Selasa, Julai 19, 2011

SUKA HATI AKULAH


TIDAK faham atau sengaja buat-buat tidak faham.

Sudah jelas di tepi blog aku itu aku tulis.

Pengisytiharan
ENTRI di dalam blog ini ditujukan khusus kepada pembaca yang hanya bersetuju dengan cara penulisan serta pemikiran MARSLI N.O. Pengunjung yang tidak bersetuju tidak perlu membuang waktunya di sini atau menulis dan meninggalkan sebarang komen.

Tetapi seperti selalu manusia yang dengan sengaja buat-buat tidak faham,  menyebokkan dirinya menulis perkara-perkara yang diselindungkan konon atas nama “perbincangan ilmu dan adab”.

Peduli apa. Ini blog aku. Suka hati akulah aku hendak tulis apa pun. Kalau tidak mahu baca dan tidak suka, kenapa bersusah payah hendak datang menjenguk dan menyebok?

Sudahlah. Kau uruskanlah masalah diri dan jiwa kau sendiri yang tidak sudah-sudahnya ditimpa sindrom kekurangan kasih sayang itu.

Janganlah bertopengkan agama dan ilmu untuk menghina dan mengutuk orang yang kau tidak suka dan tidak bersetuju pendapatnya.

Masing-masing  berhak punya pendapat dan pilihan. Suka hati akulah.

Julai 19, 2011
 

1 ulasan:

Meck berkata...

kalau tak setuju cara baik ok. tapi bila nak kutuk, tak puas hati, menyindir bagai tu memang buang masa. betul masing-masing ada pendapat, tak suka blah.