Selasa, Januari 27, 2009

HARAPAN YANG TIDAK PERNAH BERAKHIR


SESUDAH 8 Mac, 2008 sehingga kini, sudah tertunaikah harapan kita selaku rakyat kecil yang tidak pernah ingin meminta segalanya disuapkan ke mulut secara percuma, kecuali perkara-perkara asas seperti: jangan naikkan harga petrol dan tol sesuka hati, kawal kenaikan harga barang keperluan, pastikan bahasa dan agama tidak sewenang dicemar dan paling penting, di bibir seorang yang bergelar pemimpin, apa yang telah dia ucap biarlah sama dengan apa yang dia perbuat.

Dan kepada yang bergelar pemimpin, siapa dan apa pun lambang kepartian kamu, kami rakyat kecil sentiasa menanti bukti segala janji yang pernah kalian ucap. Sekali kami dibohongi, sulit kami memberikan percaya lagi.

Januari 27, 2009

CATATAN MENJELANG SORE 27 JANUARI



1
TERIMA KASIH, TUHAN

TERIMA kasih kerana menghadiahkan aku sahabat yang baik dan karib.

Ketika aku sedang bertafakur dia datang menyapa dengan mesej dan gurau bermakna. Ketika aku sedang diam dia menyampaikan khabar mengenai kematian. Ketika aku hampir melupuskan namanya tiba-tiba di telefonku kembali terpapar namanya kerana ada panggilan.

Terima kasih, Tuhan. Kau lebih tahu dan mengerti segala urusan.

Ketika aku memilih ini menjadi tahun bersunyi dan membaca diri sendiri.

2

MIMPI TERAKHIR

SEMOGA ini memang benar-benar mimpiku yang terakhir.

Di mana-mana aku melihat orang berebut-rebut dan berbondong-bondong menuju ke dataran lapang itu. Semua mereka hanya satu niat dan nawaitu: ingin tampil dan berdiri di depan mikrofon di pentas itu.

Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair.

Begitu dari jauh terdengar berkumandang teriak dan pekikan. Diiringi pula dengan sorak dan sorai yang gegak dan gumpita bunyinya.

Malam ini, sesiapa sahaja yang tampil dan berdiri di depan mikrofon di pentas itu akan bergelar penyair.

Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair.

Begitu teriak dan pekik itu berkumandang lagi. Semakin gamat dan gumpita kedengarannya.

Semuanya berebut-rebut dan berbondong mahu tampil dan berdiri di depan mikrofon di atas pentas itu.

Ahli politik, ahli perniagaan, penyanyi, ratu, doktor, ketua-ketua di jabatan dan mereka yang bergelar dan selama ini tidak pernah secuil pun menunjukkan sayang kepada bahasa dan budayanya, malam ini, walau tidak pernah sehayat hidupnya menulis meski sebaris kata puisi, berebut-rebut dan berbondong mahu menjadi penyair.

Dan malam ini jugalah, beberapa orang yang benar-benar penyair dapat sekejap menggengam upah lumayan kerana menuliskan sejumlah puisi yang di ataskan pelbagai nama para penyair palsu yang tampil malam itu.

Malam inilah, puisi menjadi kuda yang ditunggang oleh mereka yang dalam sekelip mata bergelar penyair, semata-mata kerana nama, pangkat dan kedudukan dirinya. Selepas politik dan ruang lain yang sedia ada, sudah semakin sempit dan terlalu sesak dengan petualang yang lebih licik dan hebat permainan muslihat untuk menjulangkan namanya.

Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair.

Teriak dan pekik itu terus berkumandang. Semakin gamat dan gumpita kedengaran.

Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair. Penyair.

Kuharap ini memang benar-benar mimpiku yang terakhir.

Januari 27, 2009

Jumaat, Januari 23, 2009

KENAPA KAUMARAH SANGAT KEPADA UMNO?

SEORANG kawanku yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dari satu urusan di Kuala Lumpur, singgah di kota kecilku. Aku dia hubunghi lewat telefon dan kami bertemu di sebuah warung di tepi pantai, di sebuah perkampungan nelayan.

