Khamis, Jun 05, 2014

NEGERI BIAWAK

sajak MARSLI N.O

Para penghuninya adalah biawak.

.......

Gemar memakan bangkai.

Pemimpinnya juga adalah biawak.

Jun 1, 2014

Ahad, Jun 01, 2014

DRASTIK


SESUATU memang perlu dilaksanakan segera. Bila di dalam jiwa terasa semakin gersang dan pura-pura. Mungkin kembali menjadi pengembara yang dalam erti kata sebenar untuk kembali menghayati sedalam yang mungkin denyut nadi masyarakat dan segala isi kehidupan dunia. Membuang segala rasa sombong di dalam diri, berpakaian kumuh dan tidur di mana sempat, berkongsi dunia dengan para gelandangan.

Sesuatu memang perlu segera dilaksanakan. Sebelum jiwa dan perasaanku semakin menjadi beku dan kaku ditutupi ego kebebalan diri.

Perlu segera kubuang karat dan daki di dalam jiwa ini: Perasaan terlalu hebat dan sudah sempurna ini!

Jun 1, 20104