Sabtu, Februari 06, 2010

Sajak MARSLI N.O

KEPADA INGATAN

TIDAK ingin aku bermusuh denganmu
walau berkali kau datangkan marah
dan dendam yang meredam
mengajak aku kembali menjadi keliru
digoda cemburu yang menderu.

Kerana aku hanya ingin menjadi diriku
marah sekadar tatkala perlu
di luar cemburu atau hasad yang kelabu
walau bertalu diriku
dilempari kaca dan paku.

Aku akan tetap juga di situ
dengan tekad dan yakin yang padu
menuju hasrat dan kiblat yang satu.

Kuantan, Januari 4, 2010

Sumber siaran: Berita Harian, Sabtu, 30 Januari 2010



Tiada ulasan: