Selasa, April 19, 2011
PERASAN
PERASAN. Begitu kata saya kepada diri sendiri. Apa pun yang hendak kau fikir, cakap dan tulis, memang tiada siapa yang boleh melarang. Tulislah apa yang kau hendak tulis. Pedulikan orang lain. Pokoknya asal kau berasa senang dan bahagia.
Ini negeri bebas dan merdeka. Selagi tidak sampai melanggar undang-undang, peraturan agama dan moral, atau selagi tidak sampai menjatuhkan maruah dan mengacau hak peribadi orang lain, kau berhak bercakap dan tulis apa sahaja. Lantaklah sama ada orang suka atau tidak. Yang penting hatimu berasa senang dan bahagia.
Malah sebagai penulis, jika kau sudah berasa bosan hidup dan berdiri sebagai dirimu sendiri, pada suatu waktu, kau juga boleh memilih untuk menjadi sesiapa yang lain yang kau kagumi dan sanjungi.
Pilihlah untuk menjadi siapa sahaja. Tiada siapa boleh melarang. Anggaplah untuk barang seketika dirimu kini sudah menjadi mereka. Katakanlah mereka itu: Sarte, Camus, Mishima. Kafka, Haruki, Marquez.
Tidak mengapa. Tiada siapa yang boleh melarang. Yang penting asalkan kau berasa senang dan bahagia.
Walau sebenarnya, kau hanya perasan!
April 19, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan