Ahad, Februari 28, 2010
LA Q
LA Q. Antologi cerpen eksperimental. Begitu tercatat di kulit depan buku dengan latar belakang warna biru gelap yang dicetak dengan huruf berwarna merah dan putih.
Antologi ini memuatkan cerpen 33 karya para pengarang dari pelbagai usia yang diusahakan oleh Talib Samat di zaman kegemilangannya ketika bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Di dalam antologi ini, cerpen saya berjudul "Daging" siaran Dewan Sastera, Februari 1990 dipilih sebagai salah satu cerpen kategori "Futuristik/ Bakat Berpotensi/ Eksperimental". Bersama dalam kategori ini antara lain ialah Zaen Kasturi, Azmah Nordin dan M. Said Muharram.
Saya sendiri tidak begitu pasti apakah ini kali yang pertama atau kali ke berapa saya dilibatkan Talib Samat dalam projek penerbitan beliau. Yang pasti, seingat saya, di zaman kegemilangannya, Talib Samat banyak terlibat sebagai penyelenggara atau sebagai oknum yang membantu sama ada secara langsung mahupun tidak penerbitan banyak karya teman-teman seangkatan, sama ada yang langsung dikenal Talib Samat mahupun tidak dikenali beliau.
Selepas penerbitan sebuah antologi cerpen eksperimen di era 1970-an, kumpulan cerpen selenggaraan Talib Samat ini merupakan penerbitan bagi tahun 1990-an yang dengan berani serta berterus-terang menobatkan dirinya sebagai sebuah antologi cerpen eksperiman dan tanpa sebarang rasa segan Talib mengisytiharkan betapa para pengarang yang karyanya dipilih beliau di dalam antologi ini telah: "memaparkan cerpen-cerpen luar biasa untuk tatapan anda" atau pembaca.
Seingat dan sepengetahuan saya, sehingga ke hari ini, kehadiran kumpulan cerpen ini tidak pernah pun disebut atau dirujuk dalam pembicaraan mengenai cerpen-cerpen eksperimen di era 1990-an. Malah sekali imbas, terkesan juga seolah-olah ianya cuba dilenyapkan dari sejarah oleh pihak-pihak tertentu dengan mendakwa betapa kehadiran generasi 1980-an dengan cerpen-cerpen yang lebih bercirikan demikian, walaupun tidak terlalu ekstrim, seakan terputus dari sejarah. Atau dalam kata lain yang mudah, seolah-olah tiada.
Sebanyak sedikit, saya dapat memahami kenapa ini boleh berlaku.
Ketika kumpulan cerpen ini dikerjakan, memang sudah mulai muncul beberapa nama dan nama-nama ini tidak dibabitkan Talib Samat dalam projek penerbitannya ini. Mungkin ini yang menjadi punca. Bila nama-nama ini semakin menjadi besar dan punya kesempatan untuk berbicara dalam banyak kesempatan, sedikit sebanyak dendam itu terlampias juga secara tidak langsung atau di luar sedar.
Saya dengan sengaja menimbulkan isu buku ini di sini tidak lain hanya dengan alasan fakta dan sejarah.
Mungkin apa yang dikerjakan Talib Samat ini tidak begitu lengkap dan sempurna. Tetapi setidaknya, Talib sudah memulai dan apa yang tidak sempurna itu, sepatutnya diperbaiki oleh mereka yang lebih kemudian.
Memang kalau mahu menyebutnya di sudut negatif, terlalu banyak yang boleh saya sebutkan seputar isu buku ini, karya eksperimen, sasterawan period 1980 dan penipuan sejarah.
Namun untuk ini, saya memilih untuk menulis hanya yang baik dan positif sahaja. Bagi saya, Talib Samat telah meninggalkan buah tangan serta sumbangannya dengan caranya yang tersendiri dan itulah yang terutamanya ingin saya sebutkan di sini.
Jadi kalau saya tidak pula menyebutkan di sini siapa dan bagaimana orang-orang yang mendengkinya telah menyusah dan cuba menganiaya jalan hidup Talib Samat, saya berbuat demikian bukan kerana takut atau mahu menyembunyikan sesuatu.
Biarlah mereka yang berkenaan tahu sendiri.