Kenapa kaumarah sangat kepada UMNO? Itulah soalan yang ditanyakan oleh kawanku itu sebaik sahaja kami selesai memesan hidangan.

Aku? Aku tidak benci mana-mana parti. Aku hanya menyatakan kurang senang bila ada perkara yang kurasakan tidak adil dan betul. Tidak kiralah parti politik mana sekalipun. PASkah, PKRkah, DAPkah, UMNOkah. Kalau aku rasa tidak betul aku bedal.

Tetapi sekarang ini kau dan kawan-kawan seni kau bukan main lagi marahkan UMNO. Sampaikan hendak saman. Kenapa? Kawanku yang merupakan salah seorang orang kuat parti UMNO di Kuala Terengganu ini melanjutkan tanyanya.

O. Kami marah kerana UMNO yang memerintah kenapa hendak lacurkan bahasa ibunda dan milik warisan bangsanya sendiri. Kami marahlah. Bila kami rayu dan minta pertimbangan agar UMNO batalkan dasar pendidikan yang bodoh dan salah itu, tetapi kami tidak dilayan.

Tetapi kerajaan buat dasar itu kerana mahu melihat anak murid bangsa kita mahir menguasai bahasa Inggeris. Supaya boleh maju dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

Itulah aku kata. Itu dasar yang bodoh. Tongong. Isu sekarang ini apa? Hendak mengajar sains dan matematik atau hendak suruh murid-murid menguasai bahasa Inggeris? Kalau hendak suruh murid-murid mahir dan cepat menguasai bahasa Inggeris, tambahkanlah masa dan waktu belajarnya. Tumpukan perhatian untuk belajar bahasa itu betul-betul. Kalau hendak ajar murid-murid ilmu sains dan matematik, kan boleh diajar dalam bahasa Melayu?

Tetapi kalau diajar dalam bahasa Inggeris, itu jadi serampang dua mata. Boleh cepat kuasai semuanya sekali.

Sekali lagi aku kata itu dasar bodoh dan tongong. Cuba kau fikir sendiri dan beritahu aku mana negeri yang paling maju di dalam dunia ini? German? Jepun? Korea? Perancis? Cuba kauberitahu aku, mereka ajar sains dan matematik dalam bahasa apa? Dalam bahasa Inggeriskah? Tidak. Mereka ajar dalam bahasa ibunda bangsa merekalah. Tetapi mereka lebih maju dari kita juga.

Habis sekarang kau dan kawan-kawan kau hendak suruh pemimpin kita buat apa?

Senang sahaja. Perdana Menteri yang ada sekarang batalkan sahaja dasar bodoh dan tongong itu. Kembali ke dasar yang asal. Kalau itu yang dia laksanakan, aku berani jamin, semua kami akan menyokong dan menobatkan dia sebagai pemimpin yang paling prihatin dalam sejarah moden bangsa Melayu. Malah aku berani juga kata, mereka yang selama ini sudah mulai menjauhkan diri dari UMNO, akan kembali menyayangi UMNO.

Kenapa kaucakap macam itu?

Kautahu sebab apa? Sebabnya, semua orang Melayu sedar UMNO ialah parti orang Melayu. Mereka mengharapkan UMNO membela nasib dan masa depan mereka. Mereka tidak minta duit, tapi cukuplah benda-benda yang nampak kecil di mata orang kaya seperti kau: turunkan harga minyak, gula, beras, tambang bas dan semua benda yang menjadi keperluan rakyat kecil.

Kau nampak yakin betul bab ini.

Memang aku yakin sebab aku juga datang dari kalangan kecil dan hidup bersama mereka.

Kalau Perdana Menteri kita tunaikan apa yang kau dan kawan-kawan kau minta itu bagaimana?

UMNO akan kembali naik. Percayalah kata-kata aku.

Kau pasti?

Maaf cakaplah. Kau ini orang UMNO. Tolong sampaikan ini kepada pemimpin tertinggi kau benda yang aku sudah cakapkan ini. Kalau Perdana Menteri yang ada sekarang ini tunaikan ini, aku yakin UMNO akan kembali menjadi parti terhormat di mata rakyat gembel macam aku dan kawan seni ini.

