Khamis, Januari 20, 2011
SUKA HATI AKULAH
KENAPA ? Masa aku tengah kebulur dahulu adakah kau datangkan apa-apa bantuan? Tiada kau pun tidak apa-apa. Hidup dan mati aku bukan kerana ketentuan kau. Begitu juga dengan rezeki dan pendapatan.
Suka hati akulah. Kau tidak payahlah hendak jadi penyebok. Atau hendak berlagak bagaikan kau itu wali atau nabi. Cukupkah hanya dengan lagak dan lakon kau itu sahaja? Sedangkan, di tengah dunia yang semakin diramaikan oleh kera dan babi ini maruah bangsamu semakin dikencing dan dinajisi .
Apa aku hendak peduli mengenai kau. Tanpa kau, aku ada yang lain melebih segala kau. Dialah yang berhak dan berkuasa menentukan hidup dan mati diriku. Dialah segalanya bagi diriku.
Kau? Apa aku kisahkan. Suka hati akulah.
Januari 20, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Ya! suka hati akulah,
kadarkanlah diri kau itu merempat orang,
nak besar kepala
ikut saja apa kata aku.
Interlok, milik kami.
Pak Hashim: Memang dasar pokemak dia.
Catat Ulasan