Memaparkan catatan dengan label 2015: Reaksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015: Reaksi. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 20, 2015

STATUS MENJELANG SUBUH NOMOR SEKIAN


Status # i
maaf kawan.. aku kena ambil tindakan drastik ini.... kpd yg bertanya di bawah adalah kenyataanku... harap dengan kau aku dapat terus berkawan. pening terlalu banyak baca status politik tu. Kepada yang bertanya.... inilah kenyataanku
Ogos 20, 2015

Status #iii
terjaga pagi ini, menantikan subuh yang akan menjelang, aku terfikirkan. berapa ribu pun kawan fb yang kupunyai, akhirnya bila kumati, semua tak kubawa bersama ke alam kubur, atau akan menyelamatkan aku daripada seksa kubur. kerana itu, aku sedang menimbang-nimbang untuk kian mengecilkan fren fb. atau mungkin biarlah hanya aku sendiri di sini. berbicara dengan angin. aku sedang menimbang-nimbangnya. atau lebih baik kawan-kawan sendiri yang memutuskan dan melupuskan aku dari talian ini.
Ogos 20, 2015

Status #iii
cukup-cukuplah. saya memutuskan untuk tak ingin membaca lagi apa-apa status politik, sama ada yang ditulis anda atau apa yang ditagkan ke anda. jika ada, saya memtuskan untuk tidak lagi berfren dengan anda di sini. maafkan saya. saya ingin bersunyi secara penuh.
Ogos 20, 2015

Sabtu, Ogos 15, 2015

BEBERAPA CATATAN MENJELANG 5 SEPTEMBER 2015


BAHAGIA
TERUSKAN menjadi dirimu sendiri dan lupakan orang lain. Tidak perlu buang waktu membaca buku atau tulisan yang ditulis oleh penulis bodoh yang bongkak dan sombong.

KRITIK
JANGAN fikir apa yang sudah kau tulis atau apa yang mereka sudah dan akan tulis. Biarkan mereka yang selalu berasa dirinya hebat dan cerdik itu menipu dirinya sendiri.

RESENSI
SEPERTI selalu. Mereka akhirnya pun saling mengangkat dan memuji. Memakai topeng akademik dan berhujah konon dengan bukti fakta. Mereka sebenarnya pendusta yang menjilat kotoran mereka sendiri.

DEKLAMATOR
TIDAK perlu puisi yang bagus dan bermutu. Cukup hanya tempikan yang lantang. Lelakinya membukakan bodoh dirinya di pentas. Perempuannya membukakan kemaluannya dan rela menjadi perempuan simpanan seorang lelaki tua yang bodoh. Mereka berkongsi pentas dengan penyair yang sombong. Ketika penyair yang tulus memilih diam dan berpuisi hanya dengan dirinya sendiri.

INDIE
KEPALA butoh kau! Persoalannya menulis atau tidak. Bukan istilah dan gelaran.

SIBER
PUKIMAK kau! Bukan itu yang menentukan karya kau bagus atau tidak. Kalau sampah, tetaplah sampah. Walau penerbitnya dari angkasa nun jauh. 

Ogos 15, 2015
 

Sabtu, Julai 04, 2015

KEPADA KAU

KEPADA kau yang berlagak serba pandai dan tahu serta beranggapan orang lain semuanya bodoh dalam dunia ini, serta kau rasa boleh semuanya kau kaburi dengan lakon sandiwara intelek sasteramu itu, senang saja aku nak cakap kepada kau: kepala butuh kau!

Julai 4, 2015


Rabu, Jun 24, 2015

SILAKAN BERLALU

SEMAKIN berusia tua dan lama di dunia sastera serta seni ini, semakin saya menjadi tak dapat sepenuhnya mempercayai sepenuh hati manusia yang mengaku dirinya sasterawan dan seniman.

Jangan tanyakan saya kenapa dan mengapa. Kalian yang terlibat, atau yang mengaku dan berasa dirinya seorang sasterawan dan seniman, carikanlah jawabannya sendiri. 

Yang jelas, jika sepuluh atau dua puluh tahun dulu saya mungkin tetap boleh bersabar dan memilih sikap diam bila berhadapan dengan tingkah-tingkah hipokrit, lancung dan bongkak mereka yang memanggul atau mengaku sebagai sasterawan dan seniman. 

Tetapi hari ini, setelah semakin berusia tua dan lama berada di dunia sastera serta seni ini, saya hanya akan katakan ini kepada kalangan mereka yang ini: silakan berlalu!

Ya. Silakan berlalu kalian yang berasa dirinya lebih mulia dan suci, lebih pandai dan tahu, yang berasa dirinya berada di kelas tertinggi kerana kegemarannya melahap karya negeri antah berantah, yang berasa karya orang lain hanyalah tahi kucing ketimbang karyanya sendiri, yang akan memuji melangit tinggi jika karya itu ditulis oleh para sahabat dan kroninya sendiri, yang bertopengkan atas nama seni dan sastera mencari keuntungan dalam bentuk mata benda atau sanggup menjadi penjilat serta pembodek dan pemfitnah memburukkan orang lain semata-mata demi pangkat dan kedudukan atau sesuatu, silakan berlalu.

Silakan kalian berlalu. Kerana aku sudah lama berjalan sendiri dengan pilihan hidupku!

Jun 24, 2015
Ramadhan 8, 1436

@MARSLI NO kini adalah penulis lepas dan sepenuh masa yang sering berpergian ke mana-mana secara bersendirian, demi untuk merangsangkan daya kreatif dan kreativitinya. Beliau bisa dihubungi lewat email marslino@yahoo.com

Rabu, Mei 20, 2015

PEMINAT

SESUDAH kurang lebih 36 tahun saya memilih dunia tulis menulis ini sebagai dunia pergulatan jiwa dan fikiran saya, baru hari ini, di dinding status FB saya, saya diperingatkan oleh seseorang mengenai kehadiran peminat dan peringatan ini disertakan juga dengan amaran lembut mengenai kemungkinan peminat akan akan lari meninggalkan saya.

Sebelum ini, walau saya pernah beberapa kali membaca pendapat yang dituliskan orang, yang antara lain mengatakan betapa agar sebuah buku seorang penulis itu laku keras, dia mestilah mempunyai peminat. Namun pendapat itu tidak pernah ingin saya jadikan perhatian serta fikiran.

Sebab dan puncanya mudah sahaja. Saya menulis kerana ingin menyatakan sesuatu kepada pembaca. Jadi jika menyukainya, sukailah karya saya dan bukan diri saya selaku penulisnya. Demikianlah jika tidak menyukainya. Tolaklah ia kerana karya itu memang tidak bagus dan bukan kerana yang menulis itu adalah diri saya.

Tanpa niat menghina atau memandang rendah, saya fikir yang memerlukan peminat hanyalah artis penyanyi atau pelakon filem. Supaya dengan ramainya peminat mereka, akan banyaklah karya nyanyian  atau filem lakonannya dibeli dan ditonton.  

Tetapi saya seorang penulis biasa, yang ingin agar hanya karyanya sahaja yang disukai serta dibeli oleh pembaca. Terus terang, tanpa niat dan maksud hendak berlagak, saya tidak ingin disukai dan diminati seperti mana penyanyi dan pelakon filem diminati. Jika ingin disukai, sukailah karya saya. Jingin ingin menolaknya, juga yang ditolak itu adalah karya dan bukan diri saya secara peribadi.

Saya tidak menghalang jika masih ada juga pembaca yang ingin meminati saya. Tetapi rasa minat mereka itu biarlah seadanya dan dimanifestasikan dengan membeli karya hasil tulis saya.

Saya tidak mahu diburu dan dikejar-kejar sebagaimana penyanyi dan pelakon filem.

Saya hanya ingin menjadi saya. Hanya itu.

Mei 20, 2015


Selasa, Mei 19, 2015

BAYANG BERINGIN


DUA kali buku sajak ini dihadiahkan kepada saya. Pertama pada tanggal 29 April 2013 dan keduanya pada 23 Jun 2013. Walau saya memaklumkan sebelumnya sudah menerima hadiahnya. 

Tulislah kata-kata hikmat untukku, begitulah selalu saya mencandai teman yang sudi atau mahu menghadiahi buku. Tetapi tidak dengan dia. Kami saling belajar mengerti, walau dalam diam, dengan cara kami sendiri. Kerana itu saya tak berkata apa-apa ketika melihat dia menulis sesuatu di buku sajaknya ini.


Selepas dia pulang, catatan di kedua halaman awal buku sajaknya ini terasa sekali di sanubari saya. Dan ingatan saya berbaur: sulit untuk saya katakan. yang pasti saya menyatakan sedih dan air mata hanya ketika malam sudah terlalu larut. dan secara diam-diam. 
 
Kerana dengannya, hanya yang baik yang ingin dan selalu saya kenang.


