Selasa, Januari 11, 2011
APALAH BODOHNYA
BIARLAH kaukata aku tiada punai. Punai aku sudah terbang . Punai aku sudah hilang. Aku peduli apa. Ada atau tiada, itu cerita dalam kain aku. Apa kisah yang kau orang hendak ambil peduli sangat?
Kalau kau rasa hendak berteriak dan bertempik semata-mata kerana cerita punai itu, lantaklah. Berteriak dan bertempiklah. Aku tidak mahu ambil peduli juga. Berteriaklah. Bertempiklah. Punai! Punai! Punai! Punai!
Ha. Ha. Ha. Ha. Ha. Apalah punya bodoh sangat kau orang ini. Soal punai orang lain pun hendak sebok dan bising sana dan sini. Punai punya kau bagaimana pula? Masih ada dan selamat lagikah?
Macam orang selalu katalah. Masing-masing kubur, masing-masing jagalah. Begitu jugalah dengan soal punai ini. Aku punya, akulah yang jaga. Kau punya, kaulah yang jaga.
Hah, sudah itu? Janganlah jadi bodoh dan bangang menyusahkan diri hendak bertempik dan berteriak semata-mata kerana soal punai di celah kelangkang milik orang lain itu.
Dan kalau kerana punai itu pun mereka sanggup menjadi si bodoh lagi bahlol memarahi angin dan laut serta tidak semena-mena membakar buku -buku, itulah lagilah amat bodoh dan bahlolnya.
Woi. Ini apa masalahnya? Kalau memang sudah rasa di celah kelangkang itu punai milikmu juga sudah tiada, duduklah sahaja diam-diam di dalam kamar dan jangan pula hendak alihkan rasa bengang dan kecewa kau kerana tidak dapat bermain punai itu dengan pelbagai macam laku dan perbuatan bodoh, misalnya dengan tidak semena-mena membakar buku milik orang lain.
Sudahlah. Janganlah ambil pedulikan kisah orang lain. Masing-masing jagalah punainya sendiri. Dan kalau aku juga sudah tidak memilik punai, itu apalah kau punya peduli?
Apalah bodohnya kau ini.
Januari 11, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan