Ahad, Disember 26, 2010

KETIKA BERTAMU

Sajak MARSLI N.O

Kurai kau sejujur hati
kerana begitu adab
atas nama Melayu
dan rasa manusia
yang mendidik sopanku

Walau kutahu kau selalu
datang dengan keduk
dan ramah yang palsu
namun tetap kau
kupanggil sahabat
walau kaumiliki hati bejat

Kerana aku tahu siapa diriku
tidak luntur kerana umpat 
atau  berkali kejimu
yang kau sunglap konon sebagai nasihat

Disember 26, 2010.

1 ulasan:

Mahaya Mohd. Yassin berkata...

Salam Dinda,
Semoga sekeluarga dalam lindungan Allah sentiasa.
Doa agar dilimpahi ilham oleh Yang Maha Berkuasa untuk lebih cergas berkarya sambil beribadah. Amin.

Salam takzim.