Ahad, September 05, 2010

BOLEH DIPERCAYAKAH?

ISTERI bercerita kelmarin menonton satu siaran memperkenalkan buku dan pengarang di tv. Bukunya berisikan tip-tip membahagiakan sebuah rumah tangga. Kata isteri, penulisnya seorang gadis muda dan cantik.

Ketika ditanya pembawa acara, kisah isteri lagi, gadis penulis mengaku belum berkeluarga atau tiada pengalaman berumah tangga. 

Boleh percayakah apa yang ditulisnya kalau pengalamannya sendiri mengenai rumah tangga langsung tiada? Kata isteri,  seperti merungut.

Aku menjawabnya dengan senyum. Tentunya aku tidak mahu meracuni pemikiran dia dengan pendapatku yang mungkin tidak akan dia persetujui.

Pengalaman dan menulis, begitu kata sebahagian orang bijaksana di bidang tulis dan menulis, merupakan dua hal yang sama sekali lain. Tanpa pengalaman atau mengalami sendiri  segala  sesuatu sekalipun, seorang memang boleh menulis. Pokoknya asalkan rajin dan tekun.

Memang benar pendapat orang bijaksana itu. Apa lagi  kalau ditambah pula dengan kesanggupan untuk menipu dan berdusta mengenai  sesuatu yang  kita sangkakan sebagai orang lain akan tidak tahu. 

Lebih-lebih lagi kalau tega dan sanggup sampai ke tahap menjadi peniru, kata bermakna keji  itu yang dilembutkan dengan beberapa sebutan lain yang lebih sopan demi untuk menghalalkan tindakan.

Ya, selagi orang tidak tahu. Kerana kita sangkakan memang begitu.

September 5, 2010 (Ramadhan 26)

2 ulasan:

Naim berkata...

Salam, Tuan Marsli NO. Pada pednapat saya, itu sebahagian daripada kebijakan yang dijana hasil daripada sistem pendidikan kita selama ini.

MARSLI N.O berkata...

Sdr Naim: Mungkin.