Sabtu, Mei 22, 2010
Sajak SESAMA SENDIRI
Oleh MARSLI N.O
Di dalam tubuh sendiri
Kita jelmakan pemetik api
Membakar jerami-jerami peribadi
Kerana Bulan tidak lagi bersinar
Dan cinta kehilangan matahari
Dengan lidah terbelah
Segala diucap
Tidak pernah berakar
Di tanah ikhlas
Sesama sendiri
Kita saling mengacung cakar
Ketika riuh di dalam tengkar
Menyulap peribadi
Menjadi bangsa yang mabok
Dan lupa
Mei 13, 2010
Sumber siaran: Berita Harian, 22 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Tahniah tuan atas puisi yang tersiar itu!^_^
Sdr A Muziru Idham: Terima kasih atas ingatan.
Catat Ulasan