Rabu, April 18, 2007

MARSLI N.O BACA PUISI DI PWTC 30 APRIL 2007 JAM 11 PAGI (1)

Cik Rohana dari DBP telah menghubungi. Sempena Pesta Buku Antara Bangsa Kuala Lumpur 2007 ini katanya ada pelancaran cakera padat Koleksi Puisi Bermontaj terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Selain sejumlah sajak penyair tersohor tanah air yang lain, di dalam cakera padat itu turut memuatkan dua sajak Marsli N.O. Sajak tersebut ialah "Kesebokan Sejarah" dan "Untukmu, Aduhai Negeriku".
Cik Rohana memaklumkan, acara pelancaran rasminya akan dilangsungkan pada 30 April 2007 mulai jam 11.00 pagi bertempat di ruang legar Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.
Selain ucapan perasmian serta pelancaran, beberapa penyair akan membacakan sajaknya. Marsli N.O juga akan membacakan sajaknya "Untukmu, Aduhai Negeriku".
Orang ramai, sasterawan, pengarang, penyair dan pengunjung blog ini dijemput sama memeriahkan acara.

Jumaat, April 06, 2007

MEMOAR ATAU AUTOBIOGRAFI: MENYUCI TOHMAH, MENGUBAT LUKA DIRI

...... Setelah belasan tahun kupilih hanya diam. Meski ribuan tohmah melanda dan melukakan diri. Kini kupilih untuk mulai berkata-kata. Walau kutahu, banyak yang tidak akan lagi tenteram hati dan kalbunya. Namun daku sudah tidak peduli. Sebanyak dan sedikit, segala luka diri akan kuubati dengan segala cerita. Namun tidak sepenuhnya, nama dan peristiwa hanyalah latar. Latar sebuah cerita namun tidak semestinya serupa. Juga tiada akan kusebutkan nama, kerana nama pun hanyalah sekadar watak. Yang mungkin real, atau hanya fiktif. Sungguh. Aku sudah bosan menjadi diam dan biarkan mereka berkata seenak bahasa. Aku hanya ingin dan akan bercerita. Menurut caraku sendiri......