Kalau itu tidak ditunaikan juga?

Jangan salahkan akulah kalau sampai aku kata UMNO dan pemimpinnya itu memang bodoh. Termasuk juga kaulah. Bodoh.

Kenapa kaucakap begitu?

Kaulupakah pemilu hari itu? Bukankah rakyat sudah beri isyarat? Dan baru-baru ini di Permatang Pauh? Kenapa UMNO tidak pernah mahu belajar dari kesilapan itu? Bukankah itu adalah isyarat dari rakyat? Tetapi orang UMNO aku lihat lebih asyik saling menuding dan berkelahi sesama sendiri.

Percakapan kami terhenti bila hidangan yang dipesan sudah tiba di meja. Kami memberikan tumpu kepada hidangan dan aku pun tidak berminat hendak berlanjut-lanjut bercakap mengenai itu lagi.

Yang jelas, perbualan aku dengan kawan aku itu berlangsung pada malam sebelum pilihanraya kecil di kawasan Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 yang lalu.

Malam keesokkannya, keputusan pilihanraya menobatkan calon parti PAS telah meraih kemenangan dengan majoriti undi lebih 2000. Bayangkan, majoriti lebih 2000 undi!

Aku tidak pasti apakah kawanku itu menyampaikan atau tidak mesej yang aku sampaikan itu kepada pemimpin UMNO atasannya.

Yang jelas, isu pengajaran ini sudah mulai menjadi alat perjuangan parti politik lain. Dan dalam keadaan demikian, aku fikir semakinlah berserabut jadinya nanti jalan penyelesaiannya.

Aku peribadi tidak pernah membenci parti UMNO dan mana-mana parti politik.

Tetapi suara hati kecil orang-orang gembel seperti aku dan yang lain-lain itu, apakah didengar atau tidak oleh mereka yang berada di atas sana?

Itulah yang menjadi soalnya.

Dan sekali lagi, sanggupkah Perdana Menteri yang ada sekarang sanggup berbuat sesuatu untuk masa depan kesucian bahasa ibunda milik bangsanya, atau sekadar membisu dan membiarkan para juak-juak yang bodoh dan bahlol berbuat sekehendak hati mereka?

Aku kira, nasib dan masa depan UMNO juga terletak di tangan rakyat dan sekaligus juga isu bahasa ini bukanlah isu kecil dan remeh.

Kecuali bagi mereka yang mempunyai agenda sendiri dan sanggup melihat bahasa milik ibundanya terkubur di negeri sendiri.

Januari 23, 2009

TIDAK MENGAPALAH, KAU MEMANG BABI


ITULAH ucapan terakhirku buat dia. Kerana aku tahu cakap dan berilah hujah berguni-guni sekalipun, dia akan tetap begitu-begitu juga: bertegas dengan dalih dan keputusannya.

Kalau dia bukan babi, tentu dia mendengar dan sudi menerima. Tetapi begitulah. Kerana sudah memang dasarnya babi, maka babi jugalah sikap dan lakunya.

Kerana itulah juga aku tidak mahu bersekongkol dengan dia. Biarlah aku rugi di segi benda asalkan aku tidak menjadi sebahagian dari kelompok kebabiannya.

Biarlah dia ingat dan fikir aku bodoh dan tidak tahu sepak terajang hidup.

Tunggulah. Sampai waktunya nanti kau tahulah nasib diri kau, wahai babi.

Nampaknya sudah beberapa kali isyarat diberi dan dikirim. Namun kau dan konco-konco kau masih juga tetap dengan perangai kebabian kau itu.

Tunggulah waktu itu nanti. Dan sekarang aku tidak akan cakap apa-apa lagi mengenai diri kau.

Kautahu sendirilah. Cakap apa-apa pun kau bukannya akan sudi hendak dengar dan layan. Sudah memang begitu kelaku dan perangai kau.

Kerana kau memang babi.

Januari 23, 2009

Khamis, Januari 22, 2009

PEGAWAI BUTA KAYU, KURSUS DAN SEORANG PENCERAMAH SASTERA



SEORANG yang mengaku dirinya seorang pegawai dari sebuah jabatan milik pemerintah, kurang lebih jam 9.30 pagi menelefon aku.

Selepas memperkenalkan siapa dirinya dan memberitahu tujuan sebenar aku dia hubungi, dia lanjut mengemukakan tanya lain.

Kita hubungi encik dan tawarkan jadi peserta kursus kita ini kerana saya dapat maklumat encik sudah ada buku. Tetapi bolehkah saya tahu sudah berapa banyak buku encik yang sudah diterbitkan? Begitu jelas kudengar suara milik sang pegawai itu.

Terperanggah aku seketika. Menyatakan jumlah inilah yang selalu aku cuba elak. Dan serentak di dalam hati terdetik bisik: kenapa dia ini tidak membaca atau mencari maklumat dari banyak sumber yang ada? Namun agar tidak dianggap bongkak dan sombong kuberitahu setulusnya jumlah bukuku yang telah diterbitkan oleh penerbitan lain.

Encik sudah banyak tulis puisikah? Kini terpantul pula tanya lain dari bibir sang pegawai itu.

Adalah sedikit-sedikit. Tidak banyak. Misalnya di dalam majalah Dewan Sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ada satu dua sajak saya disiarkan di sana. Begitu aku memberitahu dan seboleh mungkin merendahkan nada suara demi mengelak terdengar angkuh dan sombong.

Majalah apa tu? Majalah sasterakah? Di negara kita ini ada majalah khas untuk sasterakah? Bertalu-talu kudengar di dalam gagang telefon lanjutan tanya yang lain dari sang pegawai itu.

Ya, Allah. Aku mendesis di dalam hati. Apa punya pegawai ini sampaikan majalah Dewan Sastera pun tidak tahu? Kata dari jabatan itu. Biar betul dia ini.

Tidak mengapalah. Kerana encik Marsli memang sudah ada karya, jadi saya harap dapatlah encik bersama menghadiri kursus penulisan yang jabatan saya anjurkan itu. Saya harap sangat. Bukan apa, kita hendak imbangkan persertanya. Jangan semuanya budak-budak sekolah sahaja. Kalau ada satu dua penulis yang sudah menulis itu baguslah. Baru nampak kursus kita itu ada kelas sikit.

Terima kasihlah atas jemputan encik itu. Saya akan hadir. Tetapi sebelum itu boleh saya tahu siapa yang menjadi penceramah untuk kursus sehari itu? Kini aku pula yang kembali membalas dengan tanya.

Terdengar di dalam gagang telefon satu nama disebutkan.

Aku terpinga-pinga. Siapa dia ini? Tidak pernah aku dengar pun di mana-mana namanya atau kujumpa dan lihat di mana-mana karyanya tersiar. Siapa dia ini? Begitu aku bertanya dan berfikir sendirian.

Tiba-tiba sahaja niatku yang mulanya membara juga untuk sama memberikan sokongan sebagai peserta kursus penulisan anjuran jabatan sang pegawai itu menjadi malap.

Apa hal ini? Sudah pupus dan hilangkah segala nama penulis yang masih wujud dan hidup di negeri ini ? Sehinggakan untuk sebuah kursus penulisan begitu terpaksa dipanggil atau dijemput seorang manusia yang entahkan dari mana asal usul dan tanpa malu mengaku dirinya sasterawan menjadi penceramah kursusnya? Apa ini? Apa pula nanti ilmu sastera yang akan diberikan kepada anak-anak sekolah menengah yang menghadiri kursus itu? Begitu bertalu-talu tanya menerjah di benak milikku.

Aku tidak ingat apa lagi yang dibebelkan oleh sang pegawai itu seterusnya. Tanpa sedar, perlahan gagang telefon kembali kuletakkan. Walau ketika itu masih kudengar terngiang-ngiang suara sang pegawai itu.

Bagi aku, peduli apa nama yang dia sebutkan itu seorang fasilitator sebuah program sasterakah atau mendakwa dirinya seorang sasterawan terkenal kalau karyanya pun tidak pernah aku lihat tersiar di mana-mana.

