Rabu, April 07, 2010

BANGSA YANG TIDAK PUNYA RASA MALU


TIADA bangsa selain bangsa itu  yang paling tidak punya rasa malu. Mereka nobatkan seseorang atas nama negara. Tetapi orang yang dinobatkan atas nama negara itu jugalah yang mereka lemparkan ludah ke wajah dan seluruh hasil karyanya.

Kata bangsa yang tidak punya rasa malu itu, karya orang yang mereka nobatkan atas nama negara itu sulit untuk difaham dan berkarya mereka tidak lain  kerana syok sendiri.

Kemudian, tanpa rasa malu, berbondong mereka menyerbu ke negeri buku yang keliru. Yang mengaku dirinya pemandai bahasa tetapi mabok dengan cacamarba  slanga dan salah eja. Di negeri yang keliru itu mereka berdansa dan merayakan angkuh.  Konon merekalah pejuang yang mengatasnamakan suci bahasa.

April 7, 2010

3 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

elak tuah, elak laksmana,lari, lari..
tikaman jebat ini aduh! bisa sekali..

NASSURY IBRAHIM berkata...

KUMPULAN YANG TIDAK
PUNYA RASA MALU

Sebelum pilihan raya:
Sebulan SI DIA merayu
kepada rakyat
agar dikasihani.

Selepas pilihan raya:
5 tahun RAKYAT merayu
kepada si dia
agar dikasihani

MARSLI N.O berkata...

Pak Hashim: Terima kasih atas taggapan.

Sdr Nassury: Terima kasih kerana sudi berbagi.