cita saya untuk berjaya sebagai penulis.
Malah tidak berlebihan rasanya kalau saya ucapkan: " Cikgu Mat Zain,
terima kasih kerana ejekkanmu. Hari ini aku memang seorang penulis!"
Disember 21, 2017
Sabtu, Disember 09, 2017
ULAT, ULAT DAN ULAT
Sebuah Cerpen MARSLI N.O
Di depanku, di ruang tamu rumahku, dari layar plasma tv itu kulihat keluar merayap-rayap beberapa ekor ulat sebesar batang mancis dan 3 inci panjangnya.
Itulah yang terjadi.
Sejak semalam, setiap kali suis peti tv milikku di ruang tamu ini kuonkan, keluarlah beberapa ekor ulat dari layar plasmanya.
Pada mulanya seekor. Kulihat perlahan-lahan merayap keluar dari layar plasma itu. Setelah beberapa kali mendongak-dongak dan menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, bagaikan sedang keliru dan mencari arah untuk meneruskan perjalanannya yang tidak pasti, kulihat ulat itu akhirnya membaringkan dirinya di bawah layar tv plasmaku.
Tetapi bila semakin lama semakin banyak ulat yang keluar dan menimbun di bawah layar plasma itu dan kulihat saling tindih dan menindih sesama sendiri, segera kuletakkan sebuah balang kaca di situ.
Tanpa kuduga, ulat-ulat berwarna merah itu berebutan pula memanjat dinding balang kaca itu dan kulihat nyaman bersantai di dalamnya, walau ditindih serta dipijak oleh ulat-ulat berwarna merah yang lain.
Ulat-ulat apakah itu sebenarnya? Demikian tidak sudah aku berfikir. Sambil mataku tidak lepas merenung balang kaca di bawah rak tv plasmaku yang kini semakin banyak disendati ulat-ulat berwarna merah itu.
Ulat. Ulat-ulat apakah itu sebenarnya?
Kuharap sehari dua lagi akan segeralah berhenti segalanya.
Disember 5, 2017
Kategori:
2017: Cerpen Marsli N.O
Isnin, Oktober 30, 2017
ANJING, BABI DAN PARA SESUMPAH
Sebuah cerita pendek MARSLI N.O
1
SEMUA mereka adalah kawan-kawan pada
mulanya. Tetapi kemudian perubahan mula
kelihatan. Sedikit demi sedikit. Entah kerana apa. Segala akrab berubah menjadi
sengketa. Menjadi penyebar fitnah, berlagak tidak kenal atau sundal
gedik.
Senyum dibalas dengan palingan wajah. Sapa dan ucap salam
dibalas dengan diam. Lama kelamaan, wajah manusia mereka di mataku, kian
berubah menjadi wajah haiwan.
Menjadi anjing, babi, ungka, siamang, biawak, buaya, ular atau
sesumpah
November 15, 2017
Kategori:
2017: Cerpen Marsli N.O
Selasa, September 05, 2017
BERTUANKAN LEMBU CELAKAHLAH JUA AKAN DIRIMU
Cerita pendek MARSLI N.O
SEKARANG kau tengoklah sudah apa yang jadi dengan keadaan begini. Tidak usahlah hendak melalak meraung atau mengatakan segala kesal lagi di dalam hati tatkala segala yang terjadi begini kerana itu bukankah pilihan kau sendiri?

Ya, sudah lupakah bagaimana dengan segala rela dan percaya kau dahululah yang memilih untuk bertuankan lembu?
Jangan kau marah atau menuduh aku berkata-kata ini terlalu kurang ajar dan celupar kerana segalanya sudah terbukti jelas di depan mata kau dan aku seperti itu. Seperti kata pepatah kalaupun menangis melahu-lahu sehingga keluar segala air mata dan sehinggakan bercampur dengan darah, apa yang berlaku tetaplah sudah pun berlaku dan begitu-begitu juga.
Tidak ada lagi guna kesal dan sedih kerana segala. Itulah sudah akhir dan akibah jika demikian memilihnya menjadikan tuan hanyalah seekor lembu.
Walau seekor lembu yang boleh berkata seperti layaknya seorang manusia. Tetapi apalah istimewanya dia kerana lembu tetaplah lembu.
Tetapi terpulanglah kepada kau hendak percaya atau tidak kerana aku berkata apa yang aku rasa perlu aku kata.
Tidaklah lembu apa lagi namanya kalau sebongkah besi sebegitu besar pun boleh terlepas terjual ke tangan asing dan kemudian berlagak bongok seperti lembu kenyang seperti tidak pernah terjadi suatu apa pun kejadian.
Atau kalau tidak pun dalam soal letak meletak harga itu juga tidak boleh diharap menjadi payung dan tempat segala jelata menyandarkan harapan. Memang lah bosan dan mual kalau setiap kali diberi dalih konon kerana seantero dunia harga melambung maka di sini juga perlulah sama dilambungkan harganya.
Itulah namanya lembu. Walau bijak dan pandai mengucap segala kata, tetapi seekor lembu tetaplah seekor lembu jua.
Dan ketika kau memilih akan dia menjadi tuan dan pendahulu untuk segala urusan dirimu, maka itulah namanya celaka akan segala yang menimpa jua dirimu!
Januari 3, 2010