Alfatihah. Amin

Isnin, April 06, 2015

SEMENTARA

SAYA berasa saya tiada apa-apa masalah dengan sesiapa. Dan kalau ada sekalipun, saya tidak ingin begitu mengacuh serta memikirkannya terlalu lama. Sebabnya, saya datang dan berada di sini bukan untuk hanya menyebokkan diri dengan masalah atau berfikir dan bersedih mengenai segala sesuatu yang diperbuat atau apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadap diri saya. Bukan. 

Ini sebenarnya hanyalah lebih kepada soal pilihan. Pilihan yang sudah lama saya ingin laksanakan secara bersungguh-sungguh.  Tetapi kerana saya selalu berfikir dan risaukan ada pihak yang akan salah anggap, maka ianya selalu jadi tertangguh.

Tetapi kini tidak lagi. Kini saya sudah melaksanakannya  secara sungguh-sungguh. Saya tidak ingin lagi  memikirkan  soal apa nanti anggapan atau pandangan orang lain terhadap saya.

Cukuplah saya katakan bahawa saya ingin bersendiri dan menyendiri. Cukuplah. Selebihnya, biarlah menjadi urusan saya dengan diri saya sendiri.  

April 5,2015

Sabtu, April 04, 2015

SENDIRI

ALANGKAH sia-sianya hidup andai dihabiskan hanya untuk berasa iri dan menyimpan hasad tatkala melihat keberhasilan serta kejayaan orang lain.  Kerana itulah saya sentiasa mengajak diri kembali ke kamar sendirinya dan bekerja diam-diam.

Demikian juga andai saya menghabiskan seluruh waktu dan usia milik saya dengan hanya berfikir dan menjadi gelisah lantaran segala perbuatan orang.

Alangkah bebal dan bodohnya menjadi manusia yang demikian, jika hidup hanya dihabiskan untuk berkeluh kesah. Sedangkan nanti pagi akan kembali terbit matahari. Dan selepas lama kemarau pastilah akan datang juga hujan!

Malah berlebihan bodoh dan bebal lagi, andai saya sebagai manusia, menjadikan sesamanya berhala untuk disembah, semata-mata demi sesuap rezeki atau peluang, sedangkan di atas segalanya adalah Tuhan yang maha berkuasa ke atas para hamba-Nya.

April 3, 2015

Rabu, April 01, 2015

MENYENDIRI

 SAYA sedar dan memang tahu ketika sejak mula memilihnya.

Inilah jalan dan lorongnya buat kehidupan saya sebagai seorang manusia. Dan semakin lama berjalan dan meneruskan hayatnya di sini, semakin saya akuri betapa segalanya tidak selama indah dan mudah di jalan ini.

Namun inilah sudah yang menjadi pilihan kehidupan saya. Saya tahu memang, tidak semua orang dapat menerima dan mudah memahami tindak dan pilihan saya ketika sedang secara penuh mengalami proses penghayatan untuk suatu pengkaryaan.

Kerananya, saya selalu menjadi mangsa salah anggap dan ditohmah pelbagai: sombong, berlagak atau lebih sudu daripada kuah. Dan mendepani semua demikian, hanya sabar dan istigfar sahajalah yang menjadi penghalang agar tidak bertindak bodoh atau kembali memberikan tindak balas keterlaluan.

Perit dan memang menyakitkan menahan serta menyimpan semua itu di dalam perasaan. Tetapi akhirnya, saya semakin menjadi sedar dan tahu. Kenapa saya mesti menjadi sedih dan meminta segala pengertian daripada  orang lain, sedangkan sejak mula memang ini pilih dan jalan hidup saya?

Akhirnya inilah pilihan saya. Daripada saya sentiasa dituduh menyakitkan hati dan perasaan orang lain, kerana kata-kata atau tulisan saya, yang pada awalnya saya niatkan hanya untuk menyatakan apa yang saya fikir dan rasai secara berterus terang, tanpa niat untuk menunjukkan saya lebih baik dan hebat berbanding orang lain, kini biarlah saya memilih untuk menjadi penyendiri secara penuh.

Hari ini dan kini, anggap atau prasangkailah apa saja. Saya begitu atau saya begini, silakanlah. Hari ini dan kini, saya sudah terlalu bosan dan letih untuk menjawab dan kembali memperjelaskan segala tohmah dan salah anggap. Hari ini dan kini, saya memilih untuk bersikap tidak peduli.

Kerana, hari ini dan kini, saya hanya ingin mengisi usia saya yang tidak banyak berbaki lagi ini, dengan sesuatu yang lebih bermakna serta bererti untuk diri saya sendiri.

Kerana, saya sedar dan tahu, betapa selama ini saya sudah terlalu banyak membuang waktu menjadi gelisah, gundah dan marah semata-mata memikirkan segala tohmah, hina dan gunjing yang dilontarkan orang.

Selamat tinggal segala keriuhan dan kepongahanmu, dunia sementara!

April 1, 2015

@MARSLI NO kini adalah penulis lepas dan sepenuh masa yang sering berpergian ke mana-mana secara bersendirian, demi untuk merangsangkan daya kreatif dan kreativitinya. Beliau bisa dihubungi lewat email marslino@yahoo.com

Isnin, Mac 30, 2015

SETELAH

BERSENDIRI kelmaren saya bergegas ke ibu kota untuk suatu atau dua tujuan. Begitu turun daripada bas saya segera melompat ke kenderaan lain untuk segera sampai ke destinasi yang diingini dan bertemu oknum yang saya perlu berurusan dengannya segera.

Saya pergi sendiri. Diam-diam dan tak menghubungi atau mengajak bertemu mana-mana kawan atau teman lain yang saya kenal di sana. Kecuali hanya mereka yang memang saya ada urusan, yang mendorong saya bergerak ke sana itu sahaja.

Saya kini benar-benar menikmati rasa bersendirian ini. Menikmati rasa sunyinya dengan lebih dalam dan panjang. Menikmati sepenuhnya kenikmatan bersendirian ini, bergerak dan hadir ke mana-mana tanpa perlu mengganggu orang lain, memintanya menunggu, mengajak bertemu atau membelanja saya makan.

Kini juga, semakin lama dan jauh menjadi manusia penyendiri, saya semakin faham makna persahabatan dan perkenalan dengan teman-teman. Dan saya tak ingin mengatakan bahawa yang bersalah adalah mereka, ketika saya dengan sengaja memilih diam kerana semakin berasa malu bila menyedari betapa selama ini hanya saya sahaja yang asyik menelefon dan bertanyakan khabar teman-teman, sedangkan teman-teman, walau apa pun alasan dan sebabnya terlalu payah dan jarang untuk menghubungi bertanyakan khbar kepada saya.

Sekali lagi, saya tak mahu menyalahkan orang lain. Sebagai seorang manusia yang tidak punya apa-apa kuasa, kelebihan dan kepandaian yang hebat seperti orang lain, memang selayaknya jika saya disisih dan tak begitu diperlukan oleh kawan-kawan. Atau andai misalnya jika beberapa mereka kebetulan singgah di daerah saya ini, pun mereka tak berasa perlu untuk mengajak saya bertemu dan sekejap berbual, seperti yang dahulu selalu saya lakukan andai singgah ke daerah atau di bandar di mana saya tahu ada teman dan sahabat saya di sana.

Sudah sepatutnya sebagai seorang manusia yang usianya sudah menghampiri 60 tahun saya insaf dan menyedari, betapa selama ini perbuatan dan tindakan saya yang ingin terlalu bermesra serta berakrab dengan kawan-kawan itu, sebenarnya telah menyusahkan serta menimbulkan rasa tidak selesa kepada mereka.

Bayangkan, jika di suatu pagi minggu, saya tiba-tiba muncul di suatu bandar dan menelefon mengajak bertemu seorang teman di situ, tentu sahaja saya telah sangat menyusahkan mereka, kerana dia sebenarnya sudah punya agenda lain bersama keluarganya pada hari tersebut.

Kini saya tak ingin mengganggu dan menyusahkan orang lain lagi. Kerana semakin menyedari betapa semakin dekat hari pergi saya itu, kini biarlah saya memilih menjadi penyendiri yang penuh dan ingin mengisi baki hari dan usia yang saya miliki ini untuk memperbetulkan segala jalan hidup saya yang pernah bengkok dan buram.

Semoga Allah SWT memberikan saya kekuatan hati, tekad dan iman untuk tetap bertahan agar tidak mengulangi kembali segala kesilapan, kebodohan dan segala dosa, yang pernah saya perbuat di masa lampau! 

Mac 30, 2015


@MARSLI NO kini adalah penulis lepas dan sepenuh masa yang sering berpergian ke mana-mana secara bersendirian, demi untuk merangsangkan daya kreatif dan kreativitinya. Beliau bisa dihubungi lewat email marslino@yahoo.com