Sabtu, Januari 29, 2011

MEMANG POKEMAK DIA


NANGIS? Buat apa? Memang kelakarlah. Lepas nangis, nangis lagi. Nangis lagi. Nangis lagi. Sudahnya apa? Satu apa pun tiada juga.

Segalanya sudah jelas dan nyata sejak  dulu. Tetapi apalah punya bodoh. Buat tidak tahu dan tidak faham juga.

Sekarang bagaimana? Masih tidak tahu dan faham juga? Atau pura-pura buat  tidak nampak.  

Itulah. Memang dasar pokemak dia. Dan kita pun marilah  kembali melakonkan sandiwara berikutnya. Gaduh, gaduh, gaduh. Kutuk, kutuk, kutuk. Benci, benci, benci. Sesama sendiri pantang tersentuh sedikit, marah dan melentingnya bukan main. Tapi kalau bukan sesama sendiri? Woi, angkat dan pujinya bukan main melangit.

Sekarang apa sudahnya? Tidak perlu lagi sudah terang dan hendak pula bersuluh-suluh. Mula datang dahulu, kaulah yang bela dan pelihara dia. Sekarang dia jugalah yang kencing atas kepala kau.


Itulah. Kalau sekarang pun masih buta dan tidak tahu, itu kau punya suka hatilah.

Memang pokemak dia.

Januari 28, 2011


6 ulasan:

NASSURY IBRAHIM berkata...

Penulis besar tak boleh marah-marah

MARSLI N.O berkata...

Patutla orang boleh suka hati buat dan kencing atas kepala kita kan? Termasuk juga bab mengutuk benda yang tiada? Baru saya tahu begitu kisahnya.

Pet Shop Boys berkata...

Asyik nak mencarut je....cubalah bawak mengucap sikit.

ZABRI ZAINOL ABIDIN berkata...

Salam tuan..mencelah..apasal guna pokemak...geng ni bukan sahaja kencing atas kepala tapi dah berak pun...kalau buka sejarah...tak nak belajar tu yang payah tu...

MARSLI N.O berkata...

Pet: Betul dan benar sungguh cakap awak. Ketika orang lain kencing atas kepala bapa kita, kita jangan cakap dan lakukan apa-apa.Bawalah mengucap banyak-banyak dan teruslah jadi barua atau penjilat sahaja.

MARSLI N.O berkata...

Salam kembali Sdr Anjungsena: Cuba cari di kamus makna kata. Dan kita masih asyik berteagah sesama sendiri.