Jumaat, Januari 22, 2021
KEPADA ANJING
KALAU
dengan cara menghina mencerca diri dan karya orang lain yang tidak
sehaluan denganmu atau yang kau benci, maka kau semakin menjadi kaya,
disanjung orang, masyhur, dianugerahi gelaran sastera peringkat dunia
atau yang sekasta dengannya, bagus dan berbaloilah.
Tetapi
aku lihat keadaan kau tidaklah sedemikian. Keadaan diri, kehidupan dan
karya kau tetaplah begitu-begitu juga. Tiada apa kehebatan dan kelebihan
berbanding dengan mereka yang kau hina dan cerca itu.
Malah
apa sangat hendak dilagakkan jika hidup setakat jadi penagih madat, dinafkahi oleh isteri, atau
kalau jadi pemikir pun (kononlah) setakat melaungkan ideologi para tuan
yang memberi kau upah.
Kerana
itulah bila setiap kali kau menghina diri dan karya orang lain atau
diri dan karyaku, aku anggap semua itu hanyalah salakan anjing sahaja.
19.1.2021
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan