di mata khalayak dan penilai
Khamis, September 18, 2014
SASTERAWAN (1)
Sajak MARSLI N.O
di mata khalayak dan penilai
kau sasterawan bijak dan berhemah
kerana selalu berbahasa indah, mudah dan penuh
hikmah
di mata mereka kau selalu memukau
di dalam karya
kerana memperagakan kisah manusia
dan berkhutbah mengenai moral
namun di mataku dan di luar karya
kau adalah manusia pembelit dan penipu
yang membuang segala norma
demi segenggam hasrat dan tujuan
kakimu tega memijak kepala kawan
ketika bibirmu bercakap mengenai kemanusian
dan tangan rakusmu memulas ruang serta
peluang
di mataku, kau lebih hina berbanding
kerbau di padang
dan demi gelar serta status
kau sunglapkan dirimu
menjadi babi yang rakus
September 18, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan