Jumaat, September 10, 2010
SALAM IDULFITRI
SAYA mengambil kesempatan di hari mulia dan bulan baik ini untuk mengucapkan Salam Idulfitri kepada semua sahabat, kenalan dan juga pengunjung blog TANAH - AIR - API - ANGIN ini.
Andai lewat tulisan di blog ini saya telah menyinggung serta menyakiti hati dan perasaan kalian, saya memohon jutaan ampun dan maaf. Sesungguhnya, segala yang terjadi itu bukan saya niatkan untuk berbuat demikian.
Juga di kesempatan ini saya ingin memberi maaf untuk dan atas segala kesilapan pihak yang lain terhadap diri saya.
Kerana saya, sesungguhnya tidak ingin berdendam atau menyimpan dendam.
I Syawal 1431.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam lebaran daripada saya. Mohon maaf jua andai ada sebarang cela pada kata-kata yang pernah tercatat. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya dan memberi pandangan yang saya rasa amat berharga.
Sdr Rositah Ibrahim: Setiap kita punya kisah dan cerita. Saya selalu ingin mendengar dan bekongsi secara jujur dan apa adanya. Mungkin kisah itu tiada apa-apa bagi banyak orang. Tetapi mendengar sesuatu yang jujur itu bagi saya lebih bermakna dari membaca kemabukan orang lain mempamerkan jutaan kepandaiannya yang sangat pongah - yang selalu membuat saya terasa mahu muntah.
Wassalam.
MARSLI N.O
Catat Ulasan