Memaparkan catatan dengan label Sajak 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak 2012. Papar semua catatan

Isnin, September 17, 2012

MERAWAT SUNYI

Sajak MARSLI N.O
(fragmen)

menetes darah gelisah ini
dari luka sunyiku
ketika sendiri
mengenangmu
kekasih
yang ingin selalu kucumbu
walau sehabis nafsu

sambil merawat  ini sunyi
dengan sujudku

.....................

Lipis Plaza,
September 17, 2012

Ahad, Ogos 19, 2012

TERIMA KASIH, TUHAN

Sajak MARSLI N.O

TERIMA kasih, Tuhan
kerana terlalu sedikit
aku memberi
tetapi terlalu luas
engkau membalas

Terima kasih, Tuhan
kerana terlalu
aku leka
oleh sebok dunia
tetapi tetap 
tidak engkau melupakan
aku yang hamba

Syawal 1

Selasa, Januari 24, 2012

ANJING


Kau menyalak
dan menggigit
hanya kerana ganjar
dan upah

Januari 24, 2012

Ahad, Januari 22, 2012

KASIHAN


Marahku beralih 
menjadi kasihan
mengenang matimu nanti
dengan wajah anjing
walau zahir jasadmu
masih jasad manusia

Januari 22, 2012

Rabu, Januari 18, 2012

SYAITAN


KENAPA salahkan yang di luar, kalau di dalam sudah lama bercokol. 

Januari 18, 2012
 

Ahad, Januari 08, 2012

DI MALAM TAHUN BARU

Sajak MARSLI N.O

Aku hanya ingin menjadi diriku
menyambutmu sekadar perlu
dengan sajak-sajakku

Kerana kau tentu lebih tahu
apa niat di dalam hatiku
kenapa tidak berteriak 
dan sama menyalak

Maafkan aku
kerana tidak ingin meminjam wajah anjing
atau sama menjadi anjing.

Telok Cempedak, Kuantan
Januari 1, 2012