Barangkali demikian andaian pemuda itu.
Khamis, Julai 01, 2010
PENIPU
PENIPU sentiasa ada di mana-mana Pantang sedikit alpa pasti kita menjadi mangsa.
Mujur saya selalu ingatkan diri tentang itu. Kalau tidak, pasti kelmarin saya sudah menjadi mangsa seorang penipu yang ingin menjadikan saya mangsanya yang entah ke berapa.
Kisahnya, ketika singgah di sebuah hentian rehat dalam perjalanan menuju ke suatu destinasi, saya ke sebuah deretan gerai di situ.
“Dik, pau kacang tiga,” kata saya kepada pemuda yang saya lihat sama sebok membantu ibunya di dalam gerai. Dengan tangkasnya, pemuda itu mengambil tiga biji pau berintikan kacang merah dan dimasukkan ke dalam beg pelastik.
Wang kertas lima ringgit saya hulurkan kerana saya sudah mencongak harga bagi sebiji pau kacang (seperti mana yang terpampang di tulis adalah RM 1.30. Jadi kalau didharabkan dengan tiga bermakna harganya RM 3.90 dan wang baki saya ialah RM 1.10.
Tetapi ketika bungkusan pelastik berisikan tiga biji pau saya terima, wang yang dikembalikan ke tangan saya cuma 20 sen. Saya tercenung beberapa detik dan pemuda itu saya lihat semakin buat-buat sebok dan berlagak lupa.
“Dik, berapa harga sebiji pau kacang?” tanya saya .
“Abang punya bukan pau ayam ker?” buat lupa dan dengan gaya bersungguh pemuda itu bertanya. Saya tahu, sebiji pau ayam memang harganya RM 1.60. Tetapi saya punya bukan pau ayam.
“Kacang,” saya menjawab sepatah dan dengan suara bergumam. Sambil menahan marah yang terasa mulai berbetik.
Di dalam hati saya memaki. Tadi dia juga yang ambil tiga biji pau kacang dan hulurkan. Mustahil tidak sampai dua minit dia boleh lupa dengan begitu cepat. Memang sah kau dengan sengaja hendak menipu.
Tanpa suara dan kata wang RM 1.10 cepat-cepat dihulurkan kepada saya dan saya perasan cara dia mengambil wang baki itu seperti memang sengaja dia letakkan di bahagian lain di dalam laci duit.
Saya mendapat kembali baki wang saya.
Sambil berdiri di suatu sudut dan mengunyah pau kacang, saya bayangkan. Kalau saya tidak berani bersuara atau segan untuk meminta sesuatu yang memang hak saya, RM 1.10 saya akan lesap begitu sahaja jadi mangsa pemuda yang bagi saya memang jelas hendak menipu secara tidak nampak ini.
Kalau sepuluh pelanggan dikenakannya, pasti RM 11.00 masuk ke poketnya.
Memang RM 1.10 bukan jumlah yang besar. RM 1.10 belum boleh menjadikan seseorang kaya atau jatuh miskin andai kehilangannya. Apa lagi bagi orang yang kaya raya dan berlebihan harta bendanya, apalah sangat nilai wang sebanyak itu. Nampak sangat papa dan bangsat kalau kerana RM 1.10 pun hendak bising-bising.
Barangkali demikian andaian pemuda itu.
Barangkali demikian andaian pemuda itu.
Tetapi untuk apa saya benarkan seorang pemuda yang smart dan bergaya dengan kaca mata hitam itu menipu saya.
Dia memang silap orang.
Kerana dalam keadaan apa pun, saya tidak akan benarkan sesiapa pun menipu saya, apa lagi hendak bersekongkol dengan mereka yang dalam hidupnya memang suka menipu.
Memang penipu ada di mana-mana. Setidaknya, sikap waspada dan pengalaman berulang-alik serta sering singgah berehat di tengah perjalanan menjadikan saya lebih peka dengan kerenah segelintir peniaga tamak yang memang berniat hendak menipu.
Mungkin mereka fikir pelanggan yang singgah tidak akan lagi singgah untuk kedua kalinya dan kerana itu boleh mereka tipu sebegitu mudah.
Tetapi mereka lupa. Ada juga orang yang akan singgah berkali-kali dan salah seorangnya adalah saya.
Jun 28, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
memang ramai yang suka memintas...walaupun pada jalan salah.
Ya. Kalaau orang budaya dan seni sendiri sudah demikian, apa lagi yang bukan.
salam tuan
ditipu dalam sedar, terasa sangat sakitnya, si penipu pulak buat selamba, rasa terbakar jiwa.
manusia..manusia..
Catat Ulasan