Rabu, Mac 15, 2017
TWO POEM'S #2
by MARSLI N.O
#1
Reading Fallujah
The smell of bullets floats
Darkens the clean air
And rustling of mortars pollutes
the solitary in Fallujah
When the dust and smoke become one
Thousands of animals stomped on the city’s soil
They rush looking for mosques and domes
To be destroyed
Or every bodies with beard and
Covered in robe
Are victims to be skinned
And they cheers
Looking at the blood and corpses
They have been poisoned with nightmares
Of a deceiver
And at a blink of the eyes
Allows their souls smeared with faeces
At a blink of the eyes Fallujah changed
Into a filthy wasteland
And from the well of their eyes and souls there is no water left
To be dropped
While the women and their children
Wail
From the cracks of stone and the city’s ruins
Now Fallujah becomes witness once again
To every lies by human
With ruthless heart and greed in their souls
November 25, 2004
#2
In The Personal State
who grew
the isolated lands
in every personal state
if it’s not for the darkened heart
and the greedy hands
scrapers of the white soul
hey you shadow chasers
and black figures
the forest you sow
is breeding thorns and willows
you spread the fire of dispute
behind the masks
in whose eyes the thorn pierced
and the arrow stuck?
there are millions of sighs and moans
in silence
watching the white personal lands
burn
and the river that twines the hill
now lying dead
in its darkening floor
for whom is this enmity for
and the fence that we build?
where is the greet now thrown
and the friendliness that now bruised?
is it behind the arrogance
or realization sets,
because in personal land we own
isolated land grew
and foul-smelling breeze proposes?
August 5, 1993

Jumaat, Mac 03, 2017
TWO POEMS #1
1
Headless
Without their head they walk
Without their head
They treasure all senses
Nose at the hips
Eyes on the chest
Ears on the navel
Mouth at the stomach
And brain on the knee
Without their head they walk
Without their head they talk
Without their head they think
For a region
Called country
February 8, 2007
MARSLI N.O
2
In The House Of Experience
Only the clever will learn
from mistakes
and his anger
is lulled by wisdom
I learnt to accept
with less demands
because after years of being a resident
of your house
I am now a wise man
that easily forgives
and the more I know
losing is not the end
because thousands of fields lies unfold
July 27, 2003
MARSLI N.O
Headless
Without their head they walk
Without their head
They treasure all senses
Nose at the hips
Eyes on the chest
Ears on the navel
Mouth at the stomach
And brain on the knee
Without their head they walk
Without their head they talk
Without their head they think
For a region
Called country
February 8, 2007
MARSLI N.O
2
In The House Of Experience
Only the clever will learn
from mistakes
and his anger
is lulled by wisdom
I learnt to accept
with less demands
because after years of being a resident
of your house
I am now a wise man
that easily forgives
and the more I know
losing is not the end
because thousands of fields lies unfold
July 27, 2003
MARSLI N.O
Isnin, Februari 13, 2017
BAKAT, PENILAI DAN MARUAH
Catatan MARSLI N.O
Bila pengadil
atau penilai dalam satu sayembara, uji bakat atau rumah penerbitan kata
kau tak ada bakat, tidak boleh menyanyi atau tidak pandai mengarang
atau karya kau tidak layak terbitkan, tidak perlulah kau nak menangis
meratap merayu simpati mereka sehingga boleh memalukan dan menjatuhkan
maruah diri kau sendiri.
Sebaiknya, jika perlu pergi, pergilah secara bermaruah, tanpa merayu dan
meminta apa-apa daripada orang lain atau menceritakan kisah sedih
tentang kesusahan dirimu dengan harapan akan ada orang seperti mereka atau orang yang lain akan bersimpati dan kemudian memberikan kau peluang kedua.
Sama sekali jangan dan tidak perlu kau melakukan semua kebodohan itu.
Keluarlah dari dari rasa kecewa itu dengan jiwa besar dan berani. Tidak perlu meratap atau menyesal segala yang sudah terjadi. Bangkit dan teruslah berusaha untuk memperbaiki kekurangan dirimu sendiri dan tak perlu perbodohkan dan memalukan dirimu menjadi pengemis simpati atau meminta-minta walau dari siapa pun.
Ingat. Jadilah manusia mandiri. Yakin dan percaya dengan kekuatan dirimu sendiri. Penting juga, ketahui dan kenali di mana kelemahan serta kekuatan dirimu sendiri.
Jangan sekali-kali meminta dan mengemis simpati daripada siapa pun. Sama sekali jangan.
Februari 5, 2017

Langgan:
Catatan (Atom)