Jumaat, Julai 11, 2014

Selasa, Julai 08, 2014

TAK INGIN

SAYA tidak akan menegor, apa lagi melarang segala kehendak dan perbuatan galak kerana kagummu yang terlalu berlebihan itu. 

Begitulah memang selalunya. Bila ingin dilihat sebagai berlainan, lebih cerdik dan ke depan, kita biasanya cuba mencari sesuatu yang di luar, yang kita kirakan tidak berada di dalam lingkungan sendiri. Lalu berbanggalah kita kerananya dan berasa  sudah terlalu  ke depan.

Kekaguman itu tidak salah. Apa lagi kalau titik tolaknya hasrat untuk belajar sesuatu darinya. Yang menjadi salah adalah kerana kita menjadi terlalu taksub dan membutakan sepenuhnya mata pertimbangan untuk melihat kewajaran dan kembali membuat perbandingan demi perbandingan demi mencari dan menemukan kekuatan dari lingkungan sendiri pula.

Kelihatannya, lantaran rasa rendah diri yang terlalu tebal dan keghairahan yang terlalu melulu,  kita menjadi si buta yang keliru, berasakan bahawa kekuatan itu hanya berada di luar dan bukan di dalam diri milik kita sendiri.

Di pihak mereka, tentu sahaja kau akan amat disenangi kerana telah menjadi penurut dan pengagum buta yang bodoh. 

Teruslah menjadi pengagum dan pemuja. Malah kalau perlu, jilatlah pantat dan telanlah segala ludah serta muntah yang mereka luahkan. Agar dengan begitu menjadi kelompok yang sangat disenang serta disayangi.

Jangan salahkan aku kerana selepas ini  tidak ingin dan tidak sudi lagi untuk menoleh.

Pergi mamposlah kalian. 

Julai 8, 2014