Lagi pula saya di sini sekadar ingin bercerita mengenai sesuatu yang ada kaitan serta saya rasakan amat dekat dengan diri saya. Tetapi itu tidak bererti saya juga mahu menjadi hakim atau tukang hukum.
Februari 28, 2010
Sabtu, Februari 27, 2010
DI DEPAN DIAM JELATA
Tetapi tidak pekak dan buta
meski membisu kata
meski membisu kata
di hati rusuhnya tetap bergelora
melihat mereka sesama bangsa
melihat mereka sesama bangsa
juara sesama juara
tokoh sesama tokoh
ghairah bersilat dan membelitkan lidah
konon atas nama maruah
Atau tanpa silu
Mengaku mereka pejuang
Mengaku mereka pejuang
walau sebenarnya petualang
menanti peluang di setiap ruang
Tanpa peduli segala
walau jelata berhati walang
melihat tanah dan negeri
berebutan ingin dijadikan cagaran
....................
Februari 26, 2010
Jumaat, Februari 26, 2010
DALAM KENANG
DATANG dan pergi
tidak pasti
hanya dengan pasrah
menanti
menghitung
pahala dosa
amal dan bakti
di depan kiblat
sendiri
Kuantan,
Februari 26, 2010
Rabu, Februari 24, 2010
BERNAMA MAAF
KUSEBUT maaf
untuk seribu khilaf
kerana keliru aku
tidak selalu
sepenuhnya tahu
ketika hati dipermainkan ragu
kulemparkan silu
di depan wajahmu
walau kutahu
tidak mampu seluruh
akan mengubat segala rusuh
namun kusebut juga
dengan sejuta sungguh
kerana gelisah
tidak dapat kutangguh
Februari 24, 2010
untuk seribu khilaf
kerana keliru aku
tidak selalu
sepenuhnya tahu
ketika hati dipermainkan ragu
kulemparkan silu
di depan wajahmu
walau kutahu
tidak mampu seluruh
akan mengubat segala rusuh
namun kusebut juga
dengan sejuta sungguh
kerana gelisah
tidak dapat kutangguh
Februari 24, 2010
Selasa, Februari 23, 2010
TUJUH FILEM PENDEK MASKARA SHORTIES DI GEGAR PANTAI TIMUR
Oleh MARSLI N.O
TUJUH filem pendek dari siri Maskara Shorties anjuran Sindiket Soljah telah ditayangkan di acara Gegar Pantai Timur Proton Edar pada malam 29 Januari 2010 yang lalu.
Acara yang berlangsung di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu ini merupakan gerakan pertama Sindiket Soljah ke Pantai Timur dan sebahagian besar filem merupakan filem yang sebelumnya ditayangkan di Maskara Shorties Sidiket Soljah yang telah dilangsungkan di Rumah Pena, Kuala Lumpur
pada malam 31 Oktober 2009.
Tayangan filem pendek pertama “Adiwara” oleh Indieworkshop memaparkan dunia imaginasi kanak-kanak dengan patung permainan.
Secara berlambang, filem pendek ini memaparkan betapa kekuasaan atau keangkuhan yang selama ini berasakan dirinya hebat dan perkasa (patung raksasa) tanpa diduga sesiapa dapat ditewaskan oleh kuasa yang lebih kecil (patung kertas yang kenit) .
Filem pendek “Hantu Silap Mata” oleh Alif Firdaus Arif memaparkan wataknya ang tidak boleh tidor. Untuk mengisi masa insomnianya, watak memilih menjadi ahli silap mata dan super hero. Setelah melakukan pelbagai aktiviti yang merenggut banyak tenaganya dan berasa letih, barulah insomnianya terubat.
Filem “Kiri” terbitan Flip-Flop Picture dengan kerjasama Cakarama Productions arahan Dean Sham dan skrip oleh Tok Rimau dibahagikan kepada beberapa adegan atau bab. Bab 1 dengan judul Wan Sulong memperihalkan soal merdeka dan kemerdekaan. Sindirian melalui watak Wan Sulong setidaknya mencelikkan mata kita seketika bila disebutkanya apalah makna merdeka jika pemimpinnya dipilih oleh penjajah dan sekadar boneka.
