Isnin, Januari 10, 2011
PUNYALAH BODOH
BEGITU punya banyak kisah dan cerita di dalam dunia. Masih juga kisah mereka hendak ditulis dan dikarang. Konon hendak tunjuk dan tayang punyalah pandai dan pintar kau mengait dan merendakan ilham yang memang benar-benar memijak bumi nan nyata.
Sudahlah. Pergi mampos sahajalah. Tidak payahlah hendak bersusah dan berpayah berkisah dan bercerita mengenai mereka. Apa dalam kain bangsa kau sendiri sudah habiskah segala kisah?
Punyalah bodoh. Cerita bangsa kau sendiri kau lupa-lupakan. Alih-alih kisah orang lain yang kau sebok hendak karang dan ceritakan.
Apa ke jadah faedah dan gunanya? Janganlah kau jadi bangang dan bodoh. Konon hendak berbaik dan mengenal orang lain. Untuk apa? Kalau setakat hendak mendapat pujian konon kaulah penulis dan pengarang hebat yang sangat terbuka dan mengenal dunia orang lain, sudahlah, pergi mampos lagi baik.
Janganlah asyik hendak menjadi pengampu setiap masa. Renung dan cerminkanlah wajahmu di cermin maruah bangsamu sendiri.
Sedarkah tidak betapa sudah sekian lama diperludah dan kencingi oleh pihak lain?
Januari 9, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Tuan, ini kemarahan yang memuncak. Saya pun tidak menangkap pihak mana yang dimarahkan.
-:)
Salam Sdr Naim. Belakangan, banyak perkara yang lebih mudah dimengerti, asal mahu. Bukankah?
MARSLI N.O
Catat Ulasan