KETIKA kau berkata ada anjing yang terus menyalak tidakkah kau sedar bahawa kau sebenarnya memang pun anjing.
Kerana begitulah sifat seekor anjing. Waktu dan ketika sedang lapar dan tersepit, kau buatlah muka sedih dan merayu-rayu minta dikasihan. Ketika badan anjingmu dipenuhi panau dan kurap, kau datanglah merayu dan memohon belas agar tubuh kurap dan berpanau milikmu dibersih serta dilangir dari segala penyakit dan kotoran.
Tetapi apa selepas itu? Tentulah tidak perlu hendak diperpanjangkan cerita kerana segala dan semua sudah menjadi jelas dan nyata bagaimana kau punya angkara.
Kaulah punca segala salakan bermula. Segala kebaikan yang diberi kau balas dengan tuba dan mereka yang pernah menghulur tangan sahabat, kini bukan setakat kau gigit, tetapi kepalanya kau kencing dan lemparkan najis juga.
Memang demikianlah dasar kau anjing. Kau gigit tangan yang pernah membuka pagar rumahnya untuk kau masuk dan tumpang berteduh dari tempias hujan. Kau kencing kepala mereka yang menerima kau sebagai sahabat dan najis anjingmu kau lemparkan ke muka siapa yang pernah membersihkan kurap dan segala panau di tubuhmu.
Kalau kau katakan tidak faham atau mengerti memanglah aku tidak berasa aneh atau hairan. Kerana memang pun demikian sikap kau. Walau berkali sudah dijelas dan diberikan penerangan tetapi kerana sombong dan angkuhmu manalah hendak kau membuat menjadi faham.
Ketika kecil dan belum faham kau datang dan buat muka baik konon hendak berkawan serta bersahabat. Tetapi sejak mula dahulu aku sudah dapat agak siapa kau yang sebenarnya.
Sebab itulah sudah sejak dahulu di dalam pepatah lama bangsaku ada menyebutkan suatu kisah mengenai bagaimana sudahnya jika melepaskan anjing yang tersepit.
Dan anjing itu memanglah diri kau. Sebab dan kenapa aku katakan begitu?
Apa lagi jawapannnya kalau bukan kerana kau memangnnya anjing. Seekor anjing yang bertopengkan manusia. Dan janganlah kau lupa kalau kau katakan orang lain adalah anjing maka kau juga sebenarnya anjing. Anjing yang dengan sombongnya tidak pernah mahu sedikit pun mengenang kebaikan orang lain.
Memang kau sebenarnya anjing. Anjing yang tidak sahaja mencari fasal dan mencari gaduh tetapi lebih hina dan menghinakan ketimbang seekor anjing yang sebenarnya.
Kerana, anjing yang memang pun sejak azali memanglah dilahirkan sebagai seekor anjing tetaplah dengan laku anjingnya tanpa berselindung di sebalik topeng apa pun. Jika ingin menyalak, menyalaklah dia sebagai seekor anjing dan tidak sedikit pun berpura atau berselindung kerana sebab dan maksud yang lain.
Tetapi kau? Betapa lebih hina dan menghinakan melebihi sifat seekor anjing lagi, bila tanpa malu dan silu, kau pijak kepala orang lain konon atas nama kebenaran. Walhal jangan kau sangka orang tidak tahu maksud dan hasrat sebenar dirimu bahawa segala yang kau kejar adalah tidak lain cita-cita hendak menjadi tokoh terpandang dan sanjungan.
Kau katakan ada orang lain menyalak bagaikan anjing tetapi kau pura-pura lupa bahawa diri kau sendiri memang pun seekor anjing.
Dan aku? Janganlah kau kisahkan apakah anjing atau tidak. Sebabnya, kalau kau sebagai anjing boleh menyalak dan menggigit, aku pun boleh juga kembali menggigit diri anjing kau itu lebih dari segala salakan atau gigitan anjing kau.
Februari 3, 2011
2 ulasan:
Cerita pasal anjing...saya tengah panas ni dengan anjing jiran berbangsa kulit gelap..dah la selongkar sampah..tuan dia buat-buat tak tau ja. Lepas ni dia tengok anjing tu mesti mampuih punya...tapi anjing yang tuan kata..susah nak mampuih..bagi puradan ja ....
itulah kisah ajing lagak seperti manusia mulia... pada hakikat manusia lain melihat lakunya yang seperti anjing...
Catat Ulasan