Filem “Kak Min” seperti mana judulnya secara jelas dan nyata memaparkan wawancara Ajami Hasyim dengan pembikin filem Yasmin Ahmad. Melalui wawancara ini, Yasmin secara berterus-terang bercakap mengenai falsafah seni di dalam filem-filem garapannya.
Tok Rimau menampilkan sebuah filem dengan latar tahun 2109 berjudul “Pemburu Buaya Darat” yang kembali ke tahun 2009 dengan mesin masa. Misinya cuma satu, menangkap mana-mana lelaki buaya darat atau playboy yang suka menggoda serta memperdayakan gadis dan wanita.
Ironisnya pula, pemburu buaya darat yang cekap dan kacak ini diburu pula oleh wanita dari tahun 3000 yang ma akaum lelakinya telah pupus akibat wabak penyakit H1N1. Misi pemburu wanita dari tahun 3000 ini tidak lain adalah membawa pulang lelaki pembru ini ke negeri dan masanya untuk dijadikan pembiak baka.
Dean Sham muncul lagi dengan filem “Hangus” garapannya yang menampilkan antara lain Pipiyapong, Fazleena Hishamuddin dan Tok Rimau sebagai pelakon.
Persoalan merealisasikan impian untuk berkahwin dengan anak seorang tokoh politik bernama YB Dollah didigarap Dean dengan gaya pemikiran gangsterisme kampungan yang diperankan wataknya oleh Pipiyapong. Watak gelisah dan hilang punca Pipiyapong berjaya ditampilkan Dean dalam filem arahannya ini dengan ketara.
Namun begitu, Dean Sham sempat juga melontarkan sindirnya terhadap filem komedi situasi Melayu yang diucapkan seorang pelakonnya sebagai begitu ditonton, sudah dapat diduga apa kesudahannya dan jenakanya yang slapstik.
Lebih terasa menghiris, bila isu YB yang gemar meminta duit kopi dan lompat melompat parti turut disentuh oleh Dean Sham.
Melalui dialog antara YB Dollah dengan orang kepercayaannya, penonton didedahkan betapa untuk melompat dari suatu parti ke parti yang lain, paling tidak ganjaran yang diterima puluhan ribuan juga yang akan masuk ke dalam poket seorang YB.
Filem terakhir atau ketujuh merupakan sebuah fiksi dokumentari berjudul “Bumbung Aku Lantai Orang” buah tangan Tok Rimau selaku penulis lakon layer dan Dean Sham selaku pengarah.
Fiksi dokumentari yang didakwa penulis naskhahnya sebagai bertolak dari kisah benar ini memaparkan permasalahan kehidupan dan social di Flat Bukit Cagar di Johor Bharu.
Melalui kisah yang sebelum ini pernah dipaparkan Tok Rimau atau Ghazali Bunari di dalam blook “Ayah Kita Bos” pelbagai permasalahan masyarakat dipaparkan kembali di dalam filem pendek ini.
Diterjemahkan dalam bahasa visual oleh Dean Sham yang menarik dan cantik menjadikan kisah kehidupan masyarakat ini lebih menusuk perasaan penonton.
Walau pun flat itu kini sudah menjadi sejarah dan dikatakan tidak sesuai untuk hidup membesar, namun tetap dipertahan sisi baiknya yang lain oleh penulis naskhahnya, betapa ia cepat mendewasakan penghuninya.
Sumber siaran: Budaya, Suara Keadilan, Bil 220, 23 Feb – 2 Mac 2010
Ahad, Februari 21, 2010
BERDIKIT
WALAU terdengkut-dengkut dan berulang-kali menggunakan teknik anjakan ulang, kumasukkan semula senarai pembaca yang memasukkan blogku sebagai rangkaian di dalam blog mereka.
Memang agak meletihkan melakukannya. Namun aku cuba untuk tidak mudah dikalahkan oleh apa pun.
PEJUANG
AKU memang tidak pernah berasa diriku sebagai pejuang atau sebahagian dari mereka.
Dalam keadaan hidup yang semakin jelas dan nyata siapa petualang dan siapa penjilat ini, aku memang semakin memilih untuk bersendiri. Tidak peduli kalau sedikit menjauhi mewah selagi tidak sampai menggadai maruah.
Maruah?
Memang di mana-mana orang bercakap mengenainya.
Tetapi maruah yang mana dan siapa?
Februari 21, 2010
Rabu, Februari 17, 2010
3 SAJAK MARSLI N.O DI JALANTELAWI.COM
TIGA sajak Marsli N.O di JalanTelawi.com. Sajak-sajak tersebut ialah: Pinjamkan Kami Telinga, Apakah Kau Sudah Mendengar; dan Di Negeri Pemilu.
Sabtu, Februari 13, 2010
SAYA TIDAK AKAN MEMAKI. UNTUK SEGALA PENGGANGGU DAN PEMBULI. KERANA ITU TIDAK PENTING
SEJAK malam 10 Februari 2010 yang lalu saya tidak pasti entah berapa jam setiap malam sehingga menghampiri Subuh, malah menghampiri pagi, saya bercokol di depan komputer buku di kamar kreatif saya ini melebihi waktu biasa.
Puncanya, saya mencuba dan terus mencuba untuk mengembalikan senarai pembaca dan kawan-kawan yang menjadikan blog saya ini sebagai link di blog mereka, yang saya berikan judul Mereka Membaca, yang telah berubah ke bahagian header agar berada semula di tempat asalnya iaitu di sebelah kiri blog.
Namun itulah yang terjadi dan memaksa saya terus menghadap komputer. Apa yang berubah letaknya itu tidak dapat saya kembalikan ke tempat asalnya dan sebarang usaha untuk menambah kotak baru dan menaip semula senarai-senarai blog, juga tidak dapat dikembalikan ke kedudukan asalnya.
Seingat saya, kejadian itu bermula selepas saya memasukkan blog seorang penyair dari Perak sebagai tambahan link dan begitu saya klik save, bila blog ini diview, senarai Mereka Membaca telah menghilang dari bahagian tepi kiri blog dan berubah letaknya di bahagian header.
Tetapi saya tidak bermaksud ingin mengatakan bahawa dari blog penyair itulah peristiwa ini bermula. Sebaliknya, saya lebih kepada menyatakan bahawa ini lkerana kurangnya tahu saya. Kerana, secara berterus terang saya akui betapa pengetahuan saya mengenai komputer dan siber sangat terbatas serta diperoleh hanya secara uji dan cuba semata-mata. Lantaran itulah, bila menghadapi kejadian sebegini, yang mungkin terlalu mudah dan simple bagi mereka yang mengetahui, menjadikan saya kelam-kabut.
Sungguh saya tidak tahu dan pasti apa puncanya. Dan seingat saya, ini bukan kejadian pertama yang saya alami.
Sebelum ini, senarai nama-sama sahabat yang saya letakkan di link Dunia Membaca juga pernah terganggu dan menghilang. Namun apa yang hilang itu masih dapat dikembalikan dan diletakkan di tempat asalnya bila saya kembali memasukkannya satu demi satu.
Malah sebelum ini juga selalu berlaku waktu untuk mengakses ke blog saya sendiri memakan waktu yang agak tidak masuk akal dan bermula dengan warna kelam yang entahkan apa.
Ini belum lagi diambil kira gangguan kecil berupa sindir, perli atau makian yang ditinggalkan di kotak reaksi yang sebahagiannya kerana telah dinasihatkan oleh seorang kawan supaya dionkan arahan read dan approved, maka terlebih dahulu dapat dibaca dan tidak dibiarkan lepas. Atau juga yang mencatat di kotak bicara dengan nama samaran dan rujukan yang sengaja tidak dijelaskan destinasi menyatakan sesuatu yang memang tujuannya untuk membuli atau menyakitkan hati.
Mendepani hal-hal sebegini, saya lama tercenung dan berfikir, terutama bila kembali mengenangkan betapa sejak pertama kali memilih berblog di siber, gangguan yang diterima tidak pernah sudah.
Walhal seingat saya, niat saya berblog hanyalah untuk menyatakan pendapat dan cerita diri saya sendiri, tanpa sebarang maksud hendak berlagak konon dirilah maha tahu dan maha hebat dan bijak ketimbang orang lain.
Apa lagi sebagai seorang yang sedikit sebanyak turut melahirkan karya. Tujuannya berblog juga adalah sebagai suatu upaya untuk sedikit menghebahkan karya yang ada kepada pembaca yang sudi membaca dan sudi hendak membeli buku atau penerbitan saya.
Ketika menulis dan mencatat itu, seingat saya, tidak pernah satu nama pun saya sebutkan secara terbuka yang boleh menyebabkan sesiapa atau mereka segera terasa bahawa memang dia yang saya maksudkan di dalam tulisan atau catatan ketika saya menulis di blog ini.
Saya berpendirian, tidak ada sebab untuk sesiapa perlu bersikap termakan cili kalau memang bukan dia yang berbuat dan malah ketika menuliskan kisah-kisah itu, saya seboleh mungkin cuba untuk menyembunyikan identiti mana-mana oknum.
Agar dengan begitu, begitu saya berniat, pembaca mendapat kesan bahawa kisah yang saya paparkan boleh dan mungkin berlaku di mana-mna sahaja dan bukan hanya di sebuah jabatan atau daerah yang khusus. Setidaknya, agar apa yang dicatatkan menjadi cermin buat pembaca yang lain agar tidak kembali mengulangi.
Tetapi yang terjadi? Pembaca yang membaca dan mengikuti perkembangan blog ini dari awal pastilah tahu sejarah dan kisahnya. Ada yang datang mengganggu dengan menyamar konon dirinya anak Amirul Fakir. Ada yang datang dengan lagak sebagai pemerhati dan suci bagaikan wali.
Tentulah saya tidak kuasa melarang atau menghalang sesiapa agar jangan menulis apa yang ingin mereka tuliskan mengenai blog ini atau mengenai diri saya.
Tetapi yang berlegar di fikiran saya ketika menuliskan catatan ini ialah mengenai mereka yang rajin dan teramat pandai ini.
Begitu banyak blog dan tulisan yang menghina bahasa, bangsa dan malah nabinya, tetapi peliknya, tidak pula mereka yang rajin dan pandai ini hendak menggangu dan menyerang habis-habisan.
Sungguh. Setelah beberapa tahun menjadi warga dan menulis di blog, semakin saya memahami sifat manusianya.
Meski agak kasar dan kejam kesimpulannya. Tetapi saya rasa itulah hakikatnya. Apa yang tidak di sini? Angkuh? Tidak boleh dipercayai? Berlagak suci? Hanya nampak kroni dan dirinya sahaja yang hebat? Terlalu banyak kalau hendak disenaraikan.
Kepada mereka yang meletakkan blog saya ini sebagai salah satu link di blog mereka, saya mohon maaf atas segala cacat teknikal akibat kurang tahunya saya mengenai penyelesaian. Walau tidak dapat saya paparkan kembali di senarai Mereka Membaca, saya tetap menyimpan maklumat mengenai blog mereka di dalam bentuk bertulis.
Kepada pembaca blog TANAH - AIR - API - ANGIN saya ini pula, saya fikir sudah waktunya jika mahu, kalian menyalin kandungan blog saya ini sebagai bahan rujukan. Kerana mungkin dalam waktu terdekat saya akan memadamkan semua kandungan yang ada di dalam blog ini dan membuka atau memulai sebuah blog lain yang lebih baru dan lain, yang rasa saya akan lebih tidak berselindung dan lebih kurang ajar dari kebiasaan diri saya sebelum ini.
Apa pun, saya tidak pernah berasa kecewa dengan apa yang terjadi. Dan tentu sahaja, kerana tidak menganggap kalian pengganggu dan pembuli sebagai manusia penting dan bermaruah, saya tidak akan kembali memaki-maki siapa sahaja yang pernah menyusahkan saya dan blog ini.
Walau apa pun yang berlaku dan gangguan, saya akan tetap dan terus menulis.
Februari 13, 2010

Sabtu, Februari 06, 2010
Sajak MARSLI N.O
KEPADA INGATAN
TIDAK ingin aku bermusuh denganmu
walau berkali kau datangkan marah
dan dendam yang meredam
mengajak aku kembali menjadi keliru
digoda cemburu yang menderu.
Kerana aku hanya ingin menjadi diriku
marah sekadar tatkala perlu
di luar cemburu atau hasad yang kelabu
walau bertalu diriku
dilempari kaca dan paku.
Aku akan tetap juga di situ
dengan tekad dan yakin yang padu
menuju hasrat dan kiblat yang satu.
Kuantan, Januari 4, 2010
Sumber siaran: Berita Harian, Sabtu, 30 Januari 2010

Jumaat, Februari 05, 2010
KISAH BABI DAN YANG LAIN-LAIN
WALAU tidak saya sebutkan secara lantang dan terbuka, namun jauh di dalam hati saya berasa sangat marah dan sebal bila kepala babi dilempar menjadi bahan senda dan mainan oleh mereka, yang tentulah tidak berhati perut serta tidak mahu mempergunakan otak serta akal miliknya.
Seperti juga perbuatan memperkosa rumah ibadat milik orang lain, walau oleh siapa pun mereka, saya tidak pernah mahu bersekongkol mengatakan bahawa itu perbuatan yang terpuji dan boleh mencapai ke tahap gelaran jihad.
Perbuatan yang salah, tidak bertamadun serta mengenepikan sama sekali hakikat kemanusiaannya, bagi saya bukanlah perbuatan yang terpuji, walau diperbuat atas nama sentimen maruah dan agama, tetaplah sesuatu perbuatan yang salah dan tidak wajar sama sekali didokong.
Setelah lebih 50 tahun merdeka dan saling hidup membahu di sebuah negara bernama Malaysia ini, saya sungguh tidak dapat menerima dan percaya kalau masih ada manusia di kalangan kita, walau apa pun agama, bangsa dan keturunannya yang berasa betapa untuk menjadi hero kaumnya maka dia perlu berbuat sesuatu yang sama sekali di luar hakikat kemanusiaan terhadap pihak yang lain.
Saya tidak fikir dengan membakar gereja, melempar najis atau kepala babi ke masjid atau surau maka mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu sudah benar-benar menjadi hero.
Tetapi betapa pun begitu, rasa marah dan sebal saya terhadap siapa pun mereka yang telah dan sudah melakukan perbuatan terkutuk ini, tidaklah pula sampai mendorong untuk saya sama membalas kembali dengan tindakan lain juga tidak kurang bodohnya.
Katakanlah sebagai penyair atau sebagai pengarang, saya berasa tidak ada gunanya saya menulis sebuah sajak atau sebuah cerpen yang akan mengutuk dan kembali mengeji mengenainya.
Bagi saya, dengan berbuat begitu, saya sebenarnya secara tidak langsung menganggap mereka dan perbuatan mereka sebagai penting dan ini juga secara tidak langsung telah menobatkan mereka sebagai wira.
Saya sebenarnya lebih melihat persoalan "babi" ini puncanya bukanlah kerana sifat-sifat kebabian itu sendiri. Sebaliknya, punca bagi masalah ini sebenarnya sudah bermula jauh di peringkat akar umbinya lagi.
Ketika ini jugalah saya lebih menjurus untuk mengatakan betapa yang menjadi biang keladi bagi permasalahan ini, bukan di kalangan manusia setaraf saya yang bergelar jelata ini. Sebaliknya, mereka yang bergelar politikuslah sebenarnya yang patut memikul beban kesalahan ini.
Saya mungkin salah dengan premis ini. Tetapi walau apa pun, saya peribadi tetap mengatakan betapa kerana kepentingan politik kepartian dan perkauman yang sempit dari kalangan jaguh politikus yang juga berfikiran sempit, maka kita sesama jelata telah menanggung akibah serta kesannya.
Kerana para politikus inilah maka kita sesama jelata jadi saling meragui, renggang dan semakin menuju ke arah chauvanisme yang sangat berbahaya.
Malah kadang-kala, ketika di bibir mereka terucap kata manis dan mesra atas nama persatuan dan perpaduan, pada waktu sama, semangat perkauman disemarak terus dengan pelbagai cara dan helah licik untuk mengaburi mata jelata.
Saya peribadi tetap percaya betapa punca dan akar umbi permasalahan sesama kita ini tidak lain kerana tindak dan tanduk para politikus sebeginilah.
Kita sesama jelata, sebenarnya, tidak digalak agak terus bersama dan seiring, tetapi sebaliknya dihasut secara tidak langsung agar terus membiakkan rasa ingin saling mengatasi yang tidak sihat.
Bayangkan misalnya, sesudah lebih 50 tahun merdeka, kita masih lagi bertengkar mengenai sebuah sekolah yang boleh dikongsi bersama, kita masih lagi bertelagah mengenai bahasa pengantar sebagai alat penyatu bangsa dan negara, atau kalau tidak pun, ada pula yang tidak semena-mena meminta sesuatu yang memang pun bukan haknya.
Saya tidak ingin dan malah tidak setuju jika saya dituduh sebagai racist atau terlalu perkauman, semata-mata bila saya berkata bahawa saya punya hak dan akan terus mempertahankannya sampai bila-bila.
Tetapi pengalaman masa lalu sudah cukup mengajar. Mereka yang mengapi-api dan tanpa segan silu menjadikan isu bukanlah mereka yang bergelar jelata seperti saya dan kawan-kawan saya yang lain, yang memang sejak kecil saya kenal dan menjadi kawan.
Saya tidak tahu sampai bila sebagai jelata, saya akan terus dimomokkan dengan pelbagai isu, yang sebahagiannya disalut dengan jargon maruah dan kelangsungan bangsa.
Saya tidak tahu dan pasti apakah mereka yang bergelar politikus itu tidak pandai befikir atau memang tidak sedarkan ini.
Kerana jika benar mereka yang bergelar politikus itu tidak tahu dan sekaligus juga tidak pandai berfikir, tentulah yang wajar menanggung dosa dan kekhilafan itu mestilah kita.
Kerana kitalah yang telah memilih dan menobatkan mereka sebagai pemimpin!
Februari 5, 2010

Selasa, Februari 02, 2010
MENCATAT SUNYI
SUDAH seminggu berfikir. Terkial sendiri di kamar sunyi. Berfikir dan terus berfikir. Mencari kata sesuai untuk memulai sebuah mahakarya terbaru.
Tetapi nihil. Yang sedang merongrong adalah rasa sunyi. Yang sedang berlegar memenuhi ruang kamar juga adalah sunyi. Sunyi mengongsi seluruh ruang di kamar sendiri.
Walau di luar riuh menderu. Peristiwa dan kejadian bertumpang tindih. Namun kata yang terasa sesuai tetap belum menjelma. Kecuali hanyalah sunyi.
Ah, inilah beban menjadi pencatat yang ingin menuliskan demi sebuah mahakarya. Yang ada hanyalah sunyi. Dan kata itu masih belum juga menjengah di fikiran. Kecuali sunyi.
Gelisah pun kian memenuhi jiwa. Seperti udara yang kian memenuhi ruang kosong . Jiwaku seolah sebuah belon yang kosong kini dan terasa semakin membelon dipenuhi sunyi. Semakin lama semakin membelon.
Sunyi itu kini memenuhi seluruh ruang di dalam jiwaku. Sehingga akhirnya mengapungkan tubuhku yang masih bolak-balik berfikir dan terkial sendiri mencari kata yang sesuai untuk memulai sebuah maha karya.
Kata, di mana kini kau bersembunyi? Di mana? Sendiri tanpa suara aku mendesis.
Seketika, pandanganku menjadi gelap. Aku bagai terlontar ke suatu ruang ghaib yang lain untuk seketika.
Ketika kembali perlahan kubukakan mata, tertayang di depan pandangku sebuah layar putih. Di situ kulihat wajahku yang sedang sendiri di depan sebuah layar yang juga berwarna putih.
Kini sudah kutahu kenapa aku di situ. Kini sudah kutahu. Dan di layar putih itu, kupilih mengisinya dengan kata yang juga bernama sunyi. Sunyi. Sunyi. Sunyi. Begitu aku mencatat dan mengisi setiap ruang kosong di layar putih itu.
Kini sepenuhnya aku tahu dan sedar. Sahabatku yang sejati tidak lain adalah sunyi. Kerana aku lahir dan akan mati juga sendiri.
Februari 1, 2010

Langgan:
Catatan (Atom)