Kalau setakat hendak mengaku, semua orang boleh mengaku. Tetapi buktinya? Tunjukkanlah buktinya. Kalau tiada buku yang sudah diterbitkan pun, sudah ada karyanya tersiar di majalah sastera dan ruang sastera yang bermaruah pun sudah kira memadai.

Ini tidak. Setakat menjadi fasilitator, apa kisah.

Semua orang tahu, asal pandai membodek dan mengampu, walau buta dan kayu tantang seni dan sastera, itu semua bukan mustahil boleh menjadi.

Dan yang aku sedihkan. Pegawai buta dan kayu tentang seni diberikan tugas menguruskan perkara yang berkaitan dengan seni dan sastera, lalu inilah jadinya. Asal orang itu pandai membodek dan mengampu, ditambah pula dengan pandai pula menjual borak dan kisah, terangkatlah tarafnya menjadi penceramah kursus penulisan puisi.

Lalu ilmu puisi apa yang akan diajarkannya kepada peserta?

Barangkali ilmu tentang puisi buta dan kayu jugalah. Sama macam sang pegawai dan sang penceramahnya!

Januari 22, 2009

Jumaat, Januari 16, 2009

BOIKOT, BOIKOT, BOIKOT. TETAPI MANA DIA?

CAKAP memanglah mudah. Tetapi kau sudah fikirkah akan akibat-akibat lain?

Apa payah sangat. Hendak boikot, boikot sahajalah. Hendak fikir-fikir apa lagi?

Kalau syarikat tempat aku kerja jadi bankrap dan terpaksa tutup, aku kena buang kerja. Siapa hendak tanggung isi perut anak dan isteri aku? Kau dan kawan-kawan kau yang melancarkan kempen boikot itukah?

Siapa suruh kau kerja di situ? Carilah kerja di syarikat lain yang tidak ada kena mengena dengan mereka.

Kalau begitu kaujemput dan suruhlah pemilik syarikat kawan-kawan Arab dan Islam kau ambil aku dan yang lain-lain bila kena buang nanti jadi pekerja syarikat mereka. Boleh?

Mendengar tanya itu, aku terkesima dan melopong.

Syarikat Arab dan pemilik beragama Islam? Berapa banyak yang ada?

Januari 16, 2009

Rabu, Januari 14, 2009

BABI PEKAK, DOYOK DAN PENCACAI

1
SEEKOR BABI PEKAK DI KACA TV

MUKA sombongnya tanpa sedikit pun menunjukkan rasa malu itu, seperti selalu, kelihatan memperagakan senyum sumbingnya.

Dari bibirnya, di sela-sela senyum sumbingnnya itu meluncurlah kata demi kata memperagakan hebat dan kelebihan pihaknya dengan angkuh dan lagi sombongnya.

Tetapi dia lupa. Ketika dia tanpa sedikit pun rasa malu dan dengan sombongnya meluncurkan ucap dari bibir sumbingnya itu, di pihak jelata terdengar dengung tanya: siapa yang sebenarnya mengencingi milik ibunda sendiri?

Namun dia tetap tidak akan mendengar dan ambil peduli.

Kerana dia adalah seekor babi yang pekak dan tuli.

Januari 14, 2009



2
SI HINA YANG BERLAGAK DAN TIDAK SEDARKAN DIRI

HINANYA dia tidak terkata. Tetapi dirinya sendiri tidak sedar. Perkara yang bukan pun berkait dan mengenai urusan dengannya pun hendak juga diambil peduli.

Tidak lain. Kerana ada dinampak untung dan kepentingan yang boleh mendatangkan laba. Walau bab dan kerja tukang menukang itu jauh sekali dari bidang pengatahuan dan mahirnya, tetapi hendak juga berkempen dan berusaha agar dilantik menjadi ketua.

Seperti dulu-dulu juga.

Pernah dia pergunakan doyok dan pencacai. Untuk untuk berbuat sesuatu. Bodoh serta ghairah si doyok dan pencacai yang mahu namanya turut disebut dan dikenal ramai dimanfaatkan semanfaat-faatnya. Yang bercakap dan curahkan idea adalah dia tetapi yang menampalkan namanya adalah si doyok dan pencacai itu.

Seronoklah si doyok dan pencacai mendapat nama. Tetapi dialah yang berlebihan amat akan seronoknya. Kenapa tidak? Hasrat dan kehendak tercapai, tetapi yang mendapat busuk dan kecaman adalah si doyok dan pencacai bahlol yang laparkan nama itu.

Tetapi, dalam sekelip mata boleh juga mengubah hala. Kalau mendapat habuan dan projek, lainlah pula nada singgung dan kecam . Boleh menjadi pula puji dan puja melonjak-lonjak tingginya tidak terkira.

Hinanya dia tidak terkata.

Lebih-lebih lagi kini. Tatkala dari atas telah ke bawah dan kembali berkeriau di trotoar sama sekasta dengan para doyok dan pencacai.

Januari 14, 2008

KALAU SAMPAI WAKTU, SAMPAI JUGALAH


KALAU sudah begitu waktunya, begitulah menjadinya. Tidak perlu demonstrasi, piket atau riuh rendah konon menyuarakan bantahan. Tetapi bila tekak rasa kering dan perut berasa lapar yang amat, terkam juga ke kedai makanan segera yang jelas dan sudah sah siapa punya susur dan galurnya.

Hipokrit. Lahabau dan haprak belaka. Cakap sahaja berdegar-degar.

Atau buang-buang masa menjerit konon atas nama seni. Tahi kucinglah. Siapa yang dengar kalau tidak sesama sendiri sahaja dan menjadi syok sendirilah. Mangsa yang kena bom tetap kena bom juga. Mangsa yang kena sembelih tetap kena sembelih juga.

Hipokritlah.

Kalau sampai waktu, begitulah menjadi. Kalau memang sudah hendak mampus, mampus jugalah. Tidak perlu cakap berdegar dan jerit melolong-lolong konon menyuarakan bantahan dan rasa tidak senang.

Bantahkan apa? Kerana tidak dapat kerusi? Menjerit marahkan apa? Kerana tidak dapat projek? Siapa hendak peduli kau kalau sesama sendiri sudah asyik berckaran sejak lama?

Ha. Ha. Ha. Wa. Wa. Wa. Tidak habis-habisnya dengan kalakor yang bodoh amat!

Januari 13, 2008

Selasa, Januari 13, 2009

YAKJUJ DI TANAH ARAB

ADA satu bangsa di dunia ini, yang sebahagian besar dari jumlah mereka yang kecil itu sebenarnya adalah Yakjuj yang bertopengkan wajah manusia.

Jumlah mereka yang kecil ini, kerana dipercayakan sebagai pemimpin, maka memimpinlah dia akan Yakjuj yang lain di tanah Arab itu untuk menerus segala tindak dan perangai yakjujnya.

Konon akan tindakan Yakjuj mereka itu tidak lain adalah demi untuk mempertahankan diri kerana serangan pengganas di sekitarnya. Walhal akan Yakjuj ini, dengan sengaja berlagak lupa betapa merekalah sebenarnya pengganas dalam erti kata yang sebenarnya kerana merampas dan datang menduduki rumah serta tanah ladang milik manusia asal yang mereka gelarkan sebagai pengganas itu.

Begitulah resam perangai Yakjuj yang bertopengkan wajah manusia di tanah Arab itu. Segala tindak dan perbuatan mereka bagaikan tidaklah bersalahan belaka dan semakin bermaharajalelalah perilakunya. Berlebihan lagi kerana bangsa Yakjuj ini dibela dan didokong selalu oleh Abang Sam yang bercokol di rumah berwarna putih.

Namun, di tanah Arab dan di negeri-negeri lain, ramailah juga yang sanggup bersahabat serta bersekongkol dengan bangsa Yakjuj bertopengkan wajah manusia ini.

Walau mereka tahu betapa sesungguhnya, celakalah sesiapa sahaja bangsa yang sanggup bersekongkol dengan bangsa Yakjuj itu.

Januari 13, 2009

Jumaat, Januari 09, 2009

PALESTINE: KAU ADALAH LANGIT HITAM ATAU MEDAN SEMBELIH

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES
PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES
PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES
PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES
PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES
PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES
PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES

???????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????

$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&
$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&
$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&
$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&
$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&
$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&
$ $ $ $ * ****** ***** **** *** ** +++++++++ &&&&&&

Bunuh sembelih granat kereta BUhs kebal zionist hipokrit obam
hmoud amerika fatah hamas mesir sempadan bush sembelih te
elih ah esir mpad elih rori kereta k kr ma uh sembelih tero
Bunuh sembelih bush granat kereta kebal zionist hipokrit obam
hmoud amerika fatah hamas mesir bush sempadan sembelih te
elih ah esir mpad elih rori keretabush k kr ma uh sembelih tero
hmoud amerika fatah bush hamas mesir sempadan sembelih ter
elih ah esir mpad elih rori bush kereta k kr ma uh sembelih tero

PALESTINE PaLEstine palestine PALESTine PPPAALES


MARSLI N.O
Januari 9, 2008

Jumaat, Januari 02, 2009

Marsli N.O

SAJAK DARI HATI YANG SEDANG MENGGELEGAK

Hatiku malam ini berubah
Menjadi kawah lahar
Yang menggelegak dan meruap

Tatkala mengenang untung dan nasib
Bangsa dan bahasa
Menjadi bidak di tangan pencatur

Apa peduli mereka
Luhur atau lacur
Asalkan perut sentiasa makmur


Disember 28, 2008

[Perhatian dan Amaran: Sajak-sajak yang disiarkan di blog ini adalah hasil cipta penyair MARSLI N.O dan diisytiharkan sebagai sepenuhnya hakmilik cipta karya atas nama MARSLI N.O. Sebarang penjiplakan sama ada sebahagian atau sepenuhnya adalah perbuatan terkutuk dan akan diambil tindakan perundangan. Kecuali sebarang petikan atau penyiaran kembali dengan makluman atau izin bertulis dari penyair MARSLI N.O]

BABI DI RUMAH POLITIK YANG TEGA MENGENCINGI BAHASANYA

ITULAH namanya babi yang beberapa ekor dipercayakan kuasa oleh sekalian jelata kini bersenang-senangkan hati dan di rumah politik.

Menjadi tidak sedar akan diri babi yang beberapa ekor itu kerana kuasa yang dipercayai sekalian jelata kepada diri mereka disangka sesuatu yang boleh diperbuat dan dilaku sekehendak hati mereka.

Oleh kerana tidak sedar dan kadar akan diri itulah maka sehingga bahasanya sendiri pun tega oleh babi yang beberapa ekor di rumah politik itu mengencinginya. Dengan dalih yang dikonon-kononkan bahawa hanya dengan cara mengencingi bahasa sendiri itulah maka akan sekalian jelata nanti menjadi maju dan mampu bersaing ke khalayak dunia.

Walhal akan bahasanya sendiri itulah yang ditutur serta menjadi milik sekalian jelata yang telah menyerah akan percaya sekalian mereka sehingga memungkin babi yang beberapa ekor itu dapat bersenang-senangkan hati dan diri di rumah politik. Malah akan bahasa itu jugalah dahulunya yang dituturkan oleh sekalian ibu dan bapa mereka sebelum mereka itu menjadi babi yang beberapa ekor di rumah politik itu.

Sungguhlah memang tidak sedar dan kadar akan nasib serta dirinya babi yang beberapa ekor di rumah politik itu.

Lupakah akan babi yang beberapa ekor itu betapa bila tiada lagi percaya akan sekalian jelata terhadap mereka, akan kembalilah juga menjadi pencacai akan mereka?

Atau memang mereka dengan sengaja dan sedar memilih untuk terus dan kekal selama menjadi babi yang tidak hanya tega mengencingi bahasanya sendiri tetapi juga sanggup menjual apa sahaja yang bernama bangsa dan yang ada kaitan dengan bahasa nenek moyangnya sendiri?

Hanya babi yang beberapa ekor itu sendiri yang tahu akan jawapan yang sebenar-benar jawapan.

Januari 2, 2009