Jumaat, Oktober 29, 2010

POLITIKUS (1)


DIA dewasa di dunia yang tamak
mengasuhnya menjadi cerdik 
dengan muslihat dan kehendak 
yang dipertahankan dengan  serakah.

Sesekali, dengan topeng maruah, 
dia menyalak di pentas dan dewan perhimpunan. 

Wajah anjingnya ditutup dengan pekik dan jerit. 

Sambil menjilat ludah dan kencing autanya sendiri.

Oktober 29, 2010

1 ulasan:

sahrunizam abdul talib berkata...

salam,

benar anjing tetap anjing. takkan berubah menjadi kucing.

alamat blog saya sekarang:
szirdina.blogspot.com