Isnin, April 06, 2015
SEMENTARA
SAYA berasa saya tiada apa-apa masalah dengan sesiapa. Dan kalau ada sekalipun, saya tidak ingin begitu mengacuh serta memikirkannya terlalu lama. Sebabnya, saya datang dan berada di sini bukan untuk hanya menyebokkan diri dengan masalah atau berfikir dan bersedih mengenai segala sesuatu yang diperbuat atau apa yang diperkatakan oleh orang lain terhadap diri saya. Bukan.
Ini sebenarnya hanyalah lebih kepada soal pilihan. Pilihan yang sudah lama saya ingin laksanakan secara bersungguh-sungguh. Tetapi kerana saya selalu berfikir dan risaukan ada pihak yang akan salah anggap, maka ianya selalu jadi tertangguh.
Tetapi kini tidak lagi. Kini saya sudah melaksanakannya secara sungguh-sungguh. Saya tidak ingin lagi memikirkan soal apa nanti anggapan atau pandangan orang lain terhadap saya.
Cukuplah saya katakan bahawa saya ingin bersendiri dan menyendiri. Cukuplah. Selebihnya, biarlah menjadi urusan saya dengan diri saya sendiri.
April 5,2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan