Jumaat, Disember 11, 2015

TERIMA KASIH, MERDEKA

HARI ini, saya menerima 10 naskhah buku kumpulan puisi terbaru saya TERIMA KASIH, MERDEKA dari penerbitnya ITBM. 

Kumpulan memuatkan 40 puisi hasil cipta saya ini memang sepenuhnya bertemakan "patriotisme" yang saya beri dan tafsirkan secara lebih luas dan terbuka, dengan merangkumi pelbagai persoalan yang melibatkan maruah, harga diri, survival dan masa depan negara tercinta saya, Malaysia, dan bangsa saya, Melayu.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan rasa terima kasih dan berhutang budi saya yang setingginya kepada semua pihak yang terlibat di ITBM, yang banyak membantu dan memastikan kumpulan puisi saya ini diterbitkan dalam keadaan dan bentuk yang sangat cantik dan sempurna. 

Semua ucapan dan rasa penghargaan ini juga ingin saya berikan secara khusus kepada insan yang bersusah payah menangani naskhah saya ini sejak dari awal dan sehingga telah berjaya diterbitkan dalam bentuk sebuah buku yang cantik, indah dan menawan.

Insan yang saya dimaksudkan itu adalah tuan Enche Abdullah

-MARSLI N.O
Disember 7, 2015