Sumber siaran: Berita Harian, Ahad 20 Mac 2011
Isnin, Mac 21, 2011
BAK AYAM
Sajak MARSLI N.O
Inilah bangsa
lakunya bak ayam
galak dan lantang
dengan kokok
mempamerkan jantan
tetapi kerana alpa
sesama sendiri
saling berebut dan berkelahi
negeri berulang diludahi
oleh petualang
lidahnya nan bercabang
di muka senyumnya terpampang
tetapi di dalam
hatinya berjelaga hitam
Kuantan, 9 Januari 2011
Sumber siaran: Berita Harian, Ahad 20 Mac 2011
Sumber siaran: Berita Harian, Ahad 20 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
bukan sahaja kulitnya, malah sampai ke dalam hitamnya. Satu kaum yang dicemuh bangsanya telah menjadi warga kita.
Pak Hashim: Kita bangsa pemurah. Terlalu pemurah. Bukankah?
MARSLI N.O
kerana mereka ayam, mereka pun mengayamkan musuh mereka.
Memang ayam!
Sdr Naim: Dan yang rugi serta menderita, tetaplah bangsa kita juga sedang yang lain bertepok suka.
MARSLI N.O
Catat